Masjid Sultan Eyub ialah Makam Abu Ayyub Al-Ansari di Istanbul, Turki.
Makam ini dibina pada tahun 1458 oleh Sultan Muhmmad Al-Fatih. Abu Ayyub Al-Ansari ialah antara Sahabat Rasulullah yang plaing rapat dengan Rasulullah saw ketika hayat Baginda. Beliau berasal dari Madinah dari suku kaum Ansar.
Semasa Rasulullah saw berhijrah di Kota Madinah, Baginda saw menginap di rumah Abu Ayyub Al-Ansari selama 6-7 bulan sebelum rumah Baginda SAW siap dibina di perkarangan Masjid Nabawi.
Abu Ayyub seorang yang sangat taat pada Rasulullah saw dan ajaran Islam & merupakan seorang yang sangat kuat semangat jihadnya.
Semasa
Perang Khandaq di Madinah, Rasulullah saw telah bersabda bahawa 1 hari nanti
Kota Konstantinopel di Turki akan ditakluk oleh Orang Islam dan orang yang
menakluknya ialah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya ialah sebaik-baik tentera
iaitu pemimpin yang sangat soleh, sebaik-baik khalifah, askar yang tawaduk pada
Allah dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat letika zaman itu.
Lalu,
selepas sabda Rasulullah saw tersebut, para sahabat pun menanam azam untuk
menakluk Kota Konstantinopel. Lalu, berbagai usaha telah dirancang untuk
menyerang dan manakluk bumi bertuah tersebut yang hari ini dikenali sebagai
Istanbul.
Usaha
untuk menawan Kota Konstantinopel bermula sejak dari zaman pemerintahan Umar Al-Khattab
lagi, dan diteruskan sehingga ke zaman pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyyah
namun kesemuanya tidak berjaya.
Usaha untuk menakluk Kota tersebut diteruskan tanpa henti sehingga 800 tahun kemudian oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah. Abu Ayyub al-Ansari yang mempunyai semangat jihad yang kuat berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan Kota Konstantinopel sejak dari zaman pemerintah Umar Al-Khattab kerana percaya pada sabda Rasulullah saw yang sinar Islam akan bersinar megah di Kota Konstantinopel dan Orang Islam berjaya mengalahkan Kerajaan Kafir Byzantin.
Kerajaan Byzantin ni ialah kerajaan yang sangat kuat dan berjaya memerintah dunia sehingga 11 abad lamanya & pusat pemerintahan Kerajaan Byzantin ialah di Kota Konstantinopel. Semagat juang Abu Ayyub al-Ansari sangat hebat. Tanpa berputus asa, beliau berusaha sedaya mungkin untuk menakluk kota agam Konstantinopel sehingga ke akhir hayatnya.
Dalam
usaha untuk menawan Konstantinopel, Abu Ayyub telah meninggal dunia ketika di
atas kapal laut dalam usaha untuk menyerang. Dan sebelum meninggal, beliau
telah tinggalkan wasiat pada sahabat-sahabatnya di atas kapal tersebut
"kebumikan aku di depan Kota Konstantinopel agar aku dapat mendengar
kaki-kaki kuda Pemerintah Islam yang hebat, yang sangat soleh itu menawan
Kotanstinopel 1 hari nanti".
Lalu sahabat-sahabat beliau menunaikan wasiat tersebut dan mengebumikan jenazah Shuhada Abu Ayyub AL-Ansari di luar tembok Kota Konstantinopel. Tiada siapa tahu akan kewujudan kubur Syuhada terhebat tersebut di tanam di situ sehinggalah Konstantinopel berjaya ditawan oleh Orang Islam, Khalifah Islam yang sangat hebat pada abad ke-15 masihi.
Usaha
untuk menawan Kota Konstantinopel tu diteruskan lagi tanpa putus asa sehingga
ke Pemerintahan Kerajaan Turki Uthamaniyyah ketika zaman Sultan Bayezid (Datuk
Sultan Muhammad Al-Fatih) & Sultan Murad (Ayah Sultan Muhammad Al-Fatih)
namun kesemuanya tidak berhasil.
Dan
akhirnya kota gah Konstantinopel berjaya ditakluk oleh pemimpin yang sangat
soleh, yang sangat hebat dan sangat berani iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih atau
nama sebenarnya ialah Mehmed Khan Bin Murad Khan pada tahun 1458 Masihi.
Selepas
menakluk kota tersebut, Sultan Muhammad Al-Fatih menukar nama Konstantinopel
kepada nama Islambul (Bul bermaksud ‘Negeri’ didalam Bahasa Turki). Dan
kemudiannya bertukar nama ke Istanbul.
Dan
Sultan Al-Fatih bermimpi akan kubur Shuhada Abu Ayyub Al-Ansari yang ditanam di
depan Kota Konstantinopel suatu ketika dahulu. Maka, Sultan Al-Fatih pun
menjadikan Kubur Abu Ayyub Al-Ansari tersebut dengan sebaik-baiknya dan turut
dibina masjid di sekitar makam tersebut. Makam Abu Ayyub Al-Ansari ini telah
dibina semula pada tahun 1798 setelah berlaku kerosakan teruk.
Hari ini, Makam Abu Ayyub Al-Ansari atau dikenali sebaga Masjid Sultan Eyub adalah destinasi pelancongan popular di kalangan Umat Islam yang melancong ke Istanbul. Dan tempat ini ‘wajib’ dimasukkan ke dalam itinerari kita jika melancong ke Istanbul, sebagai penghormatan pada Pahlawan Islam yang agung yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan orang kafir Byzantin.
Al-Fatihah untuk Abu Ayyub Al-Ansari & Sultan Muhammad Al-Fatih.
Sumber Rujukan : Kuliah Ceramah Ustaz Auni di Youtube.
P/S : Semua gambar di ambil dari Google Image.
Subhanallah pejuang Islam sejati sahabat Rasullullah
ReplyDeleteperkongsian yang menarik. seronok membacanya. hebat pejuang Islam dahulu kala
ReplyDeleteterigin nak pergi ke sana
ReplyDelete