Tahniah buat penyanyi Shila Amzah & SOG atas kejayan merangkul gelaran Juara Anugerah Juara Lagu Yang Ke-36 (AJL-36) malam tadi melalui lagu Pelukan Angkasa.
Aku pun pertama kali dengar lagu ni malam tadi kat kaca televisyen. So, ini aku nak share dengan korang semua lirik lagu ni. Btw, SOG ni ialah kumpulan band underground. Hebatlah, dari underground ke pentas arus perdana. Tahniah sangat-sangat!
LIRIK LAGU PELUKAN ANGKASA - SOG & SHILA AMZAH
Bulan purnama terangi rinduku yang sayu
Terbangkan kesumat rasa resah jiwa yang membelenggu
Langit gelita sematkan bintang di dadamu
Biar menyala jadi unggun yang membakar kalbu.
Angin bersiul
Bersiul hembus
Menghembus luka
Dingin menusuk.
Menusuk meratah rongga
Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa.
Hangatkan tubuhku di alam khayalan
Terik suria suluh logika rohku yang gelap.
Bebaskan radiasi meluluh lumat batinku yang terseksa
Kalian takkan mampu
Mampu memecahkan bongkah ini
Rangkul tanganku
Kita bersatu lawan dunia.
Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa.
Hangatkan tubuhku di alam khayalan
Dua jiwa dua dunia
Ingin mengecap damai bahagia
Tahukah bahawa cinta itu satu dosa.
Hah
Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu
Katakan cinta itu.
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan.
Lirik lagu CINTA, nyanyian Marsha Milan, boleh tengok kat entri ni :
Add your comment