Hari tu, lepas En.Suami dah sembuh aku bawak anak-anak berbuka puasa kat Masjid Putra, Putrajaya. 

Dulu-dulu masa aku bujang, selalu datang buka puasa kat sini, boleh kata hari-hari lah iftar kat Masjid Putra ni. Sebab senang nak solat jemaah. 

Tapi bila ada anak, inilah pertama kalinya datang berbuka puasa kat masjid. 

 15 Tips Paling Senang Untuk Mencari Lailatul Qadar :

https://akuislam.com/blog/ibadah/lailatul-qadar/

Tragedi awal Ramadan - En.Suamiku Meraung Kesakitan Selepas Sahur Akibat Sakit Batu Karang. 

Masjid Putra, Putrajaya - Kisah Ramadan Ku di Masjid Putra. 

Sekarang Dewan Solat Utama Masjid Putra ni ditutup sementara waktu, jangkaannya sehinga September 2022 sebab diaorang tengah baiki kubah masjid. 


So, solat fardhu 5 waktu, solat terawikh & solat Jumaat semuanya di luar dewan. "Kalau hari hujan jemaah diarahkan solat di bahagian bawah dekat area pejabat pengurusan masjid ni. Alhamdulillah so far tak pernah lagi hujan masa waktu Solat Jumaat" - kata guard Masjid Putra ni. 

Dulu-dulu masa waktu bujang boleh dikatakan aku berbuka puasa kat sini hampir setiap hari . Bukan sebab tak ada duit nak berbuka kat rumah, tapi sebab nak senang solat jemaah maghrib sebab aku tahu bila aku dah berkahwin aku akan berhadapan dengan masalah "masa". 


So, sementara ada waktu lenggang macam tu, tak ada komitmen dengan anak-anak lagi, cuba buat yang terbaik untuk imarahkan rumah Allah. Dan memang betul pun, sejak aku pregnant anak pertama, aku sangat susah nak pergi masjid apatah lagi nak berbuka puasa & bersolat jemaah kat masjid

Masa dulu selalu berbuka kat masjid tu tahan jer lah telinga orang duk perli kata aku nak jimat duit nak makan free . Aku pelik kenapa ada orang boleh fikir macam tu. Adakah sebab diaorang berbuka puasa kat rumah jer sentiasa? Kenapa pula bila Jemaah Umrah dari Malaysia berbuka puasa kat masjid di Tanah Suci Mekah atau Madinah tak ada pula yang perli diaorang dengan sindiran-sidiran sinis? Adakah sebab budaya iftar di masjid hanya boleh dibuat di Tanah Haram saja kah??


Errrrmmm.... Sedih. Betullah kata alim ulamak, di akhir zaman orang yang buat benda Sunnah akan diketawakan & disindir tapi orang yang buat dosa akan disanjung. Errrmm. Sekarang ni, anak-anak dah besar sikit, Kakak dah boleh harap untuk jaga adik. So harapnya tahun ni bolehlah nak berbuka puasa kat masjid dan  iktikaf kat sini nanti. Harapnya.



Pintu masuk Masjid Putra.Hebat sangat! Aku sebagai Umat Islam bangga tengok senibina masjid yang hebat macam ni. 

Pintu masuk ke perkarangan Masjid Putra

Perkarangan Masjid Putra. Kalau Hari Jumaat sekarang, jemaah masjid akan bersolat disini. 


Sekarang ni kena solat kat luar ni jer. Telekung & sejadah kena bawa sendiri. 



Sekarang ni Bulan Ramadan ni, Masjid Putra dah buat Majlis Iftar untuk Umat Islam berbuka puasa kat sini. Even budak-budak kecil pun dibenarkan untuk datang ke masjid sekarang. Jadi, bolehlah kita semua bawak famili dan anak-anak ke sini untuk buka puasa dan menunaika terawikh.

 

Masjid Sultan Eyub ialah Makam Abu Ayyub Al-Ansari di Istanbul, Turki.

Makam ini dibina pada tahun 1458 oleh Sultan Muhmmad Al-Fatih. Abu Ayyub Al-Ansari ialah antara Sahabat Rasulullah yang plaing rapat dengan Rasulullah saw ketika hayat Baginda. Beliau berasal dari Madinah dari suku kaum Ansar.


Semasa Rasulullah saw berhijrah di Kota Madinah, Baginda saw menginap di rumah Abu Ayyub Al-Ansari selama 6-7 bulan sebelum rumah Baginda SAW siap dibina di perkarangan Masjid Nabawi.


https://en.wikipedia.org/wiki/Ey%C3%BCp_Sultan_Mosque
Masjid Sultan Eyub di Istanbul 

Abu Ayyub seorang yang sangat taat pada Rasulullah saw dan ajaran Islam & merupakan seorang yang sangat kuat semangat jihadnya. 


Semasa Perang Khandaq di Madinah, Rasulullah saw telah bersabda bahawa 1 hari nanti Kota Konstantinopel di Turki akan ditakluk oleh Orang Islam dan orang yang menakluknya ialah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya ialah sebaik-baik tentera iaitu pemimpin yang sangat soleh, sebaik-baik khalifah, askar yang tawaduk pada Allah dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat letika zaman itu.


Lalu, selepas sabda Rasulullah saw tersebut, para sahabat pun menanam azam untuk menakluk Kota Konstantinopel. Lalu, berbagai usaha telah dirancang untuk menyerang dan manakluk bumi bertuah tersebut yang hari ini dikenali sebagai Istanbul.

 

Usaha untuk menawan Kota Konstantinopel bermula sejak dari zaman pemerintahan Umar Al-Khattab lagi, dan diteruskan sehingga ke zaman pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyyah namun kesemuanya tidak berjaya.

 

Usaha untuk menakluk Kota tersebut diteruskan tanpa henti sehingga 800 tahun kemudian oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah. Abu Ayyub al-Ansari yang mempunyai semangat jihad yang kuat berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan Kota Konstantinopel sejak dari zaman pemerintah Umar Al-Khattab kerana percaya pada sabda Rasulullah saw yang sinar Islam akan bersinar megah di Kota Konstantinopel dan Orang Islam berjaya mengalahkan Kerajaan Kafir Byzantin.

 

Kerajaan Byzantin ni ialah kerajaan yang sangat kuat dan berjaya memerintah dunia sehingga 11 abad lamanya & pusat pemerintahan Kerajaan Byzantin ialah di Kota Konstantinopel. Semagat juang Abu Ayyub al-Ansari sangat hebat. Tanpa berputus asa, beliau berusaha sedaya mungkin untuk menakluk kota agam Konstantinopel sehingga ke akhir hayatnya.


Dalam usaha untuk menawan Konstantinopel, Abu Ayyub telah meninggal dunia ketika di atas kapal laut dalam usaha untuk menyerang. Dan sebelum meninggal, beliau telah tinggalkan wasiat pada sahabat-sahabatnya di atas kapal tersebut "kebumikan aku di depan Kota Konstantinopel agar aku dapat mendengar kaki-kaki kuda Pemerintah Islam yang hebat, yang sangat soleh itu menawan Kotanstinopel 1 hari nanti".

 

Lalu sahabat-sahabat beliau menunaikan wasiat tersebut dan mengebumikan jenazah Shuhada Abu Ayyub AL-Ansari di luar tembok Kota Konstantinopel. Tiada siapa tahu akan kewujudan kubur Syuhada terhebat tersebut di tanam di situ sehinggalah Konstantinopel berjaya ditawan oleh Orang Islam, Khalifah Islam yang sangat hebat pada abad ke-15 masihi.  

 

Usaha untuk menawan Kota Konstantinopel tu diteruskan lagi tanpa putus asa sehingga ke Pemerintahan Kerajaan Turki Uthamaniyyah ketika zaman Sultan Bayezid (Datuk Sultan Muhammad Al-Fatih) & Sultan Murad (Ayah Sultan Muhammad Al-Fatih) namun kesemuanya tidak berhasil.

 

Dan akhirnya kota gah Konstantinopel berjaya ditakluk oleh pemimpin yang sangat soleh, yang sangat hebat dan sangat berani iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih atau nama sebenarnya ialah Mehmed Khan Bin Murad Khan pada tahun 1458 Masihi.

 

Selepas menakluk kota tersebut, Sultan Muhammad Al-Fatih menukar nama Konstantinopel kepada nama Islambul (Bul bermaksud ‘Negeri’ didalam Bahasa Turki). Dan kemudiannya bertukar nama ke Istanbul.

 

Masjid ini ada 2 menara yang dibina oleh Sultan Muhammad Al-Fatih dan masih kekal menaranya sehingga sekarang. 

Dan Sultan Al-Fatih bermimpi akan kubur Shuhada Abu Ayyub Al-Ansari yang ditanam di depan Kota Konstantinopel suatu ketika dahulu. Maka, Sultan Al-Fatih pun menjadikan Kubur Abu Ayyub Al-Ansari tersebut dengan sebaik-baiknya dan turut dibina masjid di sekitar makam tersebut. Makam Abu Ayyub Al-Ansari ini telah dibina semula pada tahun 1798 setelah berlaku kerosakan teruk.

 

Hari ini, Makam Abu Ayyub Al-Ansari atau dikenali sebaga Masjid Sultan Eyub adalah destinasi pelancongan popular di kalangan Umat Islam yang melancong ke Istanbul. Dan tempat ini ‘wajib’ dimasukkan ke dalam itinerari kita jika melancong ke Istanbul, sebagai penghormatan pada Pahlawan Islam yang agung yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan orang kafir Byzantin.  


Al-Fatihah untuk Abu Ayyub Al-Ansari & Sultan Muhammad Al-Fatih.


Sumber Rujukan : Kuliah Ceramah Ustaz Auni di Youtube. 

P/S : Semua gambar di ambil dari Google Image.  

9 Resolusi Ramadan Tahun 2022

in , , , by dorsett pink, April 05, 2022

 Alhamdulillah! Hari ni dah 3 hari Umat Islam bepuasa. Aku berharap agar tahun ni ibadah aku lebih baik dari Ramadan sebelumsebelum ni dan semoga aku menjadi orang yang lebih baik dari yang sebelum ni selepas habis Ramadan nanti. So, entri ni aku nak share pasal - Resolusi Ramadan Tahun 2022 untuk diri aku. 

30 Hari Idea Menu Berbuka Puasa Ramadan

in , , , by dorsett pink, April 05, 2022

 30 Hari Menu Ramadan

Bulan puasa ni biasanya kita orang perempuan pening nak fikir nak masak apa setiap hari. So, ini dia aku share 30 menu masakan untuk sebulan Ramadan ni untuk menyenangkan kerja kita semua. So, tak perlu dah nak fikir teruk-teruk nak masak apa petang ni. 

3 April 2022 - 1 Ramadan 1443H

in , , by dorsett pink, April 03, 2022

Hari ni 3 April 2022 bersamaan dengan 1 Ramadan 1443 hijrah. Hari ini hari pertama Umat islam di Malaysia berpuasa wajib. Sekejap je kan massa berlalu, kehangatan raya masa PKP tahun lepas pun masih terasa lagi - pakai baju cantik-cantik duduk dalam rumah jer. hihi. 

Persediaan Makanan Untuk Puasa Ramadhan

in , , , by dorsett pink, April 01, 2022

Ahad lepas aku, en.suami & anak-anak keluar shopping barang dapur untuk keperluan nak puasa Ramadhan ni. 

Memang sengaja keluar awal sebab malas nak bersesak-sesak last minute nanti. Lagipun esok (Sabtu 2 April 2022) en.suami aku busy, so tak sempat nak keluar shopping. 
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE