OK, hari ni aku nak share menu bekal makanan Kakak FL yang umur 8 tahun sekarang pergi sekolah. 

Sejak kantin dah boleh bukak ni, tiba-tiba Mommy jadi rajin pulak bekalkan makanan untuk anak. 

Bukan rajin, tapi sebenarnya sebab terpaksa.

Terpaksa - sebab Kakak FL tak nak beli makanan kat kantin sekolah. Hari pertama dan kedua jer dia membeli kat kantin, lepas tu hari-hari nak bawak bekal. Sebab katanya makanan kat kantin tu, cuma Nasi Lemak jer yang dia boleh makan. Makanan lain semua dia tak suka. 

Dan nasi lemak pun bukannya favourite dia sangat. Kalau terpaksa jer dia makan nasi lemak tu. Kalau ada pilihan lain memang dia tak kan makan nasi lemak - sama taste macam ayah dia

So, nak tak nak, terpaksalah mommy gigihkan diri sediakan bekal untuk Kakak FL ni setiap hari. 

https://my.theasianparent.com/menu-bekal-anak-ke-sekolah
Ini dia lunch bag yang Kakak FL duk bawak pergi sekolah setiap hari. Lunch bag ni pun dah koyak. So, nak kena beli barulah jawabnya lepas ni.

Memandangkan mommy dia yang sorang ni tak rajin mana, so aku selalunya sediakan makanan tu malam sebelum tidur, melainkan kalau dia nak bawak roti atau sandwich, so aku sediakan pagi-pagi. 

Tapi banyak hari juga, aku beli makanan tu sehari sebelum pergi sekolah. 

Kalau menu hari Isnin, confirm akubeli siap-siap masa outing Hari Ahad tu. 

https://my.theasianparent.com/menu-bekal-anak-ke-sekolah
Menu ni - roti salut coklat Nutella. Maaflah mommy tangan tak berseni, so mommy buat yang termampu jer. Dan tak pakai pisau sebab nak cepat. Biasanya pagi-pagi rushing sangat. 

https://my.theasianparent.com/menu-bekal-anak-ke-sekolah
Ini pau coklat. Senang jer buat ni. Beli pau frozen. Masa nak pergi sekolah tu, kukus je pau ni. 


Onigiri ni beli kat Petronas kot kalau tak silap. Tapi kat Family Mart confirm ada onigiri. Yang sebelah tu warna hijau tu ialah acuan onigiri yang mommy guna untuk buat onigiri sendiri. So, bekal ni ada onigiri beli ka kedai, dan yang mommy buat sendiri. Acuan onigiri tu beli jer kat Daiso. Snack pulak dia nak pisang.


Nasi goreng cina. Ini mommy gigih masak pagi sebelum ke sekolah. Sebab simple jer kan, so sempatlah masak. 


Biasanya, untuk menu bekal makanan ni, aku tanya Kakak FL dia nak bawak bekal apa malam sebelum tu. Sebabnya dia yang nak makan. Kalau mommy yang sediakan syok sendiri, nanti mommylah yang syok sendiri, alih-alih anak tak makan. So, senang mintak idea dari dia dan mommy sediakan jer. 

Walaupun bawak bekal, Kakka FL tetap bawak duit poket juga. Sebab Kakak FL sekolah sampai petang (Jam 5 petang), jadi lepas habis school, dia biasanya lapar, so nak makan lah. Sebab tu duit poket penting jugak. 

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Rajin DP, kak ana suka tengok ibu-ibu sekarang ni kreatif siapkan bekal anak-anak pii school kan...

    ReplyDelete
  2. Bagus juga masak sendiri. Terjamin bersih. Cuma tulah memang pagi-pagi mak kena pasang gear 5

    ReplyDelete
  3. bawa bekal xyah susah2 nak membeli kan kakak FL

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE