Bila aku balik Kemaman, aku pilih untuk stay di hotel sebab untuk menjaga aurat. Dah ramai ustaz dan ustazah explain pasal bab batas aurat ni, so aku tak nak ulas lagi kat sini. Dan inilah antara hotel bajet pilihan aku di Kemaman iaitu Cukai View Hotel yang terketak di Bandar Chukai.
Inilah bilik tidur kitaorang hari tu. Katil queen size bed.
Bilik bersih dan kemas, ada tingkap tapi langsirnya tak ada 'day curtain' so, sepanjang masa kena tutup langsir tu. Jadinya, bilik jadi gelap bila langsir bertutup.
Ini lobi hotel. Staff tak ada di kaunter sepanjang masa. So, bila kita nak berusan dengan mereka, kita kena tekan loceng yang disediakan.
Ini permandangan di tempat gosok baju. Hotel bajet memang biasanya sediakan iron diluar bilik.
Pintu depan
Air minum disediakan diluar bilik. Dalam bilik tak ada air minuman dan tak ada kettle, cuma ada peti ais
Ini permandangan dalam bilik aku hari tu. OK lah. Janji selesa dan tak bising. Parking pun senang.
Kalau korang nak book hotel ni, ini link nya : Cukai View Hotel Kemaman .
hotel bajet ni sesuai utk kita yg menginap sebentar. x perlu byr mahal2 sbb kita dok hotel utk tdo n simpan brg je.
ReplyDeleteBetul. Kalau just nak tidur dan letak barang jer tak perlu nak sewa hotel mahal-mahal - tak berbaloi.
Deletesimple dan kemas je hotel ni. OKlah setakat nak tidur dan mandi
ReplyDelete