3 Sebab Pentingnya Perlu Buat Pemeriksaan Mata di OPTOM EYECARE.

Minggu lepas aku layan tengok Live Facebook pasal penjagaan mata. Aku tengok kat Facebook Page BIZNETWORK, tajuk live "Dari Mata Turun Ke Hati". 

Aku ni memang rabun, memang wajib pakai spek mata. Dan power mata aku ni agak tinggi jugaklah. Lagi teruk, mata aku ni bukan setakat rabun jauh tapi rabun dekat sekali. So, aku kena pakai spek yang cerminnya ada rabun jauh & rabun dekat sekaligus. 

So, memang aku sukalah tengok video-video atau baca apa-apa info pasal mata ni. 


https://www.akifimtiyaz.com/2022/08/3-sebab-kenapa-perlu-buat-pemeriksaan-mata-di-optom-eyecare.html

Panel atau speaker yang on-air masa tu ialah pakar mata dari Optom Eyecare yang juga merupakan Pensyarah Kanan Optometry UIAM Kuantan, Dr Mohd Hafidz Ithnin dan Puan Ameera Faiz, Pengurus dan Optometris di Optom Eyecare. Optom Eyecare ni terletak kat Bandar Baru Bangi, Selangor. 


Dari live tu aku dapat tahu banyak banyak mata yang rosak dan pasal Optom Eyecare. Sebelum ni pun aku memang tahu pasal kedai spek Optom Eyecare ni. 

Untuk pengetahuan korang, Optom Eyecare bukan semata-mata kedai spek mata, tapi ia lebih macam klinik klinikal yang buat servis pemeriksaan mata. 

Pemeriksaan mata kat Optom tu bukan biasa-biasa macam kat kedai lain tapi diaorang buat pemeriksaan tu dengan detail dan menyeluruh seolah-olah macam kat klinik pakar. So, sebab tu kalau kawan-kawan tanya pasal spek mata, aku akan sarankan pergilah check mata dulu kat Optom Eyecare. Sebab kat situ diaorang check detail, mana tahu kot-kot takut ada masalah mata lain selain dari rabun jer especially untuk budak-budak. 

Al-maklumlah, budak-budak sekarang kan sejak dari baby lagi dah suka tengok gajet. Gajet ni ada keluarkan 'blue light' dan 'blue light' tulah yang buatkan mata kita cepat rosak & sebab tu kita kena pakai spek mata yang ada 'filter blue light' macam spek mata yang aku pakai sekarang, supaya mata kita sentiasa terpelihara dan dilindungi. 

https://www.akifimtiyaz.com/2022/08/3-sebab-kenapa-perlu-buat-pemeriksaan-mata-di-optom-eyecare.html


Dan ini dia 5 sebab kenapa korang kena buat pemeriksaan mata di Optom Eyecare.

3 Sebab Pentingnya Perlu Buat Pemeriksaan Mata di OPTOM Eyecare :

1) Pemeriksaan mata yang menyeluruh di Optom Eye Care Optometry.

Sebab mata kita kan selalu tengok gajet. Macam aku cakap kat atas tadi, gajet ni ada keluarkan 'blue lights' dan blue lights tu lah yang menyebabkan mata kita cepat rosak. Kat Optom Eyecare ni diaorang bukan jer check rabun, tapi diaorang jugak check masalah-masalah mata lain yang dihidapi oleh pesakit. Contohnya, seperti ada masalah katarak ke, atau ada masalah juling mata ke, atau ada silau ke, atau apa-apa jer. Dan nanti pakar mata kat Optom tu akan recommend kat kita apakah rawatan mata yang sesuai untuk kita. 


Ini ialah rajah anotomi mata. Dari rajah ni kita dapat tengok yang struktur mata kita sangat kompleks. Dan masalah mata yang dihidapi oleh pesakit boleh datang dari pelbagai sudut. 


2) Masalah mata dapat dikenalpasti dari awal sebelum ia menjadi lebih teruk.

Kalau rasa mata kita dah rabun dan mula kabur-kabur, cepat-cepat pergi check mata. Dan bila check mata dengan Optom Eyecare, daiorang akan check mata tu dengan detail & diaoarang akan suggest apakah rawatan yang terbaik untuk mata kita. 

Kenalpasti masalah mata dari awal lagi bagus supaya mata kita tak menjadi makin teruk kalau tak dirawat sekarang. Nanti takut bila dah lanjut usia ada masalah lain yang lagi teruk seperti buta dan katarak. 


3) Mengetahui jenis rabun yang dihidapi oleh pesakit dan tahap kerabunan mereka dengan tepat. 

Bila buat pemeriksaaan mata kat Optom Eyecare, optometris di Optom akan bagitau kita masalah dan jenis rabun yang kita hidapi andaikata kalau kita ada masalah rabun. 

Contohnya macam aku, ingatkan ada rabun jauh jer. Tapi bila check, baru tahu rupanya ada sekali dengan rabun dekat. Sebelum-sebelum ni tak ada masalah rabun dekat tu. Lepas tu ada masalah silau pulak. huhuhu. So, bila dah tahu diri sendiri ada masalah ni, kenalah 'take precautions' yang sewajarnya supaya mata aku tak jadi lagi teruk nanti. 

Itu kes aku, mana tahu kalau korang pergi check mata nanti, tetiba korang dapat tahu yang korang ada masalah rabun warna. Arrrrrrr???? terkejut kan? So guys, lebih baik pergi check mata sekarang. bawak anak-anak check mata jugak sebab anak-anak millenium zaman sekarang ni dari kecil lagi dah tengok handphone. 

Ni Kakak FL pakai spek mata 'anti blue lights' yang kitaorang grab kat Optom Eyecare. Spek ni tak ada power, cuma guna bila tengok handphone, tablet dan laptop jer sebab Kakak FL tak rabun. 


Optom Eyecare ni sebenarnya bukan jer Kedai Spek Mata semata-mata, tapi lebih macam klinik mata untuk kita check mata kita dengan menyeluruh dan kenalpasti apa sebenarnya masalah mata kita. 


Ini ialah antara jenama cermin mata yang ada kat optom EyeCare


PROGRAM RAKAN NIAGA OPTOM EYECARE

Kalau korang merupakan pengusaha klinik dan farmasi yang terletak di sekitar lembah Klang, Optom Eyecare menjemput kalian untuk bekerjasama dan berkolaborasi dengan Pihak Optom untuk memberi lebih manfaat kepada masyarakat dan pelanggan yang ada masalah penyakit kronik seperti penyakit jantung dan penyakit kencing manis untuk membuat pemeriksaan mata yang terperinci. Ini kerana masalah penyakit kronik ni kebiasaanya akan berkait dengan masalah mata. 


Melalui kerjasama ini, insentif akan diberikan kepada Pengusaha Klinik dan farmasi yang mengambil bahagian dalam jalinan kolaborasi tersebut. Untuk tujuan kolaborasi ni, mana-mana pengusaha klinik dan farmasi yang ingin menyertai program ini boleh mendaftar melalui link ni :   https://forms.gle/EoEf5NnwFZN83o2k8 atau boleh terus hubungi Pihak Optom Eyecare untuk pertanyaan lanjut. 


Kalau korang nak pergi ke Optom Eyecare kat Bandar Baru Bangi, ini dia alamatnya: Optom Eyecare Optometris Bangi.

Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown).

Waktu Operasi : 9.00 am – 8.00pm (Setiap Hari)

Instagram: www.instagram.com/optombangi

Facebook : www.facebook.com/optombangi

Website : https://optom.com.my/


SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE