Saturday, September 10, 2022

DIY Travel From Kuala Lumpur To Bangkok

 Aku dan keluarga kecikku baru jer balik Malaysia dari Bangkok beberapa hari lepas. 

Hari Jumaat, 2 September 2022, kitaorang naik flight Malaysia Airlines seramai 4 orang - aku, En.Suami, kakak FL & Leeya untuk bercuti di Bangkok selama 5 hari sempena cuti sekolah kali ni dan kitaorang travel secara D.I.Y - Travel sendiri tanpa menggunakan travel agent. 

Kitaorang memang suka travel sendiri-sendiri ni, sebab tak terikat dengan masa dan jadual dengan pihak travel agent. Senang macam tu. 

Cumanya, bila travel sendiri ni, kena bersedia untuk menghadapi 1001 kemungkinan dan bersedia dengan Plan A, Plan B, Plan C sampailah ke Plan Z. So, tak perlu nak moody-moddy kalau Plan A seperti yang kita rancang tak menjadi. 

https://www.klook.com/blog/3d2n-bangkok-itinerary/
Di Airport Antarabnagsa Bangkok.

Kalau korang nak baca travelog-travelog aku sebelum-sebelum ni, korang baca jer kat sini : 'https://www.dorsettpink.com/search/label/Travel' .

https://www.nomadicmatt.com/travel-blogs/visit-bangkok-itinerary/

Nantilah aku cerita secara detail percutian aku ke Bangkok hari tu. Ni aku bagi intro jer dulu, untuk bagi aku feel nak update blog. hahahhaha. 

Perjalanan dari Kuala ke Bangkok mengambil masa selama 2 jam dan waktu di Bangkok lebih lambat 1 jam dari waktu di malaysia tapi kalau waktu solat sama jer macam kat malaysia. Contohnya kalau kat malaysia, Maghrib masuk kul 7.30 petang, so waktu Maghrib di Bangkok ialah jam 6.30 petang, sebab Bangkok lebih lambat 1 jam dari Malaysia. 


https://iwandered.net/best-itinerary-bangkok-thailand/
Kitaorang naik flight Malaysia Airlines hari tu. Sebabnya flight Air Asia selalu reshecule, so tak nak ambil risiko. Bila flight reshedule, nanti timing semua lari dan budak-budak pun akan restless. Kesianlah kat diaorang. Bila diaorang penat, diaorang akan meragam dan mak bapak yang akan stress. Tak bestlah kalau bercuti duk stress-stress ni.


https://preparetravelplans.com/bangkok-itinerary/
Ini dia Airport Bangkok, kat bahgaian 'Arival' - semuanya berkaca.


Kitaorang stay kat area Masjid Darul Aman kat Bangkok ni. So, area sini ramai Muslim dan senang nak dapat mekanan Halal. Kalau rasa lapar, keluar jer hotel, terus berjalan ke kedai makan. 7-Eleven pun sebelah hotel jer dan Spa nak urut/massage pun sama kat sebelah hotel jer. Senang! Semuanya dekat.

Kitaorang pergi Safari World & Marine World, Bangkok. Yeayy!

Boleh bagi zirafah makan-makan =))

Zirafah kat sini semuanya jinak-jinak



Leeya duduk dengan ayah dia masa ke Bangkok. Mommy pulak duduk dengan Kakak FL. Flight balik duduk dengan Mommy. So, Leeya ni selalu lah buat 'spot-check' tengok kitaorang buat apa. hahahhaha.

Selfi - wajib! Sebagai kenangan seumur hidup.

Floating Market - ni wajib ada dalam itinerary.



Itu jer untuk Teaser Trip KL- Bangkok. Nanti aku update lagi. Stay tune ya guys. 

1 comment:

  1. bestnya, suka baca blog ni banyak sharing travel and tips jugak so decided to follow here hehehe. visit mine https://vanillamaple.blogspot.com/

    ReplyDelete