Kos Penerbangan Malaysia Airlines Kuala Lumpur-Bangkok.
OK, hari tu kan aku dan keluarga kecikku bercuti ke Bangkok masa cuti sekolah September 2022 baru-baru ni.
Kitaorang naik malaysia Airlines sebab flight Air Asia selalu reschedule. Bila reschedule, nanti timing semua lari dan anak-anak akan cepat penat. Untuk jaga emosi anak-anak sebaiknya masa travel, jadi kitaorang fly lah guna Malaysia Airlines yang biasanya sukar nak 'reschedule' penerbangan diaorang. Kalau ada pun, delay jer sejam 2. So, OK lagilah.
Dan entri ni aku nak cerita berap kos penerbangan yang kitaorang bayar untuk tiket flight Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Bangkok, dan balik semula ke KL.
Jangan lupa bawak passport.
Kalau passport korang dah mati atau bakal nak expired tak lama lagi, lebih baik cepat-cepat renew sekarang. Jangan renew masa dah beli tiket flight, sebab dengan Sistem Renew Passport Imigresen Malaysia sekarang, korang belum tentu boleh dapat passport semula pada hari yang sama.
Dah ramai kawan-kawan en.suami aku yang terpaksa tunda flight diaorang gara-gara kerana renew passport. Sistem online sekarang lagi lambat dari sistem walk-in dulu-dulu sebelum PKP.
Sebelum naik flight. Bergambar dulu untuk kenangan.
Kos Penerbangan Malaysia Airlines Kuala Lumpur-Bangkok
1. Tiket Flight
Tiket flight untuk seorang : RM 1200 (Ulang-alik KL-Bangkok-KL).
So, untuk 4 orang (dewasa dan kanak-kanak sama harga sebab kanak-kanak kena duduk seat sendiri), ialah : RM 4800
Disebabkan kitaorang beli tiket sekaligus 4 orang, dan dikira sebagai 1 kumpulan (by group), jadinya setiap orang dalam kumpulan ni dapat free kapasiti luggage sebanyak 20 kg setiap seorang.
So, jumlah berat bagasi yang dibenarkan untuk kami berempat ialah 80 kg. Pergi ke Bangkok, dapat free 80 kg beg, dan balik dari Bangkok dapat free lagi 80 kg beg.
Dan setiap orang dapat free makan berat 1 kali, memandangkan flight KL ke Bangkok cuma 2 jam sahaja.
2. Insurance Travel
Insurans / perlindungan untuk travel ni memang wajib lah sekarang ni. Aku sendiri yang letakkan hukum wajib tu ok. Bukannya pihak Airlines mahupun pihak kerajaan Malaysia. So, korang janganlah kecam aku pulak lepas ni. hihihi.
Kalau tak nak beli insurans pun takpe, nnti terjadi apa-apa tanggung sendiri.
Sebab apa aku kata wajib? Sebabnya kita tak tahu kot-kot kita kena Covid19 masa kita bermusafir tu. Bila kena Covid, nanti nak kena pergi hospital dan nak kena kuarantin, so semua tu. Dan kos perubatan di luar negara mahal sebab kita bukan warganegara sana.
Jadinya, ambillah insurans travel ni walau ke mana pun korang pergi, hatta hanya pergi Singapore. Kalau nak pergi umrah dan haji pun, better ambil.
Kitaorang ambil insurans yang cover sekali untuk kos perubatan yang melibatkan Covid19. Untuk 4 orang ni, kitaorang cuma perlu bayar RM 100++ jer (dalam RM 100 - RM 150). Tak mahal sangat.
Dan insurans travel ni jugak, dia cover sekali untuk hotel kalau flight kita delay atau kalau luggage kita tak sampai pada kita. Dan macam-macam perlindungan lagi lah.
3. Kos Grab dari Rumah ke Airport KLIA.
Dari rumah ke KLIA, aku naik grab. Kosnya cuma RM 64 jer sebab siang hari.
4. Kos teksi dari Airport Bangkok ke Hotel.
Dari Airport Bangkok ke hotel pulak, kitaorang naik teksi. Dan kosnya ialah 400 Baht untuk 1 teksi. Lebih kurang dalam RM 50. OK sangat tu, sebab jarak dari airport ke hotel ialah 2 jam (termasuk traffic jem lagi).
So, total kos penerbangan, termasuk perjalanan dari rumah ke airport , dan dari hotel ke airport (perjalanan pulang ialah :
1. Flight : RM 4800
2. Travel insurans : RM 150
3. Grab dari rumah ke KLIA : RM 64
4. Teksi dari Airport Bangkok ke Hotel di Bangkok - RM 50
5. Teksi dari Hotel di Bangkok ke Airport Bangkok - RM 50
6. Grab dari KLIA ke rumah : RM 64
So, jumlah keseluruhannya ialah : RM 5178
Dan kos ni belum ermasuk lagi bayaran hotel, kos pengangkutan masa kat sana, kos makan-minum dan sebagainya. Nanti aku cerita kat entri lain pulak.
Ini makanan masa ke Bangkok. Ada 2 pilihan makanan - nasi & mee, dan kitaorang pilih mee goreng sebab sebelum tu dah makan nasi banyak dah sebelum naik flight.
Ni lepas dah habis makanan. Setiap hidangan, dapat air mineral ni, sekali dengan kacang masin ni
Masa ni kat KLIA
Seronok Leeya layan kartun
Ini makanan masa balik KL. Ada 2 pilihan - nasi putih dan nasi goreng
Ini pulak nasi putih. Dua-dua sedap
Ini gambar masa sebelum makanan dibuka lagi. Panas ooo. Sedap makan panas-panas.
Siap ada tisu & sudu garfu - sama jer dengan airlines lain
Dalam flight MAS ada TV
Sambil makan, layan kartun. Dia tengok cerita 'The Bad Guys' dan aku pulak layan movie 'Kimi' masa dalam flight
Inilah rupa kelas economy Malaysia Airlines
Amboiii. kusyuknya Leeya duk layan 'Shrek'
Inilah seat kelas economy. Setiap seat dibekalkan dengan headphone tapi tak boleh bawak balik, kena serahkan balik sebelum landing kat cabin crew
Lepas makan, cabin crew akan serve air manis. So, kita request la nak minum air apa - free saja.
First time , Kakak FL ni naik flight yang ada tv kat seat. hihi
Ni masa kat Airport Bangkok.
Kalau korang nak beli hardcase luggage macam aku guna ni, korang boleh beli kat Shopee. Ini link nya: https://invle.co/cldslum
Dan kalau travel ke luar negara, jangan lupa bawak 'Universal Adapter'. Ini wajib tau! kalau tak bawak, korang kena belilah kat airport. Ini link Shopee untuk beli Universal Adapter tu: https://invle.co/cldslsq
Ini dia "Universal Adapter" tu
Terima kasih kerna membaca guys. Happy travelling semua.
No comments:
Post a Comment