Baru-baru ni aku balik Kemaman, Terengganu sempena cuti Raya Cina.

Kalau pergi Terengganu, tak sah kalau tak bawak balik keropok lekor. Kalau nak mencari keropok lekor yang sedap pun, memang kat Terengganu jer lah, kat KL ni tak sedap. Dan aku pun tak makan keropok lekor kat KL seba rasa jauh sangat dari rasa keropok lekor asli Terengganu. 


Kat Kuala Terengganu, senang jer nak mencari keropok lekor - kat mana-mana pun ada. Tapi kalau korang pergi ke Kemaman Terengganu, korang kena beli keropok lekor kat Chendor. Chendor ni terletak kat Sempadan Terengganu - Pahang, betul-betul melepasi Pintu Gerbang Kemaman, sebelum sampai ke Stesen Minyak SHELL. 

keropok lekor sedap
Kat sini pun kita boleh tengok LIVE orang buat keropok lekor. 

keropok lekor sedap

keropok lekor sedap

keropok lekor sedap
Keropok lekor kat sini fresh - panas-panas. Sempat bawak balik sampai KL. Kalau makan panas-panas pun sedap. Aku suka makan keropok rebus gitu jer, tak suka yang bergoreng.
 


keropok lekor sedap
Bila makan keropok lekor, kenalah cicah dengan sos dia sendiri. kalau cicah guna sos tomato atau sos cili tak ummmpph la. 

Sos keropok lekor ni boleh beli kat Shopee, yang ni original Made In Terengganu - https://invol.co/cl8v3iu


keropok lekor sedap

keropok lekor sedap
Selain keropok lekor, aku jugak wajib beli keropok keping. Beli banyak-banyak buat stok kat rumah. Anak aku, Leeya suka sangat makan keropok ni. Aku suka keropok ikan tambam. Dan aku memang beli keropok ni kat Terengganu jer, kat KL ni aku mampu tengok jer, tak beli, sebab rasa dia tak sama macam yang Terengganu punya. 


keropok lekor sedap
Inilah kedai keropok kat Chendor tu. Kat tepi jalan jer. 

keropok lekor sedap
Kat sini pun ada jugak dijual SATA Kemaman. Tapi kalau korang nak yang betul-betul sedap, belilah kat Kuala Kemaman. 

Gambar ni diambil menggunakan handphone aku - Xiomi POCO X3 NFC. Gambar ni langsung tak edit apa-apa, cuma kau tambahkan watermark jer. Dah lebih 6 bulan aku guna handphone ni, ni kita 'kamera poket' aku lah. Semua gambar dan video aku ambil guna handphone ni. 

keropok lekor sedap
Ada macam-macam kedai kat sini, korang pilih jer mana yang korang nak, rasa sama jer semua - memang asli Terengganu rasa dia.

keropok lekor sedap

keropok lekor sedap

keropok lekor sedap

keropok lekor sedap

keropok lekor sedap

keropok lekor sedap

 

SHARE 2 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE