Kos Penerbangan Malaysia Airlines Kuala Lumpur-Bangkok.
OK, hari tu kan aku dan keluarga kecikku bercuti ke Bangkok masa cuti sekolah September 2022 baru-baru ni.
Kitaorang naik malaysia Airlines sebab flight Air Asia selalu reschedule. Bila reschedule, nanti timing semua lari dan anak-anak akan cepat penat. Untuk jaga emosi anak-anak sebaiknya masa travel, jadi kitaorang fly lah guna Malaysia Airlines yang biasanya sukar nak 'reschedule' penerbangan diaorang. Kalau ada pun, delay jer sejam 2. So, OK lagilah.
Jangan lupa bawak passport.
Kalau passport korang dah mati atau bakal nak expired tak lama lagi, lebih baik cepat-cepat renew sekarang. Jangan renew masa dah beli tiket flight, sebab dengan Sistem Renew Passport Imigresen Malaysia sekarang, korang belum tentu boleh dapat passport semula pada hari yang sama.
Dah ramai kawan-kawan en.suami aku yang terpaksa tunda flight diaorang gara-gara kerana renew passport. Sistem online sekarang lagi lambat dari sistem walk-in dulu-dulu sebelum PKP.
Add your comment