Masjid Putra, Putrajaya - Kisah Ramadan Ku di Masjid Putra. 

Sekarang Dewan Solat Utama Masjid Putra ni ditutup sementara waktu, jangkaannya sehinga September 2022 sebab diaorang tengah baiki kubah masjid. 


So, solat fardhu 5 waktu, solat terawikh & solat Jumaat semuanya di luar dewan. "Kalau hari hujan jemaah diarahkan solat di bahagian bawah dekat area pejabat pengurusan masjid ni. Alhamdulillah so far tak pernah lagi hujan masa waktu Solat Jumaat" - kata guard Masjid Putra ni. 

Dulu-dulu masa waktu bujang boleh dikatakan aku berbuka puasa kat sini hampir setiap hari . Bukan sebab tak ada duit nak berbuka kat rumah, tapi sebab nak senang solat jemaah maghrib sebab aku tahu bila aku dah berkahwin aku akan berhadapan dengan masalah "masa". 


So, sementara ada waktu lenggang macam tu, tak ada komitmen dengan anak-anak lagi, cuba buat yang terbaik untuk imarahkan rumah Allah. Dan memang betul pun, sejak aku pregnant anak pertama, aku sangat susah nak pergi masjid apatah lagi nak berbuka puasa & bersolat jemaah kat masjid

Masa dulu selalu berbuka kat masjid tu tahan jer lah telinga orang duk perli kata aku nak jimat duit nak makan free . Aku pelik kenapa ada orang boleh fikir macam tu. Adakah sebab diaorang berbuka puasa kat rumah jer sentiasa? Kenapa pula bila Jemaah Umrah dari Malaysia berbuka puasa kat masjid di Tanah Suci Mekah atau Madinah tak ada pula yang perli diaorang dengan sindiran-sidiran sinis? Adakah sebab budaya iftar di masjid hanya boleh dibuat di Tanah Haram saja kah??


Errrrmmm.... Sedih. Betullah kata alim ulamak, di akhir zaman orang yang buat benda Sunnah akan diketawakan & disindir tapi orang yang buat dosa akan disanjung. Errrmm. Sekarang ni, anak-anak dah besar sikit, Kakak dah boleh harap untuk jaga adik. So harapnya tahun ni bolehlah nak berbuka puasa kat masjid dan  iktikaf kat sini nanti. Harapnya.



Pintu masuk Masjid Putra.Hebat sangat! Aku sebagai Umat Islam bangga tengok senibina masjid yang hebat macam ni. 

Pintu masuk ke perkarangan Masjid Putra

Perkarangan Masjid Putra. Kalau Hari Jumaat sekarang, jemaah masjid akan bersolat disini. 


Sekarang ni kena solat kat luar ni jer. Telekung & sejadah kena bawa sendiri. 



Sekarang ni Bulan Ramadan ni, Masjid Putra dah buat Majlis Iftar untuk Umat Islam berbuka puasa kat sini. Even budak-budak kecil pun dibenarkan untuk datang ke masjid sekarang. Jadi, bolehlah kita semua bawak famili dan anak-anak ke sini untuk buka puasa dan menunaika terawikh.

 

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Bila saya ikut mak saya berbuka di surau, nampak ramai kawan-kawan dia even yang berpangkat datin berbuka bersama untuk eratkan silaturrahim so tak valid la nak kata berbuka di masjid sebab kedekut

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH DA PAT BERBUKA PUASA DALAM MASJID YG INDAH

    ReplyDelete
  3. Seronok sebenarnya berbuka di masjid..
    Selain dari mudah nak bersolat, kita juga mudah nak ajar diri (dan anak2) bersederhana dalam berbuka
    Kalau area Gombak ni, Masjid UIA best, ramai bawa keluarga & anak2 kecil.

    ReplyDelete
  4. uish siapalah yg sanggup cakap mcm tu ye. ada unsur dengki tu. jom berbuka posa kat karangkraf mmg free aje tau

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE