Silibus Matematik Sekolah Rendah Sangat Susah | Aku dapat rezeki tak disangka-sangka lepas sembuh dari covid ni. Ada parents minta aku ajar anak-anak diaorang matematik sekolah rendah. Fuhh!! Terkejut sangat tengok whatsapp permintaan dari beberapa orang ibu minta aku ajar anak-anak diaorang matematik dengan silibus KBAT style yang KPM guna sekarang.
Tak dinafikan silibus sekolah rendah sekarang ni susah sangat. Jenuh anak-anak nak kena belajar. Yang mana yang fast learner boleh cepat catch-up, murid yang jenis biasa-biasa jer agak susah juga. Especially kalau subjek matematik. Math ni kira macam core subject la untuk sekolah rendah. Kalau score math, InshaAllah subjek-subjek lain tu tak ada masalah.
Sebenarnya math ni senang jer. Yang buatkan ia jadi susah sebab dalam fikiran kita (mindset) cakap math tu susah.
Dan untuk anak-anak sekolah rendah, kalau diaorang tak faham asas
matematik (basic / foundation) , memang susah untuk diaorang nak belajar dengan
happy & tenang , sebab makin lama makin naik darjah, silibus makin susah.
Jadi lama-lama diaorang akan hilang minat untuk belajar math sebab diaorang akan cakap math tu susah. Dalam mindset diaorang dah ditanam dengan ayat "math tu susah".
So bila naik sekolah menengah lagilah susah diaorang nak catch up sebab
silibus sekolah menengah lagilah susah.
Macam anak aku, Kakak FL (Darjah 1 tahun lepas), masa PdPR kami suami isteri perasan dia sangat lemah dengan silibus math KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) sekarang, sebab silibus sekarang guna konsep KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), padahal dia suka sangat math.
Kalau bagi dia soalan kira-kira direct macam contoh 45+76, dia boleh kira cepat je guna jari. Tapi bila deal dengan soalan KBAT, terus jem otak dia tak tahu nak jawab macam mana.
En.suami risau sangat. Sebab takut nanti dia hilang minat dengan matematik. So masa cuti sekolah Bulan November - Disember hari tu, en.suami spend masa seminggu duk menghadap laptop duk buat research pasal silibus KBAT yang KPM duk guna sekarang.
Seminggu tu memang dia duk pulun mentelaah pasal silibus jer googgle sana sini duk mencari jawapan. Memang gigihlah dia study demi sayangkan anak-anak.
Last-last selepas seminggu dia pun jumpalah penemuannya (Research Finding
) - iaitu silibus KBAT yang digunapakai oleh KPM
sekarang ialah diadaptasi dari negara Singapura.
Kalau kita tengok Singapore memang sangat-sangat kedepan dari segi taraf
pembagunan fizikal negara tersebut mahupun dengan sistem pendidikan mereka.
Memang jauh lebih advance dari Malaysia.
Singapore dah lama buat kajian pasal sistem pendidikan dan correlation nya dengan pembangunan negara. Dan jawapannya kalau nak menjadikan sesebuah negara tu negara maju, anak-anak sekolah kena diajar untuk berfikir dengan dengan cara kreatif dan analitikal (analytical thinking).
Bukan dengan hanya membaca dan menghafal semata-mata sebab kalau kaedah membaca dan menghafal, sistem A.I (Artificial Intelligence) dah boleh mengambil alih tugas tu.
So, untuk mempersiapkan anak-anak kecil untuk menjadi future leader
kelak dan pemangkin kepada pembangunan negara, serta boleh menyelesaikan
masalah-masalah company dan negara dengan efiksyen, mereka perlu dididik untuk
berfikir secara kreatif, inovatif dan analytical serta mempunyai kemahiran
menyelesaikan masalah (problem solving skill).
So sebab tu KPM sekarang menggunakan kaedah KBAT untuk untuk silibus sekolah sekarang. Dan silibus KBAT tersebut ditiruvasi dari Singapore dalam rangka untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju kelak.
Jadi, en.suami pun pulunlah cari silibus math untuk sekolah rendah yang
diajar di Singapore (primary school). Hasilnya, memang banyak dapat. Dan
semuanya dikongsikan secara percuma je di internet. Tapi kena gigihlah download
satu-satu dan print semuanya. Pastu juga, en.suami belikan buku latihan math ni
yang digunapakai di Singapore untuk Kakak FL.
Kalau ada rezeki, bolehlah aku ajar anak-anak orang lain especially Anak Melayu matematik sekolah rendah ni. Niat tu memang ada nak mendidik anak bangsa sendiri cuma tunggu masa yang sesuai. Tak sangka pulak tanpa disangka-sangka, tanpa buat marketing , tak buat awareness tetiba mesej masuk minta aku buat kelas math ni secepat mungkin. Allahu. Speechless. Allah memang baik . Alhamdulillah. Rezeki datang tak disangka-sangka.
saya baca sampai habis...sebab saya mmg minat math...ank nak masuk sekolah dah...jadi kena gigih cari maklumat...please share more...
ReplyDeleteWaahh! Terima kasih sebab baca sampai habis. Sis memang hebat. OK, InshaAllah sis saya akan share lagi
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletemacam mana nk hubungi puan berkenaan perkara ini
ReplyDeleteBoleh emel saya di dorsett.pink14@gmail.com . Btw, saya buat kelas di Bangi, Selangor.
Deletebetul tu. kita pun tak pandai nak ajar huhu
ReplyDeleteKan? Susah. huhu
Deletebetull. sekarang tengok soalan exam dorg pon pening. wlaupun dulu masa skolah rendah kita score, ni kalau ulang balik skolah rendah konfem merangkak-rangkak juga ni hahaha.
ReplyDeleteye la buku ni xde pun online mcm mana nak dapatkan
ReplyDelete