Sunday, September 11, 2022

Chocolate Museum | Muzium Coklat Pertama di Malaysia

 Korang tahu tak yang sebenarnya kat Malaysia ni ada Muzium Coklat? 

Haaaaa.... Kalau korang tak tahu lagi, aku nak bagitau yang kat Tanahair Malaysia Bumi Tercinta ni ada Muzium Coklat a.k.a Chocolate Museum dalam Bahasa Inggeris - Muzium Coklat Pertama di Malaysia, malah di Asia Tenggara, yang terletak di Kota Damansara. Hebat kan.

https://siakapkeli.my/2018/12/27/ramai-tak-tahu-malaysia-mempunyai-sebuah-muzium-coklat-yang-cukup-cantik-jual-300-jenis-coklat-dengan-harga-cukup-murah/

Antara muzium coklat yang terkenal kat dunia ni ialah kat London, kat Vienna, Austria, dan di Cologne, Jerman. Kalau ada rezeki melawat negara tu, pergilah ke muzium-muzium coklat tu semua. Tapi kalau tak ada rezeki untuk ke sana, korang ambillah peluang untuk ke Muzium Coklat kat negara kita sendiri - dekat dan jimat! 

Korang WAZE jer - Muzium Coklat Kota Damansara, nantilah keluarlah direction untuk ke situ. 

Aku first time pergi Muzium Coklat ni masa Hari Merdeka 31 Ogos 2022 hari tu, bawak anak-anak bergembira kat situ dengan Team Blogger Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA). Nak pergi Dataran Merdeka tengok Perbarisan Hari merdeka tak gigih. So aku bawaklah diaorang pergi ke Muzium Coklat ni - sebab tak ramai orang & diaorang pun enjoy sangat datang sini. 

http://1duniaanakku.blogspot.com/2015/12/muzium-coklat-chocolate-museum-di-kota.html

Leeya & Kakak FL dapat buat coklat dan decorate kasut coklat kat Muzium ni dalam sesi Chocolate Workshop. Happy giler diaorang. First time kan main dengan coklat ni. 

https://www.mdfaiez84.com/2017/08/muzium-coklat.html

Ini favourite chocolate aku - The seashell chocolate. So, wajiblah ambik gambar dengan replika ni. hihi.


Harga Tiket Masuk K=ke Muzium Coklat Malaysia :

Harga tiket masuk ke sini ialah :

Dewasa - RM 10 seorang

   

Orang selalu kata yang makan coklat ni tak bagus untuk kesihatan, tapi bila pergi ke Muzium Coklat ni baru tahu yang sebenarnya coklat adalah sangat bagus untuk ksihatan tubuh badan kita. 

Coklat yang paling bagus untuk bdan kita ialah dark chocolate. Dark chocolate ni dah terbukti boleh buatkan kita dan kanak-kanak menajdi seorang yang bijak dan cerdas. 

So, korang bagilah anak-anak korang makan dark chocolate banyak-banyak ok, tapi janganlah beli dark chocolate yang ada campuran susu. Korang kena cari yang dark chocolate yang asli , yang tak ada campuran bahan apa-apa. Biasanya cooking chocolate dia tak ada campuran. 

Ini dia Info tentang Sejarah Pembuatan Coklat Kit Kat

Kat dalam Muzium ni ada "Crazy Mirror" ni. Crazy Mirror ni boleh buatkan kita jadi kurus, jadi gemuk, jadi pendek sangat atau jadi tinggi sangat. hihi. 

Ada demo pembuatan coklat oleh crew muzium

Pengunjung boleh terus menikmati coklat yang baru dibuat masa demo tadi. Sedap!

Hantu M&M 2 orang ni. hihi.

Ini dia mesin kisar coklat dulu-dulu.


Bengkel Chocolate | Chocolate Workshop

Kat Muzium ni ada aktiviti yang sangat best yang disediakan oleh Pihak Muzium untuk para pengunjung Muzium Coklat Malaysia iaitu Chocolate Workshop. 

Tapi nak masuk workshop ni kena buat booking terlebih awal dulu untuk Pihak Muzium Coklat menyediakan tempat dan bahan-bahan untuk para peserta. 

Bayaran bagi "chocolate workshop" berbeza mengikut pakejnya. Ada 4 pakej yang disediakan dan setiap pakej berbeza aktiviti dan bahan-bahan yang digunakan. Pakej-pakej Chocolate Workshop ni ialah : 

1) Junior Chocolatier ( RM 39 seorang ) 
- Pakej ni buat chocolate dipped marshmellows dan chocolate bar.
Umur peserta :  5 tahu ke atas

2) Advance Chocolatier ( RM 54 seorang ) 
- Pakej ni buat coklat dipped marshmallows, chocolate bar, moulded chocolate dengan menggunakan chocolate stencil.
Umur peserta :  5 tahun ke atas

3) Junior Chocolate House (RM 59 seorang 
- 550 gram coklat disediakan untuk seorang peserta.
- Umur peserta : 7 tahun ke atas

4) Advance Chocolate House
- Aktiviti berkumpulan. 1 kumpulan perlu terdiri dari 2-4 orang. Maximum ialah 4 orang
- 1 kilogram chocolate disediakan untuk 1 kumpulan. 
Umur peserta : 12 tahun ke atas

P/S : Chocolate Workshop ni tak boleh walk-in. Memang wajib kena booking dulu.

Kitaorang berkesempatan untuk join Chocolate Workshop ni. Nampak situ tertera nama "DP" =))

Kitaorang dapat kasut, so kenalah decorate kasut mengikut cara yang paling kreatif. Dan inilah hasil dekor kasut coklat hasil tangan Kakak FL. hihi. Good Job Kakak!

Inilah team Blogger Kelab Blogger Ben Ashaari. Masing-masing excited nak buat coklat.


Selain dari Muzium Coklat kat Kota Damansara, korang jugak boleh berkunjung ke Ladang Lembu Farm Fresh kat UPM, Serdang. Boleh baca artikel ni : "LADANG FARM FRESH DI UPM SERDANG, SELANGOR"


FIDANI CHOCOLATE - FINEST HANDMADE CHOCOLATE MADE IN MALAYSIA

Selain dari Coklat Godiva dan Ferrero Rocher yang sangat terkenal tu, sebenarnya Malaysia ada coklat buatan sendiri yang kualitinya sama setaraf dengan Coklat GODIVA iaitu FIDANI Chocolate. 

Coklat Fidani ni dibuat secara buatan tangan tau. Dan boleh ditempah untuk apa-apa occasion / acara seperti acra perkahwinan, hari jadi, sebagai hantaran , sebagai goodies, atau sebagai hadiah untuk insan istimewa. 

Kitaorang berpeluang dengar briefing pasal Coklat FIDANI. Best dengar.

https://siakapkeli.my/2018/12/27/ramai-tak-tahu-malaysia-mempunyai-sebuah-muzium-coklat-yang-cukup-cantik-jual-300-jenis-coklat-dengan-harga-cukup-murah/

Inilah Coklat FIDANI. Harganya mahal sebab dia handmade dan menggunakan bahan yang berkualiti untuk menghasilkan coklat ni.

Kalau korang nak tempah atau nak beli Coklat FIDANI, korang boleh contact nombor-nombor ni : 

Nor Shila Mohd Nordin
Fidani Chocolatier Sdn Bhd No. 2 Jalan Teknologi 3/5 Kota Damansara
Taman Sains Selangor 1
47810 Petaling Jaya, SELANGOR
TEL : 03 6140 3232 / 03 6140 3322 / 019 620 3601

Website: www.fidani.cc

Jangan lupa beli coklat sebagai buah tangan untuk keluarga tercinta =)). 


Kunjungan ke Muzium Coklat Malaysia kat Kota Damansara ni menag sangat-sangat best dan berbaloi. Anak-anak aku semua happy dan enjoy. Sampai hari ni pun diaorang cakap nak pergi lagi ke situ. hahahhaa.


Chocolate Museum Kota Damansara
No 2 Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1,
47810 Kota Damansara
Selangor
Waktu operasi : Isnin - Ahad ( 10 pagi hingga 5 petang )

Contact
Chocolate Museum Customer Service/Booking : 0179104439 )
Chocolate Museum Shop : 017- 2084892
Chocolate MuseumOffice : 0374904260 

Untuk lebih lanjut boleh layari :

1 comment: