Misi Mencari Tadika - Yuran Kinderkaizen 2022

by dorsett pink, March 31, 2022

 Misi Mencari Tadika - Yuran Kinderkaizen 2022.

http://nameeroslan.blogspot.com/2018/12/sekolah-kindekaizen.html

Tahun ni Leeya dah 4 tahun. 10 Mac hari tu celebrate birthday dia yang ke-4. Tapi sampai sekarang dia masih lagi anak manja mummy - sangat clingy, tak nak berpisah langsung dengan mummy. Al-maklumlah dah PKP 2  tahun kan, kiranya dia ni anak PKP lah -  takut dengan orang dan manja sangat dengan mummy. Sampai mummy masuk toilet pun nak ikut. 

Dia langsung tak nak pergi sekolah (tadika jer). Sebut jer perkataan 'sekolah / school', dia macam tutup terus telinga dia dari dengar perkataan keramat tu. Apa-apa yang berkaitan dengan 'sschool' dia tak nak dengar. Dia siap cakap lagi - 'Leeya nak teacher datang rumah ajar Leeya kat rumah'. 

Nampak tak dia nak homeschooling jer. hahahhahahha. Anak oh! anak. 

Memang tak kan lah mummy bagi keistimewaan suruh teacher datang rumah jer tanpa perlu pergi sekolah. A big no! Sebab mummy nak anak-anak mummy semua pandai bergaul dengan orang, improve communication skill, ada kenyakinan diri dan ada soft skill yang bagus especially leadership skill. Dan skill tu semua boleh dapat kat sekolah jer. Boleh juga dapat kat rumah, tapi mak ayah kena usaha lebih lah sikit untuk gilap kemahiran-kemahiran tu. 

Dan Leeya cakap dia tak nak pergi sekolah sekarang. OK, sebab utama nya ialah dia rasa sekolah tu 'insecure' untuk dia sebab dia akan berhadapan dengan strangers. Lepas tu, dia tak ada tempat nak bergantung masa kat sekolah. Dia ni jenis orang Introvert, dia tak kan bercakap dengan orang yang dia tak kenal dan tak mesra. Sama perangai macam mummy dia. hahahhaha. 

Sebab tu lah pentingnya kena pergi sekolah, untuk asah kemahiran komunikasi tu. Kalau dia tak pergi sekarang (sebab sekarang umur dia 4 tahun), nanti lagi lambat, lagi susah nak pujuk dia pergi sekolah. Tup-tup sampailah masuk umur 7 tahun pergi sekolah rendah, kalau masa tu baru nak paksa dan pujuk dia pergi sekolah, lagi banyak drama akan ke udara, lagi susah mummy nanti. So, lebih baiklah pujuk dia slowly start dari sekarang. 

Pujuk punya pujuk, akhirnya dia bersetuju pergi tadika tapi dengan syarat. Fuhh! Ada syarat guys, kalau tak dia tak nak pergi. 

Dan syaratnya ialah - dia nak sekolah yang ada playground sebab dia nak main playground jer. 

OK, maksudnya niat dia pergi ke sekolah ialah semata-mata nak playing jer dan nak main playground. Dia tak nak belajar. OK fine, mummy & abah leeya accept condition tu. So, bermulalah Misi mencari Tadika sejak Februari 2022 hari tu. 

Cari punya cari, akhirnya kami berkenan dengan Tadika Kinderkaizen sebab tadika ni ada tadika. Dan bila tanya pada Person-In-Charge Kinderkaizen ni, dia cakap Kinderkaizen ni memang ada silibus tersendiri, tapi kalau student tak nak ikut program diaorang dan nak main playground jer atau hanya nak buat hal sendiri jer, it's OK! Cikgu tak marah pun. Sebab polisi Kinderkaizen ialah diaorang nak anak-anak seronok ke sekolah tanpa rasa terbeban untuk belajar dan fokus. 

http://nameeroslan.blogspot.com/2018/12/sekolah-kindekaizen.html
Yang bestnya Kinderkaizen ni ialah ada 'trial class' selama 3 hari - untuk bagi anak-anak ni try dulu. Yang mana tak semua tadika buat kelas 'trial' ni. So, ini gambar Leeya masa hari pertama datang sekolah masa 'trial class' hari tu. 

 Kalau anak-anak ni tak suka atau tak OK sekolah sini, then, kita boleh cari sekolah lain. Bayaran untuk trial class kena buat booking dulu sebanyak RM 1000, yuran trial selama 3 hari tu cuma RM 100 jer. Andaikata kalau kita tak nak masukkan anak ke Kinderkaizen, kita boleh dapat refund semula sebanyak RM 900 dan another RM 100 tu ialah yuran trial. 


Kan aku bagitau tadi yang Leeya ni orang introvert - dia susah nak bergaul & bercakap dengan orang. So, bila aku tengok momment ni aku terus ambil gambar sebab aku rasa happy sangat sebab dia dah berjaya pecahkan 'tembok kenyakinan' dalam diri dia & mula berkawan dengan orang lain walaupun kawan tu dia baru kenal jer. 

Masukkan jer dalam kereta, dia terus bukak mulut, cerita excitement dia sepanjan kat sekolah. Paling banyak dia bercerita ialah pasal kawan dia. Dia cakap dia dah ada kawan &  yang ini yang paling rapat dengan dia, namanya Mariam. Alhamdulillah! Syukur sangat Leeya dah ada rakan sebaya.

Sepanjang 3 hari trial class ni, hari pertama jer dia excited nak pergi sekolah dan hari-hari lain dia buat drama tak nak pergi dah. Tapi aku dukung jer dia sampai ke depan pintu biarpun dia menangis & meronta. Sampai jer kat sekolah, nampak muka teacher terus diam, habis hilang tangisan tadi. Dan lepas tu dia happy jer. Adoiiii.. anak oh! anak, drama akasia sungguh!. 

Ini dah lepas 3 hari trial tu, dia cakap dia nak pergi sekolah hari-hari sebab nak jumpa kawan-kawan nak main kat playground sama-sama. Ya Allah! Happynya mummy & abah dengar. Hopefully, lepas ni dah tak ada lagi drama berair mata tu. 


Yuran KinderKaizen Tahun 2022 

Inilah kadar yuran KinderKaizen yang terkini. 

Registration / Booking Fee : RM 1000
Upon Confirmation (After Trial Class) : RM 1108 - RM 1627 (Termasuk uniform)
Yuran Bulanan Half Day Programme : RM 380
Yuran Bulanan Full Day Programme : RM 780


Waktu Kelas 

Boleh pilih nak sesi pagi atau petang
Sesi Pagi : 8.00 am - 12.00 pm
Sesi Petang : 1 pm - 5 pm

Untuk sebarang info, korang boleh tengok kat website KinderKaizen : https://www.kinderkaizen.com/
SHARE 21 comments

Add your comment

  1. tak kisahla camne pun janji Leeya nak sekolah kan, apa syarat semua sanggup mak ayah cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. janji dia nak pergi sekolah. sebab kalau nak homeschooling memang kami surrender lah, tak mampu nak homeschool anak-anak fulltime

      Delete
  2. selamat bersekolah leeya hepi ja nmpknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALhamdulillah! Dia happy sangat kak PI sebab hari-hari dapat main playground

      Delete
  3. semoga dipermudahkan urusan DP

    ReplyDelete
  4. Comel je cerita Leeya dan sekolah. Janji ada playground ye. Umur 4 tahun bukan nak belajar sangat kan, dapat berkawan dan beranikan diri tu ok dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! kami happy sangat bila dia nak ke sekolah. At least untuk dia biasakan dengan persekitaran persekolahan.

      Delete
  5. Hi semua branch sama ye yuran dia?

    ReplyDelete
  6. Salam. Nak tanya untuk makanan. Kinder kaizen ada sediakan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk makanan- Kinderkaizen cuma sediakan makanan tengahari jer, tapi kena bayar extra RM 100. Breakfast dan minum petang parents kena bawak bekal untuk anak-anak. Tai kalau ambil pakej Full Day, bayaran makan tu dah include sekali dengan yuran bulanan

      Delete
  7. tengok website mcm ada interview untk parent..

    ReplyDelete
    Replies
    1. YUP ADA PARENTS INTERVIEW. tAPI INTERVIEW TU UNTUK MENGENALI PERSONALITI STUDENT DENGAN LEBIH DEKAT dan diaorang nak tahu apa expectation parents bila hantar anak2 ke Kinderkaizen. Kot-kot lah anak-anak ada masalah kesihatan ke macam autism ke down syndrom ke.

      Delete
  8. Hi, nak tanya Puan enroll anak Puan dekat cawangan KinderKaizen yang mana ya?

    ReplyDelete
  9. Can I get more details of the school

    ReplyDelete
    Replies
    1. you can visit their website - https://kinderkaizen.com/ , everything is stated there.

      Delete
  10. haii...nak tanya - byr booking fees rm1000, if nak daftar terus kinderkaizen ni, just kena topup few hundreds ( based on upon confirmatin fee ) tu ke, atau add lg rm1k + tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, betul. mula-mula bayar rm1000 dulu untuk booking. Kalau confirm nak masuk situ selepas trial class, then top je lagi duit untuk cukupkan registration fee tu. Tak silap saya, saya top up dalam RM 1k lebih. So, total semua untuk registration fee, dekat RM 3000 jugaklah.

      Delete
  11. Puan, ramai tak kids per class?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diaorang tak guna concept class room. Diaorang belajar secara terbuka (open class room), dan kanak-kanak akan dibahagikan kepada kumpulan2 kecil dalam circle masing-masing bila waktu belajar yang memrlukan fokus, contoh macam reading time.

      Bila waktu bermain, semua main sama-sama. Sebab kat tadika Kinderkaizen ni, konsep belajar dia ialah dengan cara bermain

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE