Friday, March 04, 2022

Dp Positif Covid19

Hari tu aku bagitau yang anak sulung aku, Kakak FL disahkan Postif Covid19. Dan masa tu aku masih negatif. Tapi 1.3.22 hari tu, aku confirm turut sama positif covid19. Dan 2 hari selepas tu pulak, en.suami aku pun positif. 

Jadinya sekarang kita 3 orang disahkan postif covid, cuma anak ke-2 kami , Leeya masih lagi selamat dan sihat-walafiat macam normal/ Alhamdulillah! Allah lindungi dia. 

https://www.dorsettpink.com/2022/02/kakak-fl-disahkan-positif-covid19.html
Ini test RTK guna saliva yang kitaorang buat kat rumah masa 1 Mac 2022, aku positif dan Kakak FL dah negatif. 


Ini kronologi kitaorang sepanjang minggu ni :

26.2.22 - Kakak FL positif. 

27.2.22 - Kakak FL dah kebah demam, aku pulak start demam, sakit tekak dan selsema. Aku buat RTK Saliva kat rumah - negatif. So, aku terus makan panadol, vitamin C.

1.3.22 - Aku dah tak demam dah tapi masih sakit tekak dan selsema. Batuk pun tak ada. Selera makan macam biasa jer, aku pun sihat. Cuma pening, tak boleh berdiri lama-lama. Masa ni en.suami aku masih lagi negatif dan dia masih sihat-walafiat. 

2.3.22 - En.suami start demam, batuk, sakit tekak dan selsema. Buat test - positif. 

4.3.22 - Aku, en.suami & FL dah negatif. Tapi aku dan en.suami masih lagi batuk-batuk dan sakit tekak. Kami dah tak demam dah. Cuma batuk je lah. 


https://www.dorsettpink.com/2022/02/kakak-fl-disahkan-positif-covid19.html
Ini result masa 26.2.22 hari tu. 

Korang boleh baca entri pasal tu kat sini - 'KAKAK FL DISAHKAN POSITIF COVID19'.

Sepanjang minggu ni, aku diffuse lemon ni siang malam. 

Diffuser Owl Young Living ni boleh beli kat Shopee, ini link nya : https://invol.co/cl9h5s1
Essential Oil Young Living Lemon tu, boleh beli kat Shopee jugak, ini link nya: https://invol.co/cl9d2b1

Hari-hari kami minum madu campur dengan jus lemon ni. Senang jer buatnya - perah jer lemon tu kat dalam madu, pastu campur sikit dengan air kelapa. Inshaallah sakit tekak cepat hilang.

Hari-hari kami kena update kat MySejahtera  tentang tahap kesihatan kitaorang sebab kitaorang kuarantin kendiri dekat rumah jer. 

So, antara soalan yang ditanya ialah tahap oksigen. heart beat dan suhu badan. So, oxymeter ni memang sangat-sangat penting kena ada kat rumah masa waktu covid ni. 

Oxymeter ni aku beli kat Shopee jer (Model A2 TFT) ini link nya : https://invol.co/cl9h6i6 


https://www.dorsettpink.com/2022/03/dp-positif-covid19.html
Dan benda yang paling penting ialah RTK Test ni, kena ada stok kat rumah. Kat kedai kebanyakkan dah habis, kalau ada pun diaorang jual mahal sebab barang 'in demand' kan. 

So, yang ini aku beli kat Shopee banyak-banyak. Seller pulak hantar cepat sangat. Hari ni beli, lusa dah sampai rumah.  Ini linknya : https://invol.co/cl9h5r4

***************************************

Kitaorang kena kuarantin 7 hari sebab aku dan en.suami dah dapat Booster. Alhamdulillah, hari ni kitaorang pun dah sihat. So, kena tunggu next week aku merdeka. 

So, cuti sekolah ni kitaorang bercuti di rumah jer lah. hihi.
 

4 comments:

  1. take care, semoga baik2 semuanya..

    ReplyDelete
  2. semoga kembali sihat sediakala semuanya amiin

    ReplyDelete
  3. giulah kan, sorang dah baik pindah pulak kat orang lain. Syukur sangat masa saya kena, saya sorang je yang dapat. famili lain RTK negatif

    ReplyDelete