Hari Raya OOTD

in , , , , by dorsett pink, May 18, 2022


OOTD Raya.

Assalamualaikum semua. 

Susah betul aku nak update blog sekarang. Mood menulis ke laut dalam sungguh lah. Almaklumlah hari raya dah makan macam-macam. Bila makan banyak, perut pun besar, badan pun jadi malas. Adusss.. masalah..masalah.. 

Macam mana ya nak kurangkan makan? diet? eerrrmm. Dah cuba tapi tak berjaya ni. 

Takpe, sis cuba lagi. 

Sekarang ni aku dah tak beraya dah walaupun orang kata raya tu sebulan. Nak kurangkan risiko terkena jangkitan Covid19 atau HFMD sebab anak-anak aku kecil lagi. So, risiko terkena HFMD tu sentiasa ada.  Sebab kalau pergi beraya, biasanya kita akan masuk ke dalam rumah - tempat tertutup. So, infection kuman lagi senang berlaku berbanding dengan persekitaran terbuka. 

Apa-apa pun, korang jaga diri baik-baik ya. 

Jangan makan sembarangan dan selalulah pakai hand sanitizer selalu. Facemask tu jangan lupa pakai  kalau kat dalam tempat indoor. Minggu pertama raya hari tu, aku dan en.suami dah terkena keracunan makanan. Seminggu jugaklah kitaorang duk menahan sakit perut cirit birit tu dan berulang-alik ke klinik. Nasib baik tak kena admit hospital, kalau tak lagi huru-hara sebab tak ada orang nak jaga anak-anak ni. 

So korang berhati-hati lah ya. Pergi open house tu, make sure jaga diri sehabis baik.

So ini dia OOTD aku sepanjang Hari Raya Aidilfitri hari tu : 

1. Raya Pertama 


https://www.jakelonline.com/main
 Outfit Raya Pertama ni ialah recycle baju raya tahun lepas punya. Sebab masih elok dan masih muat lagi, so pakai jer lah semula tahun ni. Lagipun tahun lepas pakai sekejap jer masa hari raya pertama jer. Outfit ni beli sedondon dengan En.suami sekali kat JAKEL. 

https://www.jakelonline.com/main

Gambar rare ni. Simpan sini buat kenangan. Sebab jarang dapat beraya kat kampung kat Kemaman, Terengganu. So pagi raya tu kita beraya dengan haiwan-haiwan ternakan dulu. hahahahha.

Sangkar burung ni besar sangat. Mungkin ada 100 ekor kot burung dalam ni. Reban ayam kat tempat lain pulak, tak ada gambar. Terlupa nak snap.




2. Raya Kedua

Raya kedua tak dapat nak ambil gambar ramai-ramai sebab masing-masing busy beraya dan tak teringat kat handphone dah. Inipin aku snap gambar ni sebab nak snap gambar Masjid Terapung tu. 

Raya kedua kat Kuala Terengganu. Petang Raya Pertama tu kitoarang bergerak balik ke Kuala Terengganu ramai-ramai. Perjalanan dari Kemaman ke Kuala Terengganu dalam 2 jam setengah ikut Highway LPT. 

Jubah ni aku beli kat Aeon Big Wangsa Maju. Ada 1 kedai jubah kat Ground Floor. Murah-murah jubah kat situ. Aku beli jubah ni masa sehari sebelum balik ke Kemaman. Tudung pulak tudung ARIANI yang dah memang ada dalam almari aku. 

Close-up tudung. Aku sellau pakai tudung ni kalau korang perasan.


3. Raya Ketiga

Raya ke-3 ni semua pakai baju recycle yang memang dah ada dalam almari. Masih cantik, masih elok, jadi kitaorang pakai jer lah, janji nampak kemas kan.

Tudung ni ialah tudung Fabulous. Beli dekat AEON BIG Wangsa Maju jugak hari yang sama beli jubah tu. Jubah ni memang jubah yang tersedia ada dalam almari aku. 

Gambar ni kat 'Dalam Kota Istana Maziah', yang mana kerabat diraja Terengganu stay kat sini. Dulu masa kecik-kecik aku selalu main kat sini sebab rumah Arwah Tok Wan dekat area sini (depan Pasar Payang). Ni bila dah besar ni, sekali lagi aku berpeluang masuk sini untuk beraya.

Kalau korang nak tengok rumah tradisional Terengganu, macam inilah rupanya. Dan rumahni ialah rumah pusaka warisan Diraja Terengganu. 


4. Raya Keempat

Raya keempat ni kami pilih warna biru. Tema dress.
 Kakak FL tak boleh bukak mata sebab panas. Dia silau.

Baju ni aku beli kat Zalora. Baju Leeya lupa dah beli mana. Baju Kakak FL ialah Dress Frozen yang memang ada dalam almari dia. 

Tak pregnant ok. hahahhahaa. Tudung from ARIANI.

Budak tu moody.


Hari kelima??? 
Dah tak ada baju raya untuk hari ke-5 sebab kitaorang dah stop beraya. Masa ni kitaorang tengah 'berperang' dengan sakit perut cirit-birit sebab keracunan makanan. 

Kitaorang punya prinsip - bersederhana itu lebih baik. hihi. Tak perlu nak spend too much on clothing sebab pakaian ni pakai sekejap jer. Lebih baik spend duit dengan beli emas, at least emas tahan lama dan nilainya tak kan susut, tak macam pakaian, yang akhirnya hanya menjadi kain buruk. Tak gitu??

Selamat Hari raya you all. 


SHARE 2 comments

Add your comment

  1. selamat hariraya cikkak pink ittewww., maaf zahir batin ye

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Selamat hari raya.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE