Makan Malam di Restoren Serai, KL East Mall

in , by dorsett pink, February 26, 2022

Hari Ahad hari tu aku dan keluarga kecik aku pergi Jalan-Jalan Cari Makan kat KL East Mall. 

Our big family dah lama suggest suruh makan kat Restoren Serai kat KL East Mall tu tapi kitaorang tak sempat lagi nak jejakkan kaki kat situ. So, Ahad hari tu dapatlah merasa makan kat Restoren Serai kat KL East Mall di Taman Melati, Kuala Lumpur. 

Dan itulah pertama kali juga aku sampai kat KL East Mall tu sejak ia dibuka tahun lepas. 

Nama hidangan ni Serai Platter. Harganya RM 32.00 sepinggan.



Serai ni terletak kat Aras G, betul-betul kat depan Ice Skating Rink. So, kalau makan kat sini, bolehlah layan tengok orang main ice skating kat situ. 

BACA NI JUGA : 'BERSERONOK DI BANGI WONDERLAND, SELANGOR'



Nampak tak ice skating rink tu?


Spaghetti carbonara. Tapi dalam menu ditulis sebagai - 'creamy chicken mushroom spaghetti'. Aku paling suka spaghetti ni sebab ia spaghetti carbonara yang paling sedap yang aku pernah makan sebelum-sebelum ni. Even anak-anak aku pun cakap sedap sangat. 

Kalau korang makan kat Serai ni, orderlah spaghetti carbonara ni ok, sebab sedap sangat. Ni aku ambil hidangan kanak-kanak (kids meal) untuk anak-anak aku, harganya EM 17 sepinggan. 

Hidangan ni nama dia - Nasi Campur Serai, RM 28 sepinggan


Ini harga makanan kat situ

Western food pun ada kat Serai 


Bagi aku, makanan kat situ semua sedap especially spaghetti carbonara tu yang paling sedap. Staff pun semua baik-baik. So, maybe boleh repeat lagi makan kat situ. 

Kalau korang nak call, ni nombor telifon Restoren Serai KL East Mall : 03-4101 9966. 

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Ishhh nampak sedap sangat ayam goreng tu laa.. kalau ke sana boleh singgah nanti..

    ReplyDelete
  2. cantik deco kedainya.... mau ralit makan sambil layan orang ber ice skating...
    nampak menggiurkan menu yang ada tu...

    ReplyDelete
  3. Eh DP samapai dulu dari akk :D
    Nasi Campur Serai tu nampak sedap, dgn pelbagai lauk tu...

    ReplyDelete
  4. Salam. Saya rasa dia panggil creamy chicken mushroom spaghetti sebab dia bukan carbonara asli. Kalau resepi carbonara asli dari Itali cuma guna telur, tak ada cream. Hidangan yg ada di Serai ni mungkin guna cream, jadi mereka tak beri nama carbonara. :)

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE