Tuesday, August 02, 2022

PhD Talk : TIPS Nak Menjadi Pensyarah

Hari tu aku terbaca kat private group student-student PhD kat facebook pasal 'nak menjadi pensyarah'. So, hari ni aku nak share TIPS UNTUK MENJADI PENSYARAH / LECTURER. 

Memang betul kebanyakan yang sambung PhD ni cita-cita nak menjadi pensyarah atau lecturer dalam bahasa omputih nya. 

Tapi tak ramai yang dapat rezeki untuk menjadi pensyarah tu. Dan kesannya, ramai yang menganggur lepas dah graduate buat PhD. Sedih. 

Kesian, memang kesian. Menganggur ni termasuk aku sendiri ke?



Tak lah. Aku tak meganggur pun guys. Dan aku juga bukan suri rumah sepenuh masa sekarang ni. Sekarang ni aku bekerja sebagai freelance writer. Korang tengok aku duk menulis kat blog ni - haaaa, inilah kerja hakiki aku. hahahhaa. 

Aku ada dapat beberapa tawaran menjadi pensyarah dari universiti awam kat Malaysia. Ada aku pernah cerita kat blog juga dulu. Tapi aku tolak semua tawaran tu dengan baik. Sebab aku memang tak ada mood nak menjadi full time lecturer buat masa sekarang. 

Aku lebih suka menjadi penulis a.k.a blogger a.k.a ghostwrite a.k.a penulis upahan yang menulis untuk pelanggan. So, aku buat banyak copywriting dan content writing sekarang ni.

Walaupun bidang pengajian Degree & PhD tak sama, tapi kalau Allah nak bagi rezeki, dia tetap akan bagi kan? Walaupun jalannya berliku dan susah sikit, tapi pasti tetap ada rezeki tu.

So, sebab tu kalau korang nak sambung PhD lebih baik sambung dalam bidang yang sama dengan course masa buat Degree dulu. Sebab potensi untuk dapatkan kerja dalam bidang akademik lepas grad tu tinggi. 

Walaupun tak minat sangat course tu, hadap jer lah. Fikir positif jer. Kita belajar sebab Allah dan kita sambung belajar sebab nak menolong Ummah kelak. Nanti, sure Allah permudahakan perjalanan kita sambung PhD tu sampai kita grad. 


Boleh baca ni : 'MENDAPAT TAWARAN KERJA SEBAGAI PENSYARAH' , 'GAJI PENSYARAH RM 1100 JER??'


TIPS-TIPS UNTUK MENJADI PENSYARAH:

#1. Aktif menulis kertas jurnal & terbitkan (publish).
Sementara masih lagi tengah belajar buat PhD, gunakan masa belajar ni untuk timba ilmu sebanyak mungkin. Tulis journal paper banyak-banyak dan publish di mana-mana jurnal, tak kisahlah Q1 ke Q2 ke even Q5 Q10 pun, tapi lagi bagus kalau dapat publish kat paper di jurnal bertaraf Q1&Q2. Berusaha tulis paper banyak-banyak. Walaupun banyak kali kena reject, jangan give up.


#2. Aktif bentangkan paper di conference / persidangan / seminar (Paper presentation at conference).
Berusaha untuk present paper kat mana-mana conference sebanyak mungkin, walaupun kena bayar, anggap itulah pelaburan utk masa depan. Invest dulu. Sebab kebanyakn conference memang minta bayaran untuk speaker present paper. Kalau ada research grant, bolehlah gunakan duit dalam research grant tu untuk bayar yuran conference.


#3. Bina Networking
Berbaik-baiklah dengan SV (supervisor) , semua lecturer dan semua staff di fakulti anda. Be kind with others, even dari fakulti yang berbeza atau universiti yg berbeza pun. Bina networking. Biasanya kalau pergi conference, itulah masa untuk kita berjumpa dan berkenalan dgn orang lain.


#4. Cari pengalaman mengajar (Teaching)
Try mengajar subjek undergrad, minta jasa baik kat SV atau mana-mana lecturer kalau boleh untuk anda mengajar mana-mana kelas walaupun hanya 1-2 kelas sahaja secara part time. Walaupun tak dibayar pun takpe. Ini semua untuk mendapatkan pengalaman mengajar sebagai seorang pensyarah kelak. pengalaman deal dengan student pengalaman deal dengan staff fakulti, pengalaman nak susun masa dan nota syarahan dan sebagainya.


#5. Masuk pertandingan akademik.
Banyakkan masuk pertandingan akademik / research competition, contoh mcm poster competition. Dan apa-apa pertandingan la. Kalau kat UPM memang banyak pertandingan/aktiviti untuk postgrad.


#6. Bina hubungan baik dengan supervisor
Apa yang SV suruh buat (selagi ianya merupakan kerja2 akademik), buat jer, tolong jer sv tu. Sebab itulah kerja-kerja hakiki seorang lecturer. So, kalau kita dah belajar awal-awal dan dah tahu selok-belok sikit-sikit tentang tugas seorang pensyarah, senanglah urusan kita kelak bilamana kita menjadi pensyarah.

Sebabnya menjadi pensyarah ni bukan saja kena mengajar kelas jer tau. Ada lagi 6 skop kerja lain yang seorang pensyarah kena buat. So, sebab tu lah kita selalu tengok pensyarah-pensyarah ni balik lewat. Ada tu sampai berkampung terus kat office tu sebab semata-mata nak siapkan kerja.


#7. Bina keyakinan diri terutama dalam bidang public speaking

Sementara masih belajar buat PhD ni, bina kenyakinan diri untuk menjadi seorang pensyarah. Banyakkan latihan bercakap dengan public (sebab tu pentingnya present paper di conference), belajar interpersonal skill, eye contact dan yang berkaitan dengannya seperti cara berpakaian dan penampilan sebab nak menajdi pensyarah ni sangat penting untuk kita kelihatan "presentatable" dan tak selekeh.

*************************

Tips-tips yang aku nyatakan ni, tu semua akan menjadi nilai tambah / point untuk masukkan dalam resume / CV nanti.

Dan paling penting, kalau nak menjadi seorang pensyarah penguasaan bahasa inggeris kena power samaada untuk bercakap mahupun menulis. So, mana-mana yang lemah dalam bahasa inggeris tapi nak menjadi pensyarah, pergilah ke kelas bahasa inggeris untuk orang dewasa dan belajar sampai pandai.

Good luck guys. Semoga cita-cita korang tercapai.
.

1 comment:

  1. Ada kawan PC pun pilih untuk kerja sendiri setelah berjaya memperoleh PhD. Dia kata happy sebab dalam waktu sama boleh jaga anak dan tak terlepas momen tumbesaran anak depan mata. Apa pun semua atas pilihan dan rezeki masing-masing.

    ReplyDelete