Saturday, March 26, 2022

Aktiviti Kakak FL di Sekolah : Buat Vision Board Anak-Anak Supaya Berani Berimpian

Aktiviti Kakak FL di Sekolah : Buat Vision Board Anak-Anak Supaya Berani Berimpian | Dah smeinggu sekolah tahun 2022 ni. Alhamdulillah! Segalanya berjalan lancar. Kakak FL pun seronok sangat pergi sekolah. Hari-hari duk cerita kat mommy macam-macam benda yang berlaku kat sekolah tu. Kawan tak datang pun dia bagitau mommy, ada kawan dia sakit kepala kena duduk bilik sihat (Bilik sakit sebenarnya, tapi kat sekolah tu tukar nama jadi 'bilik sihat'),dia bagitau mommy. 

Alhamdullillah baguslah semuanya dia bagitau mommy, jadi mommy boleh tahu apa yang dia buat kat sekolah tu.

Dan salah satu aktiviti Kakak FL kat sekolah minggu pertama sekolah ni ialah kena 'Buat Vision Board Supaya Anak-Anak Berani Berimpian'.

https://drazurahashim.com/vbh/
Dan inilah hasilnya, Vision Board pelajar perempuan di kelas kakak FL. Yang pelajar lelaki punya ada kat gambar lain.  

Kakak FL tulis dia nak buka mermaid cafe (kafe yang bertemakan ikan duyung) masa besar nanti dan dia nak buka themepark dengan tema ikan duyung juga. Dia cakap dalam themepark tu ada kafe mermaid tu. Themepark tu macam ala-ala Legoland lah yang mana Legoland tu tema lego, kat mana-mana kita jumpa lego. So, theme park kakak FL ni tema mermaid, kat mana-mana akan ada mermaid dia cakap. Haaaah! Besar sungguh impian mu nak. 

"Semoga tercapai segala cita-cita Kakak ya kelak. Mommy doakan kakak dapat apa yang kakak impikan hari ni. Amin".  

Sebenarnya sejak dari tahun lepas lagi aku dah ajar Kakak Fl ni buat Vision Board sendiri ka rumah. So, dia dah pernah buat dah sebelum ni dan ditampal dalam bilik dia, cuma aku tak pernah nak cerita kat sosial media ataupun kat blog. Hari ni baru aku ada mood nak cerita pasal vision board Kakak FL ni since pihak sekolah pun bersungguh-sungguh buat aktiviti ni di sekolah. 

Kafe mermaid yang dia nak buat tu, siap ada pelan detail lagi, Kakak FL tunjuk kat mommy. Pastu ada lagi impian-impian dia yang lain yang dia nak, tapi kat Vision Board kat sekolah ni tak boleh tulis banyak-banyak, sebab masa pun terhad. 


Aku Start Buat Vision Board Masa Umur Aku 17 Tahun

Vision Board ni bagus sangat. Bukan jer budak-budak kena buat vision board malah kita orang dewasa pun kena buat juga vision board untuk diri kita sendiri. Aku percaya dengan kaedah 'vision board' ni boleh buatkan segala impian dan kehendak kita tercapai sebabnya aku dah praktikkan buat ni sejak dari umur aku 17 tahun lagi. 

Dan hari ni aku nampak hasilnya. Apa yang aku tulis impian aku (atas vision board) masa aku umur aku 17 tahun dulu-dulu, hapir 95% menjadi kenyataan. Alhamdulillah! Syukur sangat-sangat. Dan salah satunya, impian nak sambung PhD. 

Aku tulis impian aku nak sambung PhD tu masa aku Form 3, umur 15 tahun (Impian nak PhD ni first impian yang aku tulis. Tulis awal sikit dari impian-ipian lain & yang start serius menulis impian ialaj masa umur 17 tahun). Masa tu aku sangat struggle dengan life aku. Aku nak keluar dari kehidupan aku masa tu. 

https://www.elizabethrider.com/how-to-make-a-vision-board-that-works/


Aku tak dapat perhatian dan kasih-sayang keluarga. Hidup aku macam long ranger, sorang-sorang. Bila habis sekolah, aku balik rumah, aku stay jer dalam bilik aku sorang-sorang dan menghitung waktu untuk pergi semula ke sekolah esokkan harinya. Bila malam nak tidur aku menangis. Bangun tidur pergi sekolah mata aku jadi mata panda, bengkak-bengkak sebab menangis. 

Aku dulu duduk kat Rumah Arwah Tok Wan (nenek) aku kat Kuala Terengganu, parents aku duduk kat KL. Dari aku kecil, sejak aku lahir ke dunia ni aku stay denga Arwah Tok Wan dan Arwah Tokki (atuk), diaorang berdua lah aku anggap sebagai macam ibu bapa kandung aku, dan dibantu oleh Umi (My Aunty). So aku sayang Umi aku tu sama macam aku sayangkan mak sendiri. 

Arwah Tokki dah meninggal lagi awal masa aku tadika umur 6 tahun. Tok Wan pula meninggal masa aku umur 11 tahun Darjah 5. Tapi sejak Arwah Tok Wan meninggal dunia, Umi pun turut sama keluar dari rumah Tok Wan dan stay dengan suami nya di daerah lain, setiap weekend Umi akan balik ke rumah Tok Wan tu jumpa aku. Masa Tok Wan masih hidup, Umi PJJ dengan suaminya. Suaminya bagi keizinan untuk Umi jaga ibunya sehingga ke akhir hayat Tok Wan. 

So, aku cuma dapat jumpa Umi masa hari weekend jer lah. Happy dapat jumpa. Tapi bila hari weekdays atau hari sekolah, hidup aku sedih dan derita sangat-sangat. Aku didera secara mental (mentally torture) masa hari weekdays. Waktu zaman dulu mana ada lagi awareness macam zman sekarang pasal child abuse. Dulu-dulu, kalau ko ada masalah, ko murung, ko depression, ko hadaplah sorang-sorang. Tak adanya banyak moral support macam zaman sekarang ni. 

So, cara aku untuk tenangkan hati aku, ialah aku menulis. Dari situlah aku asah bakat aku dalam penulisan. Aku tulis diary dulu-dulu. Dan minat & bakat menulis tu sampai sekarang masih kekal wujud. Alhamdulillah!. Dengan penulisan,hari ini aku dapat menjana pendapatan. Dengan tulisan, aku dapat menggenggam segulung Ijazah Kedoktoran. 

Alhamdulillah! Hari ini aku bukan jer dapat PhD macam yang aku impikan dulu-dulu, tapi aku dapat juga keluarga yang bahagia, ada anak-anak yang comel dan solehah dan ada suami yang sangat bertanggungjawab dan penyanyang. Syukur sangat. Allah makbulkan doa aku atas vision board masa aku sekolah dulu. 




Tulis Ciri-Ciri Pasangan Idaman Atas Vision Board

Selan dari aku tulis cita-cita aku kat Vision Board, aku tulis juga dulu, ciri-ciri suami idaman aku, walhal asa tu boyfriend pun aku tak dak. hahahhahha. 

Aku bersyukur sebab aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang positif. Betullah kata orang - circle kita, dengan siapa kita berkawan sangat memainkan peranan dalam membentuk siapa kita di masa akan datang. Kawan-kawan aku jenis positif, jenis yang bercita-cita tinggi jugak, dan kitaorang share sama-sama impian masing-masing =)). Bila dikenangkan balik saat sekolah dulu, fuhh! indahnya, best sangat pergi sekolah dulu. 

Dan apa yang aku tulis pasal ciri-ciri suami yang aku nak, Alhamdulillah! 90% darinya aku dapat, dan lagi 10 % tu menjadi rahsia Allah dan aku percaya Allah tak kan bagi sepenuhnya apa yang kita mintak tapi Allah bagi apa yang kita perlukan. 


3 kekangan utama kenapa impian kita tak menjadi kenyataan : 

1. Tak ada impian.

Sebab apa kita masih lagi duduk di takuk yang sama? Ialah sebabnya kita langsung tak ada impian. Kita just 'follow the flow' orang kata. Tapi sebenarnya, hidup kita ni kita boleh design (reka bentuk) dan plan apa yang kita nak di masa akan datang. Contohnya nak ada rumah besar, nak ada kereta besar, nak ada anak-anak yang soleh. Semuanya kita yang rancang dan kita yang usaha supaya apa yang kita rancang tu menjadi kenyataan dengan syarat kita berdoa dan bertawakal pada Allah. Kan Allah cakap Allah bagi apa sahaja apa yang manusia usaha. 

So, tugas kita ialah berusaha dan berdoa, minta pada Allah agar Allah permudahakan usaha kita tu. Tapi kalau kita tak ada impian, manakan semua itu boleh berlaku. Mana mungkin kita ada rumah besar kalau kita pun tak pernah minta untuk ada rumah besar. Minta saja pada Allah, Inshaallah Allah akan bagi jika apa yang kita minta tu terbaik untuk kita.


2. Tak berani nak  berangan-angan. Walhal angan-anagn tu percuma jer, tak perlu bayar 1 sen pun. 

Orang sellau cakap - angan-angan Mat Jenin dulu-dulu kan? Berangan-angan tu lah proses mencipta impian. Baguslah berangan-angan tapi jangan sampai langsung tak buat 1 kerja pun, dek hanya duk sibuk berangan-angan. 

Simpan jer angan-angan apa yang kita nak. Contohnya nak ke bulan. Nak rumah macam istana. Nak kereta Ferarri. Nak pergi London. Nak pergi haji , nak pergi umrah. Berangan-angan jer. Free jer semua angan-angan, langsung tak yah bayar 1 sen pun. Tapi ramai orang melayu takut , walhal hanya berangan-angan.


3. Menyalahkan Takdir. 

Jenis yang macam ni pun ramai. Ada yang cakap 'dah aku ni anak orang miskin, sampai bila-bilalah aku miskin', atau 'Aku bukan anak orang kaya boleh dapat itu ini', 'aku ni belajar tak pandai,inilah takdir aku so terima je lah', 'dah takdir kita hidup macam ni, kita terima jer','buatjerlah apa pun, sedangkan ulat dalam tanah pun boleh hidup, inikan pula kita ni manusia'

Alahai, ada ke samakan diri kita dengan ulat dalam tanah? Kita ni manusai, ada akal. Allah bagi kita akal untuk kita berfikir. So, kita gunakanlah akal kita tu sebaik-baiknya untuk mencipta impian, dan berusaha untuk mengapai impian kita. Bila kita berusaha, Inshallah Allah akan bantu dan beri apa yang kita nak. Kita ni orang Islam, so kita kena percaya dan yakin seyakin-yakinnya Allah Maha Kaya, Allah Yang Memberi Rezeki, tugas kita usaha jer. dan janganlah serahkan bulat-bulat pada takdir.  


4. Tak tulis impian kita tu  atas kertas. 

Kesilapan ramai orang ialah diaorang tak tulis impian diaorang atas kertas. Bila tak tulis, kita akan lupa, so kita tak kan konsisten menghendaki apa yang kita nak tu. Dan sebenarnya bila tulis ni ialah dikira DOA. Doa tu Allah akan makbulkan kalau benda tu terbaik untuk kita sebab Allah Ya Mujib - Allah Yang Maha Memakbulkan.

Contohnya, ada orang berimpian nak pergi ke bulan. Tapi tak berani nak tulis atas kertas sebab ada macam-macam sebab. Salah satunya ialah duk kata, aku duit nak makan esok pun tak ada, inikan pulak nak pergi ke bulan. Takpe guys, just tulis jer apa yang korang angan-angan. Tulis jer tanpa tengok siapa diri korang hari ini. 

Mungkin hari ini korang tak ada duit nak makan, mana tahu 10 tahun lagi, korang dapat bagi makan percuma kat 10,000 anak yatim. Siapa tahu kan? Allah itu Maha Kaya dan Maha Memberi,bila Allah nak beri kat kita, tiada siapa pun dapat menghalang. So, just tulis jer impian korang tu atas kertas. Lagi bagus, buat vision board dan tampal vision board tu kat dinding. 


5. Ada mindset negatif yang menghalang diri kita untuk mencipta impian. 

Antara mindset yang sangat popular dikalangan orang melayu ialah "aku bukan anak orang kaya, mana pun aku boleh jadi kaya" atau "aku orang miskin, mana boleh belajar tinggi-tinggi", "aku orang perempuan, belajar tinggi-tinggi pun nanti duduk rumah jugak", "aku orang perempuan mana boleh kerja hebat-hebat, nanti aku lagi kaya dari laki aku". 


Ini salah satu contoh Vision Board yang aku ambil dari internet. Korang boleh search vision board kat Pinterset, banyak yang cantik-cantik dan tiru jer diaorang buat. 


Kalau korang nak belajar buat Vision Board dan nak pastikan impian korang atas Vision Board benar-benar menjadi kenyataan, korang follow lah kelas Dr Azura Hashim , klik jer kat sini - https://drazurahashim.com/vbh/ . Aku dah masuk kelas Vision Board Dt Azura ni 3 kali dah dan aku suka sangat-sangat. 

Walaupun aku dah tahu macammana nak buat Vision Board, tapi aku tetap masuk kelas Dr Azura tu especially bila aku rasa down & unmotivated, sebab aku tak nak dibuai oleh perasaan down tu. Bila mana aku rasa tak bersemangat, aku nak cepat-cepat bangkit dan mulakan hari baru yang lagi produktif dan bersemangat waja. Giteeeww.


Itu je yang aku nak share hari ni. Terima kasih you all sebab sudi baca sampai habis. Semoga entri ni bermanfaat untuk korang semua. Inshaallah.


7 comments:

  1. Patutlah
    wak tak pernah tulis impian atas kertas

    ReplyDelete
  2. Terujanya baca.. tahniah tau.. moga anak Sis juga berjaya dengan impian yang di kejar.. al the best dear...

    ReplyDelete
  3. peminat mermaid ya kakak FL

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah, perkongsian yang hebat dan sangat bagus! Memberi inspirasi.
    Tahniah juga atas kejayaan merealisasikan impian.

    ReplyDelete
  5. Impian - dreamboard. Juju suka dreamboard...
    Good sharing dear.

    ReplyDelete
  6. wah..bagusnya buat cara macamni untuk berimpian.

    ReplyDelete