Anak Perempuan Obses Dengan Anak Patung

in , , by dorsett pink, August 24, 2022

Anak Perempuan Obses Dengan Anak Patung |
Aku ada 2 orang anak perempuan, dua-dua ni suka sangat dengan ank patug a.k.a baby doll.

Alhamdulillah lah! Sebab diaorang memang betul-betul feminin & tak pbses nak main mainan budak laki-laki. 

Dulu Kakak FL ada koleksi anak patung banyak jugak. Lepas tu terpaksa buang sebab rosak. 

Bila time Leeya ni, terpaksalah beli yang baru. Bukan setakat ada koleksi doll, tapi segala macam teddy bear  & patung ada kat rumah ni. Semuanya dia main. Main sampai lunyai. Sampaikan baju-baju dia sendiri pun, dia pakaikan kat doll dia. 

Anak Perempuan Obses Dengan Anak Patung


Hari Ahad hari tu, en.suami bagi aku cuti rehat "Me-Time" - berehat dari jaga anak dan masak. So dia yang jagakan anak-anak tu dari pagi sampai ke malam. Dia bawak anak-anak keluar. 

Biasanya memang sebulan sekali atau lebih en.suami buat macam ni. Dia nak bagi aku rehat puas-puas dan dia nak 'bonding' dengan anak tanpa gangguan dari Mommy. Dan mommy pun happy. hihi. 

Aku tak kemana-mana Ahad hari tu. Pagi pergi mengajar tuisyen (private coaching), tengahari terus balik rumah dan lepak jer duduk rumah sampai malam. Cuma petang tu keluar kejap pergi tapau makanan. 

Alhamdulillah! Aku bersyukur sangat dapat suami yang sangat baik, bertanggungjawab dan sayangkan anak-anak dengan sepenuh hati. 

So, biasanya bila dia keluar dengan anak-anak jer, biasanya dia akan bawak anak-anak pergi mall, tak pun bawak anak-anak pergi main-main kat mana-mana Indoor Playground yang ada kat KL tu ataupun bawak anak-anak balik rumah famili. 

Macam biasa, bila dah keluar dengan anak-anak, balik rumah mesti anak-anak tunjuk beli macam-macam. Suka betul diaorang dapat macam-macam.

Anak perempuan obses main anak patung
Ni gambar Hari Ahad baru-baru ni. Leeya dapat doll dengan topi tu dan benda-benda lain lagi. 

Senang cara bapak-bapak ambil hati budak-budak kan?

Takpelah, janji anak-anak happy. 

Dan bila diaorang dengan mommy, diaorang memang susah lah nak dapat macam-macam. hahahhaa. Mommy is kedekut, mommy tak nak beli =)).


Sejak dapat doll tu, Leeya ke hulu-ke hilir bawak baby dia tu. Nak makan, nak mandi, nak tidur, semuanya dia bawak Even pergi school pun bawak, tapi 'baby' tu tinggal dalam kereta la, tak bawak masuk school. hihi. 


Moment macam ni berlaku sekejap jer. Nanti bila Leeya dah masuk sekolahrendah, dia langsung tak pandang dah doll ni macam Kakak FL tu. Sebab tulah, ambillah gambar banyak-banyak sekarang, sebab kenangan tu akan berlalu pergi kelak dan kita sebagai mak akan rindu sangat-sangat indah macam ni. 

Sebab tu cerita-cerita anak-anak ni penting untuk tulis kat blog, supaya kenangan tu sentiasa mekar. Nanti bila dah tua-tua, baca balik blog ni, maybe boleh menitiskan air mata kot. hihi. 
 

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Ala comelnya doll dia. Auntie nak pinjam boleh? Hehe. Biasa anak perempuan main doll ni penyayang

    ReplyDelete
  2. seronok betul dapat anak patung baru ya.... akak ni kalau gaya mee time senang je, sabtu tu kalau suami akak kerja memang akak melepek jelah dalam bilik rehat2 tidur... sebab ahad dah kerjanya jalan sana sini

    ReplyDelete
  3. COMELNYA LEEYA DGN ANAK PATUNGNYA

    ReplyDelete
  4. sayang betul diorg dgn doll tu dikeleknya sana sini

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE