PhD Talk : TIPS Buat Phd Dengan Tenang Tanpa Stress

in , , by dorsett pink, June 10, 2022

Assalamualaikum. Hye korang. Hari ni aku nak share pasal TIPS nak buat Phd atau Master khas untuk korang yang nak sambung buat master PhD ataupun yang tengah sambung belajar sekarang. TIPS Buat Phd Dengan Tenang Tanpa Stress.

Sebab aku faham macammana perasaan korang masa buat PhD. Ibarat dunia ni tak seindah yang kita sangka, tak seperti apa yang kita inginkan Igatkan buat PhD senang dan tenang-tenang saja, tengok kawan-kawan boleh melancong ke sana-sini sambil tengah studi, tapi bila sendiri dah buat barulah rasa macam 'dunia nak terbalik'.  hahahhaha. Begitulah perumpamaannya. 

https://ajar.com.my/2019/04/05/phd-ni-apa-sebenarnya-macam-mana-nak-sambung/


So, dengan pengalaman yang aku ada masa study dulu, aku nak share la TIPS-TIPS senang ni dengan korang supaya korang pun dapat grad juga nanti, InshaAllah. Nanti bila dah grad, korang akan rasa lega tersangat-sangat lega. 

Boleh juga baca : "PHD MOTIVATION"

"BUAT PHD SEBAB NAK MENJADI PENSYARAH KE?"

Hari tu aku terbaca posting kat FB Group DSG (Doctorate Support Group),ada macam-macam pertanyaan dalam tu. mana yang aku tahu dan sempat jawab aku cuba jawab, mana yang aku tak tahu, aku tak respon lah pada posting tu. 


So, soalan kali ni bertanya : 

Soalan :  "Macam mana nak buatkan perjalanan PhD kita tenang dan gembira jer tanpa rasa stress dan depress?"


Dan ini jawapan aku :

Jangan tinggalkan hobi kita. Bila kita buat hobi kita, automatik hormon dopomine akan keluar & sekaligus buatkan kita rasa gembira dan bahagia walaupun ada banyak masalah.

Selain dari buat apa yang kita suka (hobi), ini antara TIPS lain supaya hari-hari kita tenang jer sepanjang kita buat PhD walaupun masalah 'research' (dan masalah supervisor.hahahha) tak pernah habis.

https://rtmklik.rtm.gov.my/program/2-812995

TIPS Buat PhD Dengan Tenang Tanpa Stress :

1. Selalulah bersyukur.
Bersyukur sebab kita dapat sambung belajar sampai ke tahap PhD. Ramai lagi orang kat luar sana yang nak sambung belajar tapi tak ada rezeki dan peluang.

2. Selalu bersedekah, terutamanya sedekah Hari Jumaat dan sedekah Subuh.

3. Selalu puji isteri / suami dan anak-anak.
Bila mereka gembira, Allah akan hadirkan ketenangan untuk kita juga.

4. Selalu buat Solat Taubat.

Salah satu cara untuk Allah makbulkan doa kita dan permudahkan urusan kita ialah selalu bertaubat dengan Allah. Walaupun kita rasa kita ni perfect / sempurna, tak ada dosa, mintak jer ampun dengan Allah sebab taraf kita ni ialah hanya seorang HAMBA jer. Sedangkan Rasulullah saw yang maksum dan dah menjadi kekasih Allah pun sentiasa minta ampun dengan Allah, kita jahil dan kerdil ni yang sangat jauh bezanya dengan Baginda SAW, lagilah kena bertaubat selalu.

5. Selalu baca Surah Al-Waqiah.
Ustaz dan Ustazah selalu cakap yang Surah Al-Waqiah ni ialah surah untuk murahkan rezeki. Dan bila buat PhD, kita memang perlukan sangat-sangat rezeki ni - rezeki dalam bentuk ilham dan idea. Kalau tak ada idea, nak tulis tesis apa pun tak boleh, even nak tulis 1 mukasurat pun tak jalan - kepala jadi stuck.

Lagi banyak kita baca , lagi murah rezeki kita. So, selalulah baca surah ni, kalau boleh bacalah setiap hari.

Boleh juga baca ni : PHD TALK :: SURVIVING . 

Aku harap artikel ni dapat membantu korang sedikit sebanyak untuk redakan tekanan belajar tu. Harap bermanfaat ya. Share la kat kawan-kawan semoga sama-sama dengan belajar dengan tenang dan bahagia. 

SHARE 1 comment

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE