Aku dan keluarga kecikku baru jer balik Malaysia dari Bangkok beberapa hari lepas.
Hari Jumaat, 2 September 2022, kitaorang naik flight Malaysia Airlines seramai 4 orang - aku, En.Suami, kakak FL & Leeya untuk bercuti di Bangkok selama 5 hari sempena cuti sekolah kali ni dan kitaorang travel secara D.I.Y - Travel sendiri tanpa menggunakan travel agent.
Kitaorang memang suka travel sendiri-sendiri ni, sebab tak terikat dengan masa dan jadual dengan pihak travel agent. Senang macam tu.
Cumanya, bila travel sendiri ni, kena bersedia untuk menghadapi 1001 kemungkinan dan bersedia dengan Plan A, Plan B, Plan C sampailah ke Plan Z. So, tak perlu nak moody-moddy kalau Plan A seperti yang kita rancang tak menjadi.
Kalau korang nak baca travelog-travelog aku sebelum-sebelum ni, korang baca jer kat sini : 'https://www.dorsettpink.com/search/label/Travel' .
Nantilah aku cerita secara detail percutian aku ke Bangkok hari tu. Ni aku bagi intro jer dulu, untuk bagi aku feel nak update blog. hahahhaha.
Perjalanan dari Kuala ke Bangkok mengambil masa selama 2 jam dan waktu di Bangkok lebih lambat 1 jam dari waktu di malaysia tapi kalau waktu solat sama jer macam kat malaysia. Contohnya kalau kat malaysia, Maghrib masuk kul 7.30 petang, so waktu Maghrib di Bangkok ialah jam 6.30 petang, sebab Bangkok lebih lambat 1 jam dari Malaysia.
bestnya, suka baca blog ni banyak sharing travel and tips jugak so decided to follow here hehehe. visit mine https://vanillamaple.blogspot.com/
ReplyDelete