Sunday, February 06, 2022

Staycation at Ramada Suites by Wyndham, Bukit Bintang

Disember 2021 hari tu kitaorang celebrate wedding anniversary yang ke-9 tahun kat Ramada Suites by Wyndham KLCC yang terletak di Jalan Alor, Bukit Bintang. 

Boleh baca entri pasal wedding anniversary celebration tu kat sini - 'MY 9TH WEDDING ANNIVERSARY'.

Hotel ni en.suami book guna booking.com. 

Dia suites apartment. Dalam bilik ada 3 katil, ada kitchenette (ada dapur elektrik untuk masak-masak, ada microwave dan ada meja makan. Bilik dia luas, sesuai untuk kami 4 orang. 

https://www.dorsettpink.com/2022/02/staycation-at-ramada-suites-by-wyndham.html







Ini toilet dia. Tak ada bathtub.

Ada microwave

Ini rupa kat dalam bilik.

Kat lobi hotel ada mesin layan diri Starbucks. Boleh buat kopi sendiri tapi tetap kena bayar juga - self service. 



Ini kat Lobi Hotel. Restoren Blue Apron tu tempat makan buffet breakfast, cantik sangat, sangat Instgrammable. Boleh baca kat sini - 'BLUE APRON CAFE, KUALA LUMPUR - INSTAGRAM WORTHY CAFE IN BUKIT BINTANG'.








Ini cara aku packing baju kat dalam luggage.
Aku guna luggage ni - 'BARU BELI LUGGAGE'.




Staycation at Ramada Suites by Wyndham, Bukit Bintang.


Ini lobi tempat swimming pool dan gym. Laundry pun aras ni juga


Kat sini ada Dobi Layan Diri. Tetap kena bayar duit sama macam kat luar juga.


Ada dryer keringkan baju


Ada gym

 Fasiliti kat sini memang awesome, best sangat. Kalau stay sini seminggu dua pun OK. Cumanya yang tak best ialah staff diaorang. Layanan dari staff agak tak memuaskan. 

Masa aku nak check-in, dia nak IC original orang yang buat booking. Yang buat booking ialah en.suami aku, aku datang dulu, en.suami bekerja , so dia datang malam. So, masa check-in tu ada sedikit drama la. 

Staff kat Reception Counter tu membebel 'ramai yang datang check-in bukannya owner yang buat booking'. What do you expect nak owner jugak datang. Kalau ya pun, cakap la elok-elok dengan guest, tak payah la membebel kat guest. 

Pastu pulak dia suruh aku bayar deposit RM 100. Memang biasanya kalau check-in hotel kena bayar deposit dulu. Nanti duit deposit tu diaorang akan pulangkan bila kita check-out. So, aku pun bagilah kad VISA Debit Kad aku untuk bayar, aku tak bayar cash. Cash aku cuma ada RM 20 jer. 

Biasanya memang banyak tu je lah yang aku bawak selalu. Bila nak membeli aku akan guna kad, aku tak suka guna cash - contactless - lagi selamat masa pandemik ni. 

Pastu sekali lagi, staff tu membebel. Ada ke patut dia cakap kat aku "biasanya orang berjalan mesti akan bawak cash lah, tak kan langsung tak ada suit dalam poket, mana boleh tak ada duit". Patut ke cakap kat guest macam tu? Kalau tak boleh terima pun diam jer lah, tak payah lah nak membebel kat guest. 


Pastu dia suruh aku jalan kaki pergi ke ATM paling dekat dengan hotel tu untuk keluarkan duit. Masa tu hujan lebat (hari yang Shah Alam banjir), aku pulak dengan anak 2 orang. Patut ke??? Pastu aku cakap kat dia "tak kesian ke dengan saya nak berjalan masa hujan-hujan macam ni dengan ada anak kecil 2 orang lagi?". 


Pastu dia macam tersedar, dan cakap "OK takperlah Madam, malam nanti bila husband Madam datang baru bayar k". See?? Boleh jer kan, dari awal dia cakap macam tu, bukannya terus membebel dulu. 


Pastu pulak kat swimming pool - bila hari hujan jer (walaupun hujan rintik-rintik), semua orang tak dibenarkan masuk pool. Pak guard halau keluar macam tu jer. Errrmmmm. 


By the way, gambar ni semua aku ambil guna handphone Xiomi Poco X3 NFC.

Gambar dari sumber Google Image.


1 comment: