9 Resolusi Ramadan Tahun 2022

in , , , by dorsett pink, April 05, 2022

 Alhamdulillah! Hari ni dah 3 hari Umat Islam bepuasa. Aku berharap agar tahun ni ibadah aku lebih baik dari Ramadan sebelumsebelum ni dan semoga aku menjadi orang yang lebih baik dari yang sebelum ni selepas habis Ramadan nanti. So, entri ni aku nak share pasal - Resolusi Ramadan Tahun 2022 untuk diri aku. 

Untuk diri sendiri pun nak share dengan public juga ke? Benda baik kita share la sama-sama, kalau benda tak baik kita jangan share sebab nanti kita yang dapat dosa kalau orang yang baca tu buat. Kalau kita share benda yang baik dapat juga bagi manfaat dekat pembaca. Kalau ada orang ikut/follow, dapat juga pahala kat aku sikit. 

Ustaz kata Ramadan ni ialah bulan untuk Madrasah Kehidupan kita. So, kita belajar untuk buat sesuatu yang lebih baik masa bulan Ramadan ni, dan kita istiqomah dengan perubahan tu. Moga-moga kita dapat baiki diri kita untuk semakin dekat dengan Allah. 

https://diakhir.blog/2022/03/03/ide-amalan-esensial-resolusi-ramadhan-2022-1443h/

Matlamat nak baiki diri tu dah bagus dah, tapi kenallah ada pelan startegik (strategic plan) apa yang nak dibuat untuk capai matlamat tu. 


So, inilah dia 9 Resolusi Ramadan Tahun 2022 ini :

1. Baca AL-Quran 10 muka surat sehari setiap hari.

2. Solat Tahajud setiap hari setiap hari.

3. Solat Terawikh & Solat Witir setiap hari.

4. Sola Dhuha 4-8 rakaat setiap hari.

5. Baca Surah Yassin setiap hari.

6. Baca Surah al-Waqiah setiap hari.

7. Baca Surah al-Mulk setiap hari.

8. Sedekah Subuh setiap hari.

9. Sedekah al-Fatihah untuk seluruh Muslimin & Muslimat setiap hari.


Ini dia KPI Ramadan aku tahun ni. Ramadan ni target aku ialah aku nak istiqomah buat setiap hari seperti mana yang aku tulis kat sini. 


Bila kita tulis matlamat dan impian kita, kita akan ingat. Bila kita ingat, kita akan buat. Sebab tu pentingnya menulis. Sebab otak kita akan mula bekerja bila kita menulis. Dan sebab tu aku share kat blog ni. Supaya aku selalu baca dan ingat. 


Harap-harapnya aku istiqomah. 

https://www.dorsettpink.com/2022/04/persediaan-makanan-untuk-puasa-ramadhan.html?showComment=1649136992007#c7482988184872771818
Ini tulisan &  hasil seni aku kat dalam Planner kesayangan aku. Ramadan ni aku pilih tema hijau untuk decorate. Nanti kalau rajin aku share pasal planner ni. 

Selamat berpuasa semua. 

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. ALHAMDULILLAH ISTQOMAH AMALANNYA

    ReplyDelete
  2. semoga istiqamah kak DP dan terbiasa juga buat amalan-amalan ni selepas habis Ramadan nanti. Selamat berpuasa

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE