Thursday, March 24, 2022

Isu Beg Sekolah Berat : Ini Inisiatif Sekolah Kakak FL

Isu beg sekolah berat ni dah lama dah wujud. Tapi sampai sekarang masih lagi menjadi isu, tak selesai-selesai lagi.  So, entri ni aku nak share  cara atau inisiatif Sekolah Kakak FL untuk tangani isu dan masalah beg berat ni. 

Masalah ni dah wujud sejak dari aku sekolah rendah lagi. Tapi sebabkan zaman tu tak ada sosial media dan mak ayah pun bukan jenis vokal macam zaman sekarang ni, jadi kita murid-murid ni terima lah seadanya. Tambah pulak masa zaman aku dulu tak ada lagi wujud beg sekolah jenis beg troli macam zaman sekarang. 

Kalau ada, aku memang beli dulu. Tapi ajaibnya, bila masuk ke sekolah menengah tak ada lagi masalah beg berat ni. Pergi sekolah sikit jer buku yang dibawa, ringan giler beg. Sampaikan kawan aku boleh bawak sling beg pergi sekolah. Buku-buku yang tak muat masuk beg, dia bawak jer dengan tangan tapi tak banyak mana pun.  Masa tu kitaorang Form 3. Sampai sekarang aku ingat lagi. 

Mana tak beratnya beg, 1 subjek ada 2-3-4 buah buku, walaupun hanya Darjah 1. Bahasa Melayu jer ada 4 buku tebal. Matematik pun sama. Campur dengan buku-buku subjek lain lagi, fuhh! memang sakit giler bahu nak memikul beg tu.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-beg-sekolah-berat-kpm-laksana-7-inisiatif-utama-352822
Sekolah Kakak FL guna cara macam ni untuk bantu pelajar atasi masalah beg berat. Setiap kelas memang ada rak macam ni. Tahun lepas masa Kakak FL Darjah 1 pun sama ada rak macam ni. 

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-beg-sekolah-berat-kpm-laksana-7-inisiatif-utama-352822
Setiap kelas ada 2 rak buku ni. 1 untuk pelajar perempuan dan 1 lagi untuk pelajar lelaki. So murid hanya bawa balik buku yang ada homework je. Ringan lah beg nya hari-hari. Alhamdulillah!

Kakak FL bagitau mommy, cikgu-cikgu yang mengajar setiap subjek selalu pesan suruh tinggalkan buku kat rak ni kalau sesiapa dah siap kerja. Sebab sekolah FL ni jarang cikgu bagi homework. Mungkin Tahap 1 ni (Darjah 1-3) tak ada homework sangat lagi kot, tak nak bagi budak-budak rasa terbeban dengan homework. Nanti Kakak FL masuk Tahap 2 nanti akan tengok macam mana. 

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-beg-sekolah-berat-kpm-laksana-7-inisiatif-utama-352822
Tahun ni Kakak FL bawak beg galas sebab kelas dia kat atas. 

Beg sekolah kartun-kartun macam Frozen ni boleh beli kat Shopee, ini link nya: https://invol.co/cl9v06o

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-beg-sekolah-berat-kpm-laksana-7-inisiatif-utama-352822
Tahun lepas masa Kakak FL Darjah 1 , masa tu era PKP lagi, masa kes Covid tengah tinggi, pihak sekolah tak benarkan murid-murid tinggalkan buku kat sekolah. Jadi, memang berat gilerlah beg nak kena usung setiap hari. So, terpaksalah aku belikan beg sekolah jenis troli ni untuk dia - Beg Frozen. Beg ni beli kat AEON.

Kakak FL tak minat dengan Beg Smiggle sebab tak ada gambar kartun ELSA yang dia suka sangat tu. 

ALhamdulillah! Tahun ni pelajar dapat tinggal buku-buku kat sekolah. Jadi, masalah beg berat tu dah setel lah. Masalah beg berat ni boleh buatkan pelajar lesu dan penat. Bila diaorang penat sangat dek kerna mengusung beg yang berat, diaorang tak dapat nak fokus apa yang cikgu mengajar. Dan kesannya, anak-anak akan banyak tertinggal dalam pelajaran. 

Lepas tu jugak, kesan beg berat ni boleh buatkan structure tubuh anak-anak ni menjadi tak normal. Ada abnormality pada tubuh badan anak-anak terutama pada tulang belakang diaorang dek kerana beban yang banyak pada tulang belakang diaorang. Dan ia boleh membuatkan anak-anak ni jadi cepat bongkok bila diaorang dewasa kelak. 

Bagi aku, inisiatif sekolah Kakak FL buat macam ni sangat bagus dan KPM pun boleh tiru kaedah ni untuk semua sekolah-sekolah kerajaan, tapi kena allocate bajet sikitlah untuk sediakan rak buku ni. 

Kerajaan Malaysia banyak duit, tak ada masalah rasanya untuk bagi sedikit peruntukan untuk sistem pendidikan negara. Potonglah elaun-elaun menteri dengan CEO-CEO GLC tu. EH! hihi.  

3 comments:

  1. Betul, sekarang ni setiap subjek tu macam-macam buku ada;buku teks, buku tulis, buku aktiviti...
    Baguslah sekolah Kakak FL buat macam ni. Sekolah anak2 akk boleh sewa loker tapi masalahnya loker di ground floor, bukan di kelas. Still kena angkut buku naik ke kelas :(

    ReplyDelete
  2. untuk kelas agama, sjkc memang ada bilik dia. kita tak sediakan buku latihan, jadi kita sediakan fail, kita print sendiri lembaran kerja, murid letak dalam fail, buku teks dan fail tu semua kita letak dalam bilik tu. jadi murid turun bawah bawak alat tulis je

    ReplyDelete
  3. cadangan loker ni dari tahun 90an lagi dah disuarakan tapi tak tahulah apasal kerajaan tak buat. bukannya negara kita miskin sangat. sis emo tau walaupun takde anak

    ReplyDelete