Berkat Korban AEON 2022.
Assalamualamualaikum korang. Nak habaq ni, Hari Raya Aidiladha dah nak dekat ni. So, jom lah kita sama-sama buat Ibadah Korban. Tahun ni (Tahun 2022) senang dah nak buat Korban, pergi jer kat AEON dan daftar untuk buat Ibadah Korban dengan AEON melalui Program Berkat Korban.
Rugi tak grab peluang keemasan ni. Sebab ibadah sembelih korban ni boleh buat setahun sekali jer, masa Hari Raya Aidiladha jer. Kalau hari-hari biasa, kita buat sembelih biasa & ia tak dikira sebagai ibadah korban 😊.
Dah 2 tahun PKP, nak buat ibadah korban pun susah kan. So, tahun ni kita dah bebas, dah bolehlah kita ramai-ramai buat korban ni kat dalam Malaysia.
Dalam Malaysia sendiri pun ramai asnaf yang tak dapat nak makan daging apatahlagi sejak waktu lepas pandemik ni. Ramai yang hilang kerja, hilang mata pencarian, nak makan daging pun susah. So, inilah masanya untuk kita sama-sama meraikan mereka yang tak bernasib baik untuk makan sedap-sedap (makan daging).
Umat Islam disunatkan untuk buat Ibadah Korban kerana Ibadah ni ialah Ibadah yang Allah paling suka ketika Bulan Zulhijjah. Hukumnya dikira sebagai 'Sunat Muakkad' - iaitu ibadat sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan.
Allah berfirman didalam Al-Quran, Surah al-Hajj, Ayat 37 : "Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada ALLAH, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu...".
Ini menunjukkan bahawa Ibadah Korban ni ialah ibadah perlu kita buat untuk membuktikan ketaqwaan kita pada Allah swt.
Dan Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang memperoleh kelapangan dan kemampuan untuk berkorban dan dia tidak mahu berkorban, maka janganlah hadir di lapangan kami (untuk solat eid)." (Riwayat Ahmad, Darul Qutni, Baihaqi dan al Hakim).
Oleh itu, dah jelas sangat bahawa Ibadah Korban ni ialah yang sangat-sangat penting untuk setiap Umat Islam yang mampu. So guys, janganlah kita sia-siakan peluang keemasan ni untuk buat Ibdah Korban ni sementara kita masih hidup.
Ustaz Don Daniyal merasmikan Program Berkat Korban 2022 Bersama AEON di Ibu Pejabat AEON Taman Maluri pada 7 Jun 2022 yang lalu.
PROGRAM BERKAT KORBAN 2022 BERSAMA AEON
Tahun ni AEON memudahkan kita semua untuk buat Ibadah korban. Senang sangat! Kita pergi je ke AEON di mana-mana cawangan di seluruh negara & pergi ke kaunter Berkat Korban & daftar. Semudah ABC!.
Melalui jalinan kerjasama antara AEON, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad (Koperasi GTR), dan TownFarm , AEON Malaysia mengambil inisiatif untuk membantu orang ramai untuk melaksanakan Ibadah Korban ini dengan mudah dan senang.
AEON merupakan Pusat Membeli-Belah pertama di Malaysia yang mencetuskan idea memperkenalkan Program Ibadah Korban seperti ini. Syabas AEON 👍👍.
Semua binatang (lembu & kambing) dan daging korban akan melalui prosedur SOP yang sangat ketat dan patuh syariah" - kata Ustaz Don.
Ustaz Don Daniyal selaku penasihat untuk Program Berkat Korban 2022 Aeon ini akan bersama-sama dengan Pihak Aeon dari mula sehingga program ini selesai kelak dalam memastikan urusan penyembelihan dan pengagihan daging korban adalah mengikut shariah dan aspek halalal toyibban sentiasa diutamakan.
Ketika sidang media Pelancaran Berkat Korban 2022 tempoh hari.
Ustaz Don sedang ralit tengok Montaj Iklan Program Berkat Korban 2022.
Ustaz Don Daniyal dikerumini oleh para wartawan.
Ini ialah Kaunter Berkat Korban di AEON. Di hadapan Supermarket (Pasar Basah) AEON.
Pelancaran Berkat Korban 2022 ini adalah program tertutup yang hanya dihadiri oleh wartawan & blogger sahaja.
Dah alang-alang jumpa, ambillah gambar 1.
Fakta Penting Tentang daging Korban Ialah :
1. Daging korban hendaklah / WAJIB diberikan pada Orang Islam sahaja.
2. Daging korban sunat diberikan pada orang lain secara mentah-mentah (tidak dimasak).
3. Daging korban sunat dimasak dengan masakan berkuah dan sedikit manis.
Info Penting Berkat Korban 2022 AEON :
1. Semua Umat Islam yang berkemampuan boleh join program ni.
2. Pengagihan daging korban boleh dibuat dalam 2 cara : nak ambil sendiri & sedekahkan sendiri atau nak minta AEON sedekahkan pada Asnaf (Senarai nama Asnaf pihak AEON dan YIDE yang akan tentukan & bukan pelanggan).
3. Bermula 5 Julai 2022, orang ramai dah boleh mendaftar untuk sertai program ini dan ketika itu pelanggan boleh terus tentukan untuk mengambil daging korban sendiri nanti atau minta AEON yang agihkan.
4. Bermula 20 Julai 2022, pelanggan dah boleh mengambil daging korban masing-masing di Kaunter Berkat Korban di cawangan AEON sepertimana yang dinyatakan dalam borang pendaftaran.
5. Pengagigan daging korban akan diagihkan oleh pihak AEON secara berperingkat.
6. Harga Berkat Korban 2022 Aeon :
- 1 Bahagian Lembu : RM 880
- 1 Ekor kambing : RM 1200
6. Kalau nak join program ni, senang jer, pergi ke ke Kaunter Berkat Korban di mana-mana cawangan Aeon atau melalui ONLINE - https://aeonmyberkatkorban.com/ atau call jer 03-3345 9900 / 017-756 9451 / 017-756 9457.
Guys, sementara kita masih sihat, masih mampu dan ada duit ni, kita buatlah ibadah korban ni. Nanti kalau kita dah sakit, dah uzur, dah tak berduit, dah nazak, apa pun kita tak boleh buat dah. Ingat, korban ni ialah ibadah sedekah yang sangat-sangat bernilai tinggi disisi Allah. Ganjaran pahala yang Allah bagi sangat-sanagt hebat Kita percaya jer pada Allah.
Korang boleh baca juga artikel ni : 'KORBAN MENYUCUKAN HATI DAN JIWA SERTA ERATKAN SILATURRAHIM'
Untuk info lanjut, boleh layari:
Thanks for sharing kak DP. Bagus Aeon buat program macam ni
ReplyDelete