Saturday, March 05, 2022

TIPS Merawat Covid-19. Ubat-Ubatan Sepanjang Positif Covid-19

 Macam yang korang tahu aku, en.suami dan Kakak FL disahkan positif Covid-19 sepanjang minggu ni. So, entri kali ni aku nak share pasal TIPS Cara Aku Merawat Covid-19 Bila Kena Kuarantin Sendiri ni dan apa ubat-ubatan yang kitaorang gunakan sepanjang tempoh postifi Covid-19 ni. 


Cerita pasal aku kena positif Covid-19, boleh baca kat entri ni 'DP POSITIF COVID19'

Dan ini pula cerita pasal anak sulung aku, Kakak FL Positif Covid-19 - 'KAKAK FL DISAHKAN POSITIF COVID19'.

Alhamdulillah! Hari ni kitaorang semua dah negatif dari Covid-19. 

Kakak FL positif 3 hari.
Aku positif 2 hari jer. En.suami pun positif 2 hari jugak.  


Gejala-Gejala Positif Covid-19 

Ini antara gejala-gejala covid-19 yang kitaorang rasa :

1. Demam (Kakak FL demam 3 hari, aku & en.suami demam 2 hari jer).
2. Selsema
3. Sakit Tekak
4. Batuk
5. Penat (sehari jer penat)
6. Cirit-birit (aku seorang jer cirit-birit sehari)
7. Naik jerawat (aku seorang jer naik jerawat banyak-banyak kat muka dan kat dada). 
8. Tak selera makan

Alhamdulillah, kitaorag tak teruk sangat. Aku bersyukur sebab ambil booster awal. So, booster Pfizer ni jugak yang menjadi penyumbang yang buatkan kitaorang tak teruk dan boleh kuarantin kat rumah jer. 


TIPS Merawat Covid-19 dan Ubat-Ubatan Sepanjang Positif Covid-19

1. Makan panadol setiap 6 jam. kalau panadol dah habis kat kedai, boleh beli 'Uphamol'. Ini untuk demam.

2. Diffuse essential oil lemon siang malam. 
3. Makan Cold Away 2 biji sehari - untuk batuk dan selsema.
4. Makan Vitamin C Berroca sekali sehari - untuk kuatkan badan. 

5. Minum air kelapa. Air kelapa ni kitaorang minum masa en.suami tak bergejala jer, bila en.suami dah ada gejala (demam & selsema), kitaorang dah tak minum dah air kelapa sebab semua tak boleh keluar rumah. 

6. Minum madu , campur perahan lemon - untuk sakit tekak.

7. Makan Habatusauda setiap hari. Sehari makan 1-2 biji jer. 

***** Betadine Spray - untuk batuk teruk. Aku tak ambil ni sebab kitaorang batuk tak teruk sangat. Makan Cold Away dah OK dah. kalau korang batuk teruk better beli Betadine Spray ni. 


Diffuser Jenama Young Living ni boleh beli kat Shopee, ini linknya: https://invol.co/cl9h5s1
Essential Oil Lemon tu boleh beli di Shopee juga : https://invol.co/cl9d2b1

https://www.dorsettpink.com/2022/03/dp-positif-covid19.html
Ini perahan lemon campur 2 sudu madu. Hari-hari minum ni sekali sehari. Kalau dapat minum 2 kali sehari lagi bagus. 

Berroca ni boleh beli kat Shopee. Ini link nya : https://invol.co/cl8cr8b


Inilah Cold Away yang aku makan. Ini link Shopee nya : https://invol.co/cl8cr6z


Difflam ni aku guna yang perisa mint kat dalam gambar ni. Sehari paing banyak boleh makan 5 biji jer, jangan makan lebih dari tu. Tapi sekali makan, dia akan rasa kebas kat mulut dan bila kita makan nasi atau apa-apa makanan, tak terasa rasa makanan tu. So, better makan difflam ni lepas makan nasi. 

Habatusauda, aku ambil yang jenama ni dari Syarikat EGE Group.

Ini link Shopee untuk Difflam: https://invol.co/cl9i75t
Ini link Shopee untuk Habatusauda : https://invol.co/cl9i77t

Ini link Shopee untuk Betadine ni - https://invol.co/cl9i7av . Yang ini kena kumur sampai ke tekak. Kat Farmasi banyak habis stok. Better korang beli siap-siap buat standby kat rumah. 


Hopefully, entri ni dapat membatu korang yang positif covid untuk cepat sembuh seperti sedia ada. Ingat, bila kena kuarantin kat rumah, sentiasa sanitize tangan selalu dan pakai face mask sentiasa walaupun duduk di rumah sendiri. 

2 comments:

  1. MOGA SEGERA PULIH SEDIAKALA FAMILI KAK KUARANTIN JUGA NI

    ReplyDelete
  2. nombor 6 dan 7 tu memang saya amalkan masa kena Covid baru-baru ni. risau berjangkit dengan mak ayah je. stay safe kak!

    ReplyDelete