Wednesday, September 21, 2022

Pengkebumian Ratu Elizabeth II di England | Queen Elizabeth Funeral 2022

  Queen Elizabeth Funeral 2022

Ratu Elizabeth II, Ratu Inggeris yang merupakan Ketua Negara-Negara komanwel mangkat hari tu di Istana Balmoral di Scotland pada waktu tengahari8 September 2022. 

Kelmarin, 19 September 2022, Hari Isnin Mendiang Queen Elizabeth II telah selamat disemadikan di Royal Vault (Bilik Kebal Diraja a.k.a Bilik Mayat Gereja St.George di dalam perkarangan Istana Windsor di Windsor, United Kingdom). 

https://www.theguardian.com/uk-news/live/2022/sep/19/queen-elizabeth-ii-state-funeral-westminster-abbey-updates


Aku ikuti siri pengkebumian Mendiang Ratu ni secara rapat jugak sebab aku ni peminat Sejarah. Aku sangat sukakan Sejarah especially Sejarah Dunia. 

Dulu-dulu masa sekolah sangat tak suka subjek Sejarah. Sebab boring, Cikgu Sejarah tu mengajar boring  - dia ikut buku sebijik-sebijik. Klaau buku teks tu tipu, dia tipu lah. Fuhh! Boringnya sebab aku pun pandai membaca. So, kalau mengajar dengan baca buku jer, lebih baik aku baca buku sendiri. hahahahha. 

Walaupun aku tak suka Subjek Sejarah kat sekolah, tapi result SPM aku Subjek Sejarah tu boleh melayakkan aku untuk ambil Jurusan Undang-undang ka IPTA. 

See? Sebab aku suka dengan Sejarah. 

Dan sekarang bila dah besar, aku memang banyak bli buku-buku sejarah, samaada Sejarah Islam, Sejarah ngara atau sejarah agama-agama lain. So, kalau tengok Movie, aku suka tengok Movie yang berunsur cerita-cerita sejarah. Aku pun ada tengok Movie Mat Kilau hari tu kat wayang, tapi aku tak suka cerita tu. 

Why? Sebab Filem Mat Kilau yang dibuat tak ikut Sejarah betul sangat. Nak kata ikut 80% pun tak. 

Aku ikut jugak statement dari Pengarah Syamsul Yusof, dia kata dia ubah hampir 90% Skrip asal Filem Mat Kilau tu. Aku pun tak tahu kenapa dia ubah. 

Dan sebab tu jugak aku suka travel. Sebab aku boleh tahu dengan lebih dekat tentang sejarah negara tu atau tempat tu. 

Contohnya, bila travel ke Amsterdam, aku banyak belajar kenapa Amsterdam buat terusan banyak-banyak macam tu. Contohnya begitulah. 

******************************

Boleh baca juga : 'Read the Order of Service for Queen Elizabeth II’s State Funeral'.


Dan masa hari pengkebumian Queen Elizabeth hari tu, Hari Isnin, aku stay kat rumah jer dan layan LIVE Streaming langsung dari Kota London kat rumah aku dari pagi sampai jam 12 malam. Gigih kan???

Aaaaa ko.. memang gigih betul. Sebab ini ialah SEJARAH DUNIA. Dan upacara ni akan terpahat dalam Sejarah Dunia sebab Queen Elizabeth ni ialah merupakan Pemerintah tertua di dunia dan punya sejarah pemerintahan terpanjang di dunia dan mungkin juga aku tak berkesempatan untuk tengok upacara-upacara pengkebumian Pemerintah dunia yang lain selepas ni. 

Upacara pengkebumian Ratu ni bermula dari Scotland, diarak di hadapan ribuan Rakyat Scotland dan diletakkan dalam gereja sekejap di Scotland tu sebelum diterbangkan ke London. 

Aku pun tengok upacara kat Scotland tu. Aku share semuanya kat Facebook aku @dorsettpink. 

https://www.theguardian.com/uk-news/live/2022/sep/19/queen-elizabeth-ii-state-funeral-westminster-abbey-updates


https://www.classicfm.com/music-news/queen-funeral-music-order-of-service/

Tiara kepunyaan Ratu Elizabeth II























Ini semua gambar-gambar masa hari pengkebumian 19 September 2022 di London. Jauh jugak diaorang berarak, dari Westminter Hall, pergi ke Gereja westminster Abbey, pergi ke Buckingham Palace, dan lepas tu naik kereta ke Istana Windsor di Windsor, U.K.

Dan akhirnya Queen disemadikan di dalam Gereja di St George’s Chapel. di dalam Istana Windsor. Aku tengok sampai detik last sekali, dimana Keranda Mendiang dibawa masuk ke dalam bilik mayat (Royal Vault) kat bawah gereja dengan menggunakan lift (elevator). 

Apa yang bestnya hari tu, bukan saja dapat tengok upacara bersejarah ni, tapi dapat jugak tengok fashion-fashion baju diraja yang di pakai oleh semua pegawai, staff , pengiring , dan kerabat diraja. Setiap dari mereka ada outfit tersendiri. Contohnya, para paderi pun tak sama baju masing-masing. Sama juga dengan Para Pengiring. Pengiring keranda dalam Westminter hall pakaiannya tak sama dengan pengiring keranda masa keranda  berarak.

Contoh macam masa Funeral, kerabat diraja lelaki kena pakai blazer yang tutup punggung. Wanita pula kena pakai topi. Kalau consort, kena pakai veil sekali macam Camilia dan Isteri Prince William, Kate Middleton. 

Menarik tengok pakaian diaorang. Sebab sesuatu yang kita tak pernah nampak kan. 



Artikel berkaitan : "Queen’s funeral: Elizabeth II laid to rest alongside husband, royal family announces – as it happened".

2 comments:

  1. budaya negara lain ,tak salah amik tahu ,minat juga sejarah ,cuma tak skor la masa spm hahahhaha....

    ReplyDelete
  2. Betul... ini menjadi sejarah juga.

    ReplyDelete