Kalau sambung belajar buat Master atau Phd di mana-mana Research University di dalam Malaysia, peluang nak pergi ke luar negara secara percuma sangat terbuka luas .

Dan tak semua universiti di Malaysia adalah Research University. So, kalau ada impian nak pergi oversea masa tengah buat Master atau PhD, usahakan untuk sambung belajar di Research University.

Macam mana nak tahu universiti apa yang dikelaskan sebagai Research University? Maklumat ni boleh semak dengan Kementerian Pengajian Tinggi.

https://madeinuitm.com/selangkah-ke-dunia-phd-antara-realiti-dan-fantasi/


Apa yang penting ialah kena sentiasa proaktif, kena rajin, banyakkan bergaul dan bersosial dengan pelajar-pelajar lain,, staff akademik dan staff pengurusan universiti. Jangan menjadi seperti katak di bawah tempurung - duduk dalam gua jer tak bergaul dengan sesiapa sebab fokus buat tesis.

Macam-macam peluang untuk pergi ke oversea secara percuma. Antaranya ialah :

1. Menyertai Conference.
Rajinkan diri untuk menulis research paper dan bentangkan di mana-mana conference di luar negara. Kalau paper tu tak publish pun takpe, janji dapat pergi oversea. hahahhaha. So, bila balik Malaysia nanti (lepas habis conference), betulkan balik isi kandungan paper tu dan cuba submit untuk publish di mana-mana journal.

Macam mana nak dapat fund untuk sertai conference tersebut? Boleh guna duit dari research grant. So, carilah atau bina networking dengan lecturer-lecturer / supervisor yang ada research grant. Lagi banyak lectuter tu ada research grant lagi bagus. Biasanya duit dari research grant, ada peruntukan untuk sertai conference.


2. Attachment Programme.
Biasanya Research University ni ada buat collaboration dengan universiti-universiti luar, so bolehlah ambil peluang untuk join program tersebut. Bolehlah merasa duduk oversea sekejap. Ada yang duduk 2 minggu, sebulan, 3 bulan, 6 bulan dan ada yang sampai bertahun-tahun. Best kan?


3. Industrial Collaboration.

Yang ini ialah kolaborasi antara pihak universiti dengan pemain industri. Biasanya industri yang buat kolaborasi untuk buat research dengan universiti ni ialah syarikat-syarikat besar dan kebanyakkan HQ mereka berpengkalan di luar negara. Dan mereka ada buat jemputan untuk para researcher datang melawat ke tempat mereka untuk tujuan 'knowledge sharing'.

So, student yang buat research yang berkaitan dengan industri tersebut biasanya ada peluang besar untuk ke sana dan sangat best sebab dapat belajar banyak benda baru.

Dan macam-macam program lagi. Yang penting, bina networking yang baik dengan supervisor, semua staff akademik dan staff pengurusan dan selalulah bertanya pasal program-program ni.

Sepanjang aku belajar dulu, banyak juga tawaran yang datang tapi terpaksa dikorbankan demi keluarga. Saya tak saggup nak tinggalkan anak-anak saya masa tu sebab diaorang pun tengah breastfeeding lagi. Takpe, saya redha bukan rezeki aku masa tu.

So, pada korang yang nak sambung buat Master atau PhD yang berhajat untuk pergi oversea, start dari Semester 1 lagi intai-intailah peluang keemasan tu. Dan menabunglah simpan duit sejak dari awal lagi, sebab nanti pergi oversea confirm nak shopping kan? hihi.

Sekian, perkongsian ringkas dari aku. Hopefully dapat membantu sedikit sebanyak.

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Salam kenal. Seronok baca pengalaman tuan tanah buat phD. Saya pun bercita-cita nak buat phD jugak tapi belum bersedia lagi. Penat buat Masters sambil kerja, PJJ dan ada anak kecik 2 orang tu masih terasa lagi hihi...

    ReplyDelete
  2. teringin jugak nak sambung PHD kat oversea, tapi teringin jela tak usaha lagi haha. InshaAllah lepas ni boleh cuba usaha

    ReplyDelete
  3. menarik..sementara bujang ni, takde komitmen anak-anak bolehla cuba. thanks sharing

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE