KPDNHEP Anjurkan Jualan Keluarga Malaysia Dengan Kerjasama AEON Big | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menganjurkan Karnival Jualan Keluarga baru-baru ni yag telah dirasmikan di AEON Big Danau Kota, Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2022 hari tu. 
https://www.qasehdalia.com/2022/08/program-jualan-keluarga-malaysia-di-aeon-big-danau-kota.html

Objektif penganjuran Jualan Keluarga Malaysia ni ialah kerajaan nak support rakyat Malaysia untuk mendapatkan barangan dapur dengan harga yang sangat murah. Al-maklumlah sekarang kan zaman kemelsetan ekonomi. So, rakyat sangat yang terkesan terutamanya golongan-golongan B40. 

Sekarang nu kalau kita nak beli beras pun nak kena buat kira-kira dulu. Bukan setakat beras jer, nak beli minyak masak agi, nak beli telur lagi, nak beli ayam, ikan, sayur, dan lain-lain semuanya nak kena catu. Kalau dulu makan nasia 3 kali sehari, tapi sekarang mungkin dah kena makan nasi 2 kali sehari. Ada yang lagi teruk, dapat makan nasi sekali sehari dah kira nikmat sangat dah. 

Parah kan ekonomi sekarang. 

Kita yang OK ni mungkin tak terasa sangat denagn kenaikan harga barang. Tapi untuk mereka yang bekerja dengan gaji harian, memang terkesan sangat-sangat, apatah lagi bagi mereka yang kerja 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Huhuhuhu. Lagilah sakit nak survive.  


Karnival ni ialah kerjasama antara KPDHNEP dengan Pihak AEON Big. So, barang-barang yang dijual kat Karnival Jualan Keluarga Malaysia ni ialah semuanya dari Pasaraya AEON Big. Jadinya, tentang kualiti barang dan makanan tu korang tak perlu risau lah. Semuanya HALAL dan berkualiti. 

https://ninamirza.com/inisiatif-aeon-dan-kpdnhep-wkl-program-jualan-keluarga-malaysia-meriah/
Ini suasana ketika Majls Pelancaran Keluarga Malaysia 13 Ogos 2022 hari tu kat Aeon Big Danau Kota yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNHEP), Yang Berbahagia Datuk Azman bin Mohd Yusof.  

https://modernmumthingy.com/aeon-big-sokong-program-jualan-keluarga/
Ketika Sidang Media Majlis Pelancaran Karnival Juala Keluarga Malaysia di Aeon Big Danau Kota, KL.


Pada hari yang sama jugak, turut dilancarkan Program Consumer Fun Ride (PCFR) iaitu program yang melibatkan konvoi 300 buah motosikal 'Kembara Fun Ride' dari Stadium Cheras Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB. Dato' Haji Kamaruddin Bin Jaafar. 

Ini dia khemah Kanival Jualan Keluarga Malaysia selama 2 hari di Aeon Big Danau Kota 13-14 Ogos 2022. 


Turut hadir ketika Majlis Perasmian Karnikal Juala Keluarga Malaysia hari tu ialah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew. 

Murah-murah beras. 1 pek Beras Moghul Basmathi 5kg ni cuma RM 44.99 jer seunit. Beras Kashmir Basmathi Faiza 5kg pulak cuma RM 29.90 jer seunit. Murah sangat-sangat!

Ini beg jimat. 1 beg ni harga cuma RM 60 jer, ada gula, beras, bihun, Mee Cintan, biskut jagung, garam, minyak masak, kicap dan sos cili. Jimat betul ni. 

Ayam sekor dijual dengan harga RM 10 jer. Memang murah sangat-sangat guys. Mana nak dapat harga macam ni kalau hari biasa. 

Semua barang-barang adapur dijual dengan harga murah-murah kat Jualan Keluarga Malaysia ni korang. Memang jimat habis. Ada dijual buah-buahan, telur, kicap, sardin, sos masak dan banyak lagi. Korang datang je kat Jualan Keluarga Malaysia.

Karnival kat Aeon Big Danau Kota dah habis, tapi kat pasaraya lain masih ada. Korang selalulah tengok Facebook dan Website KPDNHEP .


Hari tu jugak, aku dapat jumpa dengan blogger-blogger lain. Bestnya sekali sekala jumpa blogger lain, boleh borak macam-macam. Tapi kalau blogger dah jumpa blogger, mesti nak borak pasal blogging jugak sebab dah share minat yang sama.hihi. 




Karnival Jualan Keluarga Malaysia ni betul-betul nak support Rakyat Malaysia terutamanya untuk mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli barang dapur di kala waktu kemelesetan macam ni. 

So guys, JOM kita manfaatkan sehabis baik bantuan dari Kerajaan Malaysia yang disalurkan dengan cara macam ni. Syabas diucapkan pada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNHEP), dengan kerjasama Pihak AEON Big yang gigih membantu rakyat Malaysia. 

Saya mewakili Rakyat Malaysia sekalian mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kat KPDNHEP dan AEON Big. Terima kasih sangat-sangat. Kerana memahami masalah rakyat ini. 

Guys, jadilah pengguna yang bijak. Bijak memilih, bijak membeli, jimat duit poket kita 😊. 

SHARE 2 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE