Cara-Cara Merawat Jeragat/'Pigmentation' Pada Kulit Muka Secara Alami | Masalah jeragat / pigmentasi / 'pigmentation' pada kulit muka ni memang selalu terjadi kat wanita asia. terutamanya dikalangan wanita yang dah berumur. Biasanya wanita atas umur 40 tahun dah mula nampak tompok-tompok jeragat kat muka disebabkan oleh faktor cuaca dan faktor usia. 

Cuba korang tengok muka korang kat cermin, ada tak jeragat? Kalau tak ada Alhamdulillah!. 

Tapi kalau dah mula ada jeragat atau 'pigmentation', korang jangan cepat panik. Bertenang dulu, tarik nafas dalam-dalam, dan relaks. 

Tenang jer, sebab jeragat ni boleh dirawat. Tapi jangan lambat bertindak sebab nanti dia dah sebati dengan kulit, maksudnya jeragat tu dah selesa kat kulit wajah kita dan nak hilangkannya agak susah dan ambil masa yang lama. 

JENIS-JENIS JERAGAT / 'PIGMENTATION' :

Jeragat ni ada banyak jenis. Antaranya ialah : 

1. Freckles 

'Freckles' atau flek hitam terjadi akibat daripada penikatan produksi melanin di dalam kulit. Untuk jeragat jenis ni, kajian mendapatai rawatan laser boleh mengurangkan flek hitam ni lebih dari 50%. 

https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/08/77808/rawatan-melasma


2. Keratosis Seborrheic

Keratosis Seborrheic ialah seperti bintik-bintik hitam yang timbul di kulit wajah yang mempunyai liang roma terbuka dan tersumbat dengan minyak yang berlebihan, sel kulit mati dan bakteria. Untuk jeragat jenis ini, rawatan 'elektrocautery' di klinik perubatan estetik boleh merawat bintik hitam ini.

https://www.hmetro.com.my/hati/2019/03/436753/pulih-masalah-kulit


3. Melasma

Melasma ialah tompok-tompok hitam yang terbentuk akibat terdedah pada sinaran matahari atau sinaran UV. Rawatan laser di Klinik Kulit boleh membantu merangsang pembentukan kolagen dan protein pada kulit wajah yang mana ianya sangat penting untuk mengawal pembentukan melasma.

https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/masalah-kulit/cara-mencegah-pigmentasi-kulit/

Boleh Baca Juga : "Rawatan Melasma"


So, ini dia Tips yang aku nak share dengan korang : 

5 Cara-Cara Merawat Jeragat/'Pigmentation' Pada Kulit Muka Secara Alami : 

1. Buangkan mekap sebelum tidur.

Ini sangat penting! Semua orang dah sedia maklum yang peralatan kosmetik mempunyai bahan kimia. Dan setiap kali ia digunakan pada wajah kita, kita kenalah cuci sebersih-bersihnya sebelum tidur.

Sebabnya masa kita tidur, kulit kita akan dirawat secara semulajadi dan jika terdapat kesan kosmestik pada wajah, proses rawatan tu akan terhalang dan sekligus ia akan memberi kesan negatif pada kulit, contohnya seperti adanya jerawat atau jeragat pad muka. 


2. Bersihkan muka dengan sebersih-bersihnya secara rutin setiap hari. 

Jadikan amalan membersihkan wajah ni sebagai 1 rutin wajib untuk diri sendiri yang wajib dibuat setiap hari pagi dan malam. Gunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah kita dan lap muka dengan tuala yang bersih. Lepas tu, gunakan bahan penjagaan muka yang sesuai dengan kulit muka kita. 

Antara yang 'wajib' dipakai ialah 'toner', 'pelembap' dan 'sunscreen'. Dan yang penting jangan sering bertkar-tukar produk dan selalu mencuba produk baru kerana ia sangat bahaya pada kulit kita. Amalan penjagaan muka yang sangat senang ni setiap hari dan jadikan ia sebagai 1 rutin kehidupan kita. InshaAllah! Jeragat tidak melakat pada wajah. 


3. Gosok muka dengan daun sireh

Ambil daun sireh dan letakkan di dalam peti sejuk. Ambil sehelai daun sireh tersebut pada setiap pagi dan gosokkan pada jeragat di muka setiap hari. 

https://www.hmetro.com.my/hati/2019/03/436753/pulih-masalah-kulit


4. Gosok muka dengan lemon

Lemon kaya dengan Vitamin C. Caranya ialah potong sebiji lemon dan sapukan pada jeragat di muka selama 15 minit hanya seminggu sekali sahaja.  Tapi kaedah ni tak sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif sebab lemon akan buatkan kulit kita menjadi pedih. 


5. Menggunakan teh hijau

Ambil 1 uncang teh hijau, panaskan dalam air panas selama 5 minit, dan kemudian ambil uncang tersebut dan gosok pada jeragat di wajah kita secara perlahan-perlahan. Amalkan buat amalan ni setiap hari sampai jeragat kita hilang.

https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/08/77808/rawatan-melasma


Tapi kalau korang dah buat benda ni semua dan jeragat masih ada, ataupun korang tak ada masa nak buat rawatan secara alami ni sendiri kat rumah, apa kata korang rujuk jer pada yang pakar. 

Klinik Dr.Bazilah ialah pakar dalam merawat masalah-masalah kulit dan rawatan untuk hilangkan jeragat atau 'pigmentation' ni adalah antara rawatan yang popular kat Klinik Dr.Bazilah yang terletak di Kuala Lumpur, Bandar Baru Bangi dan di Shah Alam, Selangor. 


RAWATAN JERAGAT DI KLINIK DR BAZILAH

Ada macam-macam rawatan untuk hilangkan jeragat yang ditawarkan di Klinik Dr. Bazilah. Rawatan laser, tak laser semua ada & yang pastinya setiap rawatan tu ialah apa yang sesuai dengan kulit muka kita. 

Ini dia Klinik Dr Bazilah. 
(Sumber gambar : https://www.miszrockers.com/)

(Sumber gambar : https://www.miszrockers.com/)


Untuk sebarang pertanyaan, untuk korang dapatkan info, khidmat nasihat atau nak book appoinment, korang boleh hubungi Klinik Dr Bazilah: 

Whatsapp : wasap.my/60196571563

Telefon : Klinik di Bangi :03-89229681 ; Klinik di Shah Alam : 03-50357359 ; Klinik di Kuala Lumpur : 013-8177005 . 

Website : https://www.klinikdrbazilah.com/

Facebook : https://www.facebook.com/drbazilah

Instagram : https://www.instagram.com/klinikdrbazilah

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE