Sunday, April 24, 2022

Meraung Kesakitan Selepas Sahur Akibat Sakit Batu Karang

Tragedi awal Ramadan - En.Suamiku Meraung Kesakitan Selepas Sahur Akibat Sakit Batu Karang. 
Sorry, lama tak update blog sebab busy uruskan rumahtangga dan anak-anak sorang-sorang. Ramadan kali ni aku diuji dengan en.suami sakit dan kena admitted hospital. So, aku lah sorang-sorang uruskan rumah dan anak-anak, biasanya buat berdua. Tapi kali ni aku sorang-sorang. 

Jadinya, blog ni sedikit terabai. Ni baru sempat nak tulis dan update setelah en.suami dah sihat sepenuhnya. Alhamdulillah!.

https://hellodoktor.com/urologi/batu-karang/tanda-tanda-batu-karang/

Kisahnya macam ni.... 

2 Ramadan 1443 Hijrah bersamaan dengan 4 Apil 2022 Masihi, aku dan sen.suami bersahur seperti biasa, seperti tahun-tahun sebelum ni. Sambil makan, kami tengok cerita Jejak Rasul di TV9 itulah rutin sahur kitaorang sejak beberapa tahun lalu. Kalau tak tengok Jejak rasul, kitaorang akan tengok ceramah-ceramah agama kat Youtube, yang dipancarkan melalui TV. Sekarang ni semua TV dah siap-siap ada Youtube dan Netflix, tinggal main tekan jer butang kat atas remote control. 

Lepas en.suami siap makan, dia rehat kat atas sofa kat depan TV sambil duk layan Jejak Rasul dan aku masih di meja makan menghabiskan makanan yang masih bersisa. 

Masa dia tengok TV tu, dia cakap "rasa sakit lah". Dan aku "oooohhhhh..." sebab sejak 2 minggu yang lalu, dia memang ada rasa sakit-sakit kat bahagian pinggang sebab sakit batu karang. Dan dia cakap, "bertahan saja, kalau pergi hospital pun doktor pun suruh tahan jer. Antara 2 nak buat laser (operation) atau nak tahan biar batu tu keluar sendiri". 

So, selama ni en.suami hanya menahan sakit jer bila mana sakit batu karang tu datang. 

Sebenarnya, sebelum ni en.suami aku memang dah ada sakit batu karang ni sejak dari sebelum kitaorang kahwin lagi. Dan sampai sekarang batu tu masih lagi ada kat dalam buah pinggang. Maksudnya ada batu baru yang masuk. 

Lepas aku dah habis makan, kitaorang sama-sama naik atas untuk solat Subuh berjemaah sama-sama. Tapi sebelum azan Subuh kedengaran, dia tetiba merengkok atas katil menahan kesakitan. Pastu duk cakap "aduuuuh sakitnya". Even nak bangun pun dia tak sanggup sebab sakit sangat. Pastu dia mintak panadol, aku pun terus berikan 2 biji panadol, makan cepat-cepat sebelum azan dengan harapannya pain killer tu (panadol) berkesan untuk menahan sakit. 

Tapi lepas 10-15 minit tetap juga sama. Pastu aku cakap kat dia, "You solat baring jer lah. Solat tetap kena solat juga". Dia masih lagi merengkok menahan kesakitan. 

Lepas Kakak Fl dah bangun untuk bersiap pergi sekolah, aku pun solat Subuh sorang-sorang dan en.suami bangun ambil wudhuk sambil menahan kesakitan. Sebelum berwuduk tu, dia muntah dulu 2 kali kat dalam toilet. Banyak oooo dia muntah. Kesian sangat aku tengok. 

Pastu masa nak solat, dia cakap "sakit giler ni, rasa macam nak mati dah". Aku pun cakap "jom pergi klinik, at least doktor boleh cucuk pain killer. So, lagi kuat dari panadol". En.suami balas "boleh tak suruh doktor datang rumah cucuk kat rumah? I tak larat ni nak keluar". "Ok, nanti i tengok / call boleh tak diaorang datang rumah", jawabku. Tapi rasanya tak ada kot servis special macam tu melainkan kalau kita ada doktor peribadi sendiri. 

Lepas tu dia bersolat secara duduk. Alhamdulillah! Dapat solat Subuh. 

Selesai jer solat, en.suami terus cakap "Jom pergi klinik cepat, saya dah tak tahan sangat ni. Saya nak cucuk pain killer". 

So, aku pun dengan kelam-kabut sambil persiapkan Kakak FL nak pergi sekolah bersiap-sedia untuk keluar. 

Turun ke bawah (Sebab tadi kat bilik tidur di tingkat atas), aku suruh Kakak FL breakfast cepat-cepat. Dia tak puasa penuh lagi. Dia cuma 'berpuasa' masa waktu sekolah jer selama 7 jam. OK lah tu, untuk beginner yang baru nak belajar berpuasa. Tapi dia tak sempat nak habiskan nasi dia tu, sebab kena paksa masuk kereta cepat-cepat. hihi. Sempat makan 3 suap jer. Takpelah anak, its ok. 

Sebenarnya plan nak hantar Kakak FL pergi sekolah dulu, tapi en.suami tak tahan sangat-sangat dah, dia duk menahan sakit tu, jadinya pergilah ke klinik dulu jam 7 pagi. Sampai jer di klinik, aku terus daftar & cakap kat nurse tu "ni emergency, nak jumpa doktor sekarang boleh?". 

Pastu boleh pulak si misi tu jawab "Maaf Puan, Doktor belum amsuk lagi". 

"Aikk", aku kehairanan. Sebab klinik tu memang terkenal dengan Klinik 24 Jam. Sebelum ni pun kitaorang pernah pergi ke klinik tu jam 3 pagi masa ada emergency dulu, OK jer boleh jumpa doktor masa tu.

Pastu aku pun jawab kat Misi tu "OK kalau tak ada doktor, nurse tolong cucuk pain killer boleh tak, nak cucuk pain killer jer ni".  

Lepas tu Misi tu terus cakap "Oh! Ada doktor Puan, boleh jer jumpa doktor". 

"Eh! Tadi kata tak ada doktor?" 

"Doktor baru jer masuk". 

Ye..ye jer nak tipu aku. Aku ni walaupun walaupun bukan Pakar Motivasi & bukan kaunselor, tapi aku tahu jugak ilmu psikologi sikit-sikit, aku tahu macam mana nak baca body language seseorang especially melalui pandangan mata.  

"Takpelah awak tipu saya Misi, janji en.suami saya dapat cucuk pain killer, itu jer yang saya nak buat masa tu" - cakap dalam hati jer. hihi. 

Pastu aku ambil wheelchair, dan terus pergi ambil en.suami kat kereta. Nurse kat klinik tu masa tu ramai tapi diaorang etngok jer aku buat sorang-sorang, langsung sorang pun tak tolong, even tolong bukak pintu pun tak. Hampeh betul. Sebelum -sebelum ni ok jer layanan staff kat situ. Tapi maybe, ramai staff baru yang fesh grad kot, jadinya diaorang tak tahu apa nak dibuat - bersangka baik. 

Takpelah, bersyukur jer, janji en.suami dapat cucuk pain killer tu pagi tu. 

https://hellodoktor.com/urologi/batu-karang/tanda-tanda-batu-karang/

Di pendekkan cerita, en.suami pun dapatlah cucuk pain killer. Doktor yang cucuk tu pun macam takut-takut jer. Rasanya maybe doktor yang baru habis buat 'housemanship' kot. Fresh grad. Takpelah, janji dia cucuk dengan betul & selamat. 

Lepas 15 minit cucuk pain killer tu, masih lagi sakit. Macam seolah-olah pain killer tu tak berkesan. Lepas tu, doktor suruh pergi ke Bahagian Emergency mana-mana hospital terus untuk refer pada pakar. Sebelum keluar dari klinik, doktor cucuk air masuk tangan. 

Lepas cucuk air tu, baru en.suami rasa lega banyak. Dan aku pun driver kereta pergi ke Hospital Ampang Puteri. 

Dan masa kat klinik tu, en.suami dahaga. Dahaga sangat-sangat walaupun tadi dah sahur makan nasi. So, dia berbuka minum air kosong kat klinik tu. 

Walaupun dah minum air banyak tapi sakit tetap tak hilang-hilang. Adusss, kesiannya. 

https://hellodoktor.com/urologi/batu-karang/tanda-tanda-batu-karang/

Masa dalam kereta, dia muntah lagi. Tadi kat rumah dah muntah 2 kali dah. Nasib baik dalam handbag aku sentiasa ada tersedia plastik kosong. 

Terus ke Bahagian Emergency & Accident, langsung tak ada orang. Dan en.suami pun dah boleh berjalan macam biasa, tak perlu pakai wheel chair lagi. Kat A&E ni, dia kena buat prosedur 'CT Scan'. Lepas tu dia kena jumpa Pakar Urologi. 

Kenapa kitaorang ke KPJ Ampang Puteri? Sebab sebelum ni en.suami dah memang follow up dengan Pakar Urologi kat situ - Dr.Muhammad. KPJ Ampang Puteri ni dah jadi hospital famili untuk kitaorang. Kalau sakit, nak jumpa pakar dan nak warded, mesti pergi hospital ni. Kitaorang rasa selesa sangat kat sini - parking senang, nak makan senang, nak shopping senang, even surau dia pun selesa. 

Bila jumpa Pakar, Dr baca result CT Scan yang buat tadi dan Doktor bagitau ada 2 biji batu yang besar sebesar 6 mm yang nak keluar dari badan. Tapi tak dapat keluar sebab saluran kencing tu cuma kecil jer, batu tu tak lut nak masuk ke saluran kencing untuk keluar. So, nak tak nak Doktor kena buat operation  (buat laser) untuk keluarkan batu tu. 

So, hari tu En.Suami pun kena warded. Dan operation akan berjalan keesokkan harinya (5 April 2022). 

Prosedur untuk warded kat hospital sekarang kena buat PCR dan result akan dapat dalam masa 2 jam. Bila result confirm negatif baru boleh admit. Harga buat PCR kat Hospital KPJ Ampang Puteri ni ialah RM 300++. 

Aku tak teman dia kat ward sebab tak buat PCR. Kalau nak buat PCR kena bayar RM 300++. So, tak buat lah. Lagipun 2 malam jer dia stay kat ward. 


Buat operation ni guna duit sendiri. Insuran tak cover sebab sebelum ni dah pernah masuk ward sebab penyakit Batu Karang ni. 

Kos operation untuk Sakit Batu Karang kat KPJ Ampang Puteri ialah RM 17,000 (2 malam warded). 


Pergi hospital Kakak FL pakai baju sekolah lagi. 


Lepas tu, family datang hospital nak tengok en.suami bawakkan baju untuk Kakak FL & Leeya. So, tukarlah baju kat hospital tu. Nasib baik hospital dengan rumah family dekat jer. So, bolehlah ulang-alik pergi hospital selalu. 


Hari Rabu , 6 April 2022, En.Suami discharge. Tapi 18 April, dia kena masuk ward semula untuk buangkan tiub yang dilekatkan dalam pundi kencing. Fungsi tiub tu ialah untuk perangkap darah-darah beku yang terkeluar kesan dari proses operation tu.  Tapi tak bermalam di hospital, hanya masuk ward day care je. Dan bayarannya ialah RM 2,500.  

Sepanjang tempoh 2 minggu lepas buat operation & sampai 18 April, En.Suami rasa sakit jer kat buah pinggang & pundi kencing - tak boleh berdiri lama, tak boleh berjalan banyak & tak boleh buat kerja berat-berat. So, kalau dia berjalan pun, kena berjalan slow-slow. Bila dia kencing, air kencingnya akan keluar sekali darah. 

Dia kata masa kencing pedih sangat. 
 
Inilah tiubnya. 

Selepas buang tiub ni, en.suami baru OK dan dah boleh menjalani kehidupan seperti sediakala - dah boleh berjalan jauh, dah boleh berdiri lama-lama dan dah boleh buat kerja-kerja rumah macam biasa.  

Alhamdulillah! Sekarang, aku dah kembali dengan rutin kehidupan macam biasa. Sejak dari tu, aku realise yang aku tak mampu nak hidup tanpa en.suami aku. Sebab aku tak cukup kuat nak uruskan rumah dan uruskan anak-anak sorang-sorang. 

Alhamdulillah! Allah masih bagi aku rezeki dengan pinjamkan en.suami dan anak-anak untuk aku sehingga hari ini. "Terima kasih Allah. Janganlah Engkau tarik nikmat ini dalam waktu terdekat ini sesungguhnya aku masih belum bersedia". 

1 comment:

  1. ALHAMDULILLAH HUBBY DP DAH SEMBUH SEDIAKALA TAPI MAHAI NAR KOS PEMBEDAHANNYA YA

    ReplyDelete