Semalam kitaorang berkunjung kat Ladang Farm Fresh kat UPM Serdang. 

Dulu-dulu masa belajar UPM, selalulah datang ke sini, ke Ladang 16 ni bawak Kakak FL tengok lembu-lembu kat sini. Sekarang Ladang 16 ni dah di komersilkan menjadi Ladang Farm Fresh. So, orang ramai bolehlah berkunjung ke sini bawak anak-anak berkenalan dengan lembu-lembu. 

Bukan saja lembu yang ada, tapi binatang-binatang ternakan lain pun ada jugak. 

https://www.farmfresh.com.my/

https://www.mahersaham.com/farm-fresh-nak-ipo/
Ladang ni agak besar. So, kalau nak pusing 1 ladang ni kena naik truck yang disediakan oleh pihak farm Fresh.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/05/956553/kilang-baharu-perkukuh-kedudukan-farm-fresh

https://www.mahersaham.com/farm-fresh-nak-ipo/
Macam kat Kundasang, Sabah



Scenery kat Ladang 16 ni cantik sangat. Sebab tu banyak syarikat iklan yang shoot iklan kat sini. Even filem Magika pun pernah berlakon kat dalam ladang ni dulu-dulu. 


Bila hari weekend memang ramai sangat orang. Tengoklah orang beratur nak naik truck ni. Fuhh!

Selain dari lembu, ada jugak binatang ternakan macam ni. So, anak-anak bolehlah bermesra dengan binatang-binatang kat sini.


Kat sini ada kafe. Tapi makanan yang dijual cuma pizza jer. 

Pizza ni harganya RM 32 satu kotak

Ini aktiviti anak-anak kat sini. Seronok jer diaorang. Naik train ni free jer. 

Ini kaunter tiket. Tiket boleh bayar guna cash, kad kredit atau e-wallet.

Ini harga tiket Ladang Farm Fresh, UPM untuk waktu sekarang.
Waktu Operasi : Selasa - Ahad, 10 pagi - 7.00 malam.
Hari Isnin tutup.



Ada jugak ikan. So, anak-anak bolehlah tengok ikan



Tempat Parking Kereta :

Hari weekend ramai sangat orang. Kalau tak ada parking, boleh parking kat Dewan Banquet UPM, pastu ada shuttle bus yang akan bawak passenger ke Ladang 16 ni (Nama tempat ni Ladang 16).

Ini kolam Ikan


Kat dalam ladang ni, ada banyak sangat lembu yang diternak untuk dapatkan susu. So, nanti korang boleh tengok kandang lembu, tempat lembu mandi, tempat perah susu lembu & gudang makanan untuk lembu-lembu kat sini. Even, korang pun boleh tengok rumput-rumput yang ditanam khas sebagai makanan lembu kat sini. 

Sebenarnya ladang ni milik UPM yang mana UPM gunakan untuk tujuan pendidikan & pembelajaran kat student-student di Fakulti Pertanian & fakulti-fakulti lain. Dan sekarang ni UPM berkerjasama dengan pihak Farm Fresh. 

So, kalau hari biasa (hari weekdays) korang akan jumpa ramai student kat sini. Even pekerja-pekerja kat sini pun ramai yang merupakan student UPM yang buat part time mencari duit poket.

Lepas dah puas ronda-ronda Ladang Farm Fresh ni, korang boleh bawak anak-anak pergi tengok kuda pulak kat Pusat Ekuin, UPM. Dekat sangat dengan Ladang Farm Fresh ni, kat sebelah Fakulti Pertanian UPM. Waze jer 'Pusat Ekuin UPM'. 

 P/S : Kalau nak tengok Ladang Binatang kat New Zealand, boleh baca artikel ni  'TRAVELOG NEW ZEALAND 2017 | AGRODOME, ROTORUA'

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. wah menarik nyaaa! OK bole masuk list juga ni nanti

    ReplyDelete
  2. menarik jugak tempatnya ni, sesuai bawak anak untuk belajar pasal haiwan. Pemandangan pun cantik

    ReplyDelete
  3. Menariknya boleh suggest kat adik & abang Mrs. A bawa anak-anak depa ke sini

    ReplyDelete
  4. dh mcm kt oversea.. 😅

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE