Korang tahu tak yang sebenarnya kat Malaysia ni ada Muzium Coklat?
Haaaaa.... Kalau korang tak tahu lagi, aku nak bagitau yang kat Tanahair Malaysia Bumi Tercinta ni ada Muzium Coklat a.k.a Chocolate Museum dalam Bahasa Inggeris - Muzium Coklat Pertama di Malaysia, malah di Asia Tenggara, yang terletak di Kota Damansara. Hebat kan.
Antara muzium coklat yang terkenal kat dunia ni ialah kat London, kat Vienna, Austria, dan di Cologne, Jerman. Kalau ada rezeki melawat negara tu, pergilah ke muzium-muzium coklat tu semua. Tapi kalau tak ada rezeki untuk ke sana, korang ambillah peluang untuk ke Muzium Coklat kat negara kita sendiri - dekat dan jimat!
Korang WAZE jer - Muzium Coklat Kota Damansara, nantilah keluarlah direction untuk ke situ.
Aku first time pergi Muzium Coklat ni masa Hari Merdeka 31 Ogos 2022 hari tu, bawak anak-anak bergembira kat situ dengan Team Blogger Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA). Nak pergi Dataran Merdeka tengok Perbarisan Hari merdeka tak gigih. So aku bawaklah diaorang pergi ke Muzium Coklat ni - sebab tak ramai orang & diaorang pun enjoy sangat datang sini.
Leeya & Kakak FL dapat buat coklat dan decorate kasut coklat kat Muzium ni dalam sesi Chocolate Workshop. Happy giler diaorang. First time kan main dengan coklat ni.
Ini favourite chocolate aku - The seashell chocolate. So, wajiblah ambik gambar dengan replika ni. hihi.
Harga Tiket Masuk K=ke Muzium Coklat Malaysia :
Harga tiket masuk ke sini ialah :
Dewasa - RM 10 seorang
Orang selalu kata yang makan coklat ni tak bagus untuk kesihatan, tapi bila pergi ke Muzium Coklat ni baru tahu yang sebenarnya coklat adalah sangat bagus untuk ksihatan tubuh badan kita.
Coklat yang paling bagus untuk bdan kita ialah dark chocolate. Dark chocolate ni dah terbukti boleh buatkan kita dan kanak-kanak menajdi seorang yang bijak dan cerdas.
So, korang bagilah anak-anak korang makan dark chocolate banyak-banyak ok, tapi janganlah beli dark chocolate yang ada campuran susu. Korang kena cari yang dark chocolate yang asli , yang tak ada campuran bahan apa-apa. Biasanya cooking chocolate dia tak ada campuran.
Ini dia Info tentang Sejarah Pembuatan Coklat Kit Kat
wah mesti banyak info tntang coklat di muzium ni
ReplyDelete