OK guys, hari ni aku nak share pasal kerjaya aku sebagai private tutor matematik.
Maksud private tutor ni ialah aku mengajar personal dengan student jer secara 'one-to-one'. Dan so far, semua student yang aku ajar ialah secara personal coaching seorang murid dengan seoang tutor (akulah tutor tu).
So far, aku buat kerja ni secara sendirian berhad iaitu sebagai Freelancer, dan tidak terikat dengan mana-mana company atau Pusat Tuisyen.
Alhamdulillah! So far aku dah ada 4 orang student. Dan buat masa ni aku cuma buat kelas secara bersemuka jer. Aku masih tak confident lagi nak buat kelas ONLINE. Sebab aku nak student dapat catch-up 100% apa yang aku ajar. Sebab melalui experience anak aku sendiri, Kakak FL, budak-budak kecil susah sikit nak fokus bila kelas online. So, sebab tu aku tak prefer kelas ONLINE.
So far, aku cuma mengajar di Bandar Baru Bangi, Selangor jer.
Aku pernah cerita sebelum ni yang aku sangat passionate dalam education. Education is my passion. Eventhough aku ada PhD, tapi aku rasa aku nak bagi manfaat kat anak-anak kecil Bangsa Malaysia untuk pupuk minat diaorang dalam akademik.
Aku jugak pernah cerita yang sebelum ni Kakak FL struggle sangat belajar math dengan silibus sekarang, kitaorang suami isteri perasan ni masa waktu PKP hari tu lah. Korang baca kat entri ni : 'SILIBUS MATEMATIK KBAT SEKOLAH RENDAH SANGAT SUSAH'.
Dan sejak tu, en.suami aku bertungkus-lumus mencari solusi yang sesuai untuk tolong Kakak FL faham matematik ni dengan lebih senang dan mudah walaupun silibus KPM sekarang susah giler - Silibus KBAT. Semuanya aku ada cerita kat dalam entri kat link kat atas tu.
Dan sejak dari tu, aku dan En.suami duk pulun ajar Kakak FL dengan cara kami sendiri yang kami dapat dari cara pengajaran dari Singapura. Kitaorang spend masa yang lama untuk belajar melalui YouTube dan pergi kelas matematik (kelas untuk parents), untuk nak belajar cara pengajaran dan pembelajaran Subjek Matematik di Singapura.
Dan hasilnya, Kakak FL sekarang dah pandai dah matematik dengan silibus KBAT yang duk belajar kat sekolah ni.
Ini student aku - Form 2.
Buku latihan tu aku guna Buku Latihan dari geetha Publication, OK sangat buku ni sebabnya dia ada banyak sangat latih tubi. Kalau korang nak beli, boleh beli kat Shopee, ini link nya : https://invle.co/cle5002
Sebabkan eksperimen kitaorang dah berjaya terbukti kat anak kandung sendiri. So, En.Suami bagi suggestion kat aku :
"apa kata lepas ni awak tolong pulak anak-anak Melayu yang lain untuk diaorang belajar MATH dengan silibus KBAT sekarang. Duk selalu ajar student universiti jer, apa kata awak tukar pulak ajar anak-anak kecil supaya diaorang ada minat dengan MATH ni dan ada minat nak belajar".
So, aku pun ikutlah suggestion en.suami. Apa salahnya kalau aku berbakti sedikit untuk anak bangsa sendiri kan. Sebab kitaorang tengok sekarang ni ramai anak-anak Melayu dah mula hilang minat nak belajar MATH sebab silibus kat sekolah sekarang main susah.
Dah tak sama macam cara kita belajar math masa zaman sekolah dulu-dulu. Kesian sangat tengok. Dan Mak Ayah sekarang pun dah makin busy, so nak spend masa untuk ajar anak sendiri tu agak susah lah. Jadinya, sebagai solusi, aku membantu mak ayah untuk tolong ajar anak-anak mereka matematik.
Alhamdulillah! Dapat juga berbakti pada anak bangsa sendiri.
Ajar Anak IstimewaYang Ada Masalah Pembelajaran - Dyslexia Membaca (Reading)
Selain dari ajar matematik, ada parents yang minta aku ajar anaknya membaca. Anaknya berumur 7 tahun (Darjah 1) dan masih tak pandai membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta Menulis. Menurut ibu ini, pihak sekolah akan merujuk anak ini, (Zack namanya) pada kaunselor dan sekarang anak ni masuk ke kelas pemulihan 3M di sekolah. Dan berkemungkinan juga Zack ada masalah pembelajaran Dyslexia, berpunca dari demam panas masa kecil-kecil dulu. Sebab sekarang pun Zack masih tak boleh bertutur elok macam kanak-kanak 7 tahun yang sebaya dengannya.
So, untuk tolong anak ni aku ajarkan dia MEMBACA BAHASA INGGERIS (READING) menggunakan kaedah PHOENICS, memandangkan aku tak pandai nak ajar Membaca Bahasa Melayu.
Masa Kakak FL kecil-kecil dlu, aku ajar dia sendiri membaca Bahasa Inggeris. Tapi untuk membaca dalam Bahasa melayu, aku terpaksa hantar Kakak FL ke Pusat Tuisyen iaitu ke Kelas Membaca Intensif.
Boleh baca entri pasal Kakak FL kat sini :
- 'HOMESCHOOLING - MENGAJAR KAKAK FL MEMBACA (BAHASA INGGERIS)'
Ini aku ajar Zack membaca guna Kaedah Phoenics. Alhamdulillah! Zack cepat catch up.
Guna kaedah Phoenics - bunyikan huruf. Sebenarnya korang boleh beli jer flash card ABC kat Shopee. Ini linknya : https://invle.co/cldz9qs
Kad suku kata tu, aku beli kat Shopee. Aku suka - sebab dia besar, menarik dan tebal. Ini linknya : https://invle.co/cldz9px
Selain tu jugak, aku ajar Zack ni cara nak menulis. Sebab sekarang Zack masih tak pandai menulis lagi. So, ini dia latihan menulis. Aku guna buku ni "Belajar Menulis', aku beli kat Shopee, ini linknya : https://invle.co/cle6nt1
Alhamdulillah! Zack gembira dan cepat catch up. Sekarang, dia dah boleh baca perkataan asas 3 patah perkataan. Happy sangat aku tengok perkembangan dia. Ibunya apatah lagi, happy dapat tengok anak dah boleh start membaca.
Aku guna buku Siri Read Easy. Ada 8 buku kesemuanya. Korang boleh beli buku ni kat Shopee, ini link nya : https://invle.co/cle503g
Ajar Anak Istimewa 'Dyscalculia'
Selain tu, salah seorang student aku juga merupakan anak istimewa yang ada masalah pembelajaran Matematik 'Dyscalculia'.
'Dyscalculia' ini ialah maksudnya ada 'inability / difficulties in number and mathematics'.
Nama student aku ni ialah H. Dia duduk jauh, tapi ibunya sangat gigih hantar drive ke Bandar Baru Bangi untuk memberi pendidikan yang terbaik untuk anak ini. Syabas Ibu. Sebab ibunya bagitau aku - dia dah cari cikgu yang boleh ajar anak dia matematik ni tapi tak jumpa-jumpa. So, bila tahu aku boleh ajar, dia terus book slot dengan aku.
H berusia 10 tahun - Darjah 4, dan di diagnosed ada 'dyscalculia' masa Bulan Jun hari tu.
Untuk ajar anak-anak isteimewa yang ada masalah pembelajaran ni, kita kena tackle emosi diaorang. Bukan tackle masalah akademik diaorang. Bila emosi diaorang TIP-TOP, diaorang akan terangsang untuk belajar dan ada minat nak teruskan pembelajaran.
So, caranya untuk tackle emosi diaorang ialah kena selalu puji diaorang dan hargai diaorang dan jangan buatkan diaorang tertekan. Jangan cakap yang 'belajar tu susah'. Tapi ucapkan kata-kata yang positif yang menunjukkan belajar tu sesuatu yang sangat FUN & Senang 😊.
Dan yang penting, jangan marah diaorang.
Aku guna tools ni untuk ajar H mengira. Boleh beli ni kat Shopee, ini linknya: https://invle.co/cldza1b
Ini H.
Kakak FL pun guna ni untuk belajar mengira nombor.
Boleh beli kat Shopee.
Kalau korang nak mencari Private Tutor Matematik, boleh hubungi aku kat Whatsapp no,bor ni : 0196137100 atau email : dorsett.pink14@gmail.com
ALHAMDULILLAH BERKONGSI N SKILL MEMANDAIKAN ANAK BANGSA
ReplyDeleteAlhamdulillah salute dgn DP...moga usaha begini membantu lebih ramai pelajar.
ReplyDeleteTeruskan usaha 👍