Aktiviti Tahun 2 Tahun 2022 : Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris di
Sekolah : Misi Menyewa Kostum (Costume) di KL dan Selangor.
Minggu terakhir persekolahan untuk tahun 2022 hari tu, Sekolah Kakak FL iaitu Sekolah Al-Amin ada buat Minggu Bahasa Inggeris. Dan Untuk Pelajar Tahun 1 -Tahun 3, diadakan Pertandingan Bercerita (In English) dengan cerita tentang kostum yang digayakan.
Sebenarnya sepanjang 1 tahun persekolahan, semua subjek ada minggu masing-masing. Contohnya, Minggu Sains, Minggu Bahasa Melayu, Minggu Bahasa Arab, Minggu Matematik dan lain-lain, dan kebetulan untuk tahun 2022 ni Minggu Bahasa Inggeris dipilih pada minggu terakhir persekolahan Bulan Disember 2022.
Biasanya minggu-minggu ni berlangsung selama seminggu, termasuklah Minggu Bahasa Inggeris ni. Dan sepanjang tempoh seminggu tu, ada macam-macam aktiviti untuk pelajar-pelajar dari Tahun 1-Tahun 6.
Macam English Week ni, Pelajar Tahun 1 & Tahun 2 kena buat "Fashion Show sekali dengan Pertandingan Bercerita". Cerita tu mestilah cerita tentang character costume (kostum) yang dipakai. Cikgu-cikgu english pun turut sama pakai kostum, dan diaorang pilih kostum "Harry Porter".
Kalau malu & tak ready lagi nak masuk show ni, it's OK , tak ada paksaan. Tapi Kakak FL memang excited nak masuk. semua pertandingan, semua dia masuk. Ada yang menang, ada yang kalah. Bila kalah takpe, nanti next time cuba lagi. Dia cakap dia seronok dapat mesuk pertandingan macam - macam.
Kakak FL pilih kostum "Belle" dari Filem' Beauty and The Beast'.
So dia kena berceritalah tentang kisah 'Belle' tu dalam english. First time dia masuk pertandingan public speaking macam ni - bercakap atas stage depan orang ramai. Dia kata mulanya dia nervous sangat, tapi lepas tu dah OK. OK lah tu kakak, good try, dapatlah built up your confidence.
Ini classmate Kakak FL. Macam-macam kostum yang dioarang pakai.
Good job everyone!! (Claps).
Kakak FL cakap paling ramai boys yang pakai kostum 'Mat Kilau'. hahahaha.
Untuk girls pulak, paling ramai memilih Watak Frozen - Elsa.
MISI MENCARI KOSTUM (COSTUME) UNTUK DISEWA
Pertandingan ni dibuat hari Isnin. So, misi mencari kostum ni bermula dari Hari Sabtu.
Dan malangnya semua kedai yang kitaorang pergi semuanya dah kehabisan kostum untuk disewa. huhuhu.
Kedai ni kat Bandar Baru Bangi, Kat Seksyen 8.
Korang search jer kat Facebook - Firdaous Boutique. Butik ni ada buat sewaan kostume dan penjualan kostum kanak-kanak.
Ada macam-macam jenis kostum kat sini. Even kostum kerja pun ada dikat sini. Kalau nak beli pun boleh.
Harga sewa kat butik ni ialah RM 50 untuk 3 hari sewaan dan RM 50 deposit. So,nanti bila pulangkan semula kostum tu akan dapat semula duit deposit tu.
Tapi malangnya masa kitaorang pergi hari tu (Hari Sabtu), daiorang cakap tak boleh sewa hari tu. Hanya boleh disewa dihari-hari lain selain dari Sabtu. Aduss,so misi diteruskan ke kedai lain.
Kat Jalan Ampang, Kuala Lumpur ada 2 buah kedai yang buat sewaan kostum ni.
Nama kedai dia ialah :
1) Costume Empire, kat Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
No. Tel: 012-409 7771
2) Adonis & Dash Costume, kat Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. No. Tel: 03-2162 6289
Tapi dua-dua kedai tu aku call tak angkat. huhu.
Last-last jumpa kostum ni kat Kedai Sewa Kostum 'JomFiesta Costume' yang terletak di Taman Melati, Kuala Lumpur. Itupun ada family member aku yang tolong pergi cari kat kedai tu kat Taman Melati, sebab bila call, owner kedai kata "kena datang sendiri cari ada ke tak".
Aku hari tu memang tak sempat dah nak ke Taman Melati, Kuala Lumpur sebab masa tu aku kat area KLCC. En.Suami busy hari tu, jemputan kenduri kahwin hari tu
Family aku tu bagitau, sampai jer kat kedai tu , penuh dengan lautan manusia, nak berjalan pun susah, terpaksa selisih bahu dengan orang lain. Dan itu pun last resort dapat dress Belle ni yang dikira menutup aurat (labuh & lengan panjang). Yang dress lain semuanya yang tak cukup syarat pertandingan.
Patutlah semua kedai kostum penuh dan sold out sebab minggu tu ramai yang duk sewa kostum sempena minggu terakhir persekolahan (termasuk tadika) & jugak ada company yang buat special event akhir tahun.
So, masa hari pertandingan, Kakak FL kena present tentang Watak 'Belle' tu lah dalam Bahasa Inggeris. First time dia bercakap di depan khalayak ramai macam tu, even cakap public speaking Bahasa Melayu pun tak pernah.
Lepas dah perform, kena tukar pakai uniform sekolah. Dan masa Hari Terakhir Sekolah (Hari Jumaat, 9 Disember 2022), ada pertandingan mengeja 'Spelling Bee'. Happy dia dapat masuk macam-macam pertandingan =)).
Dan as a reward, masa minggu terakhir persekolahan hari tu, Mommy belanja dia minum air kat Starbucks. Bagi reward, sebab dia happy sangat pergi sekolah dan cuba buat yang terbaik dalam setiap pertandingan yang dia masuk.
Ini nama dia Caramel Machiato with whip cream sebelum dikacau / blend. Sebenarnya Kakak FL minum 2-3 hirup jer, dan mommy yang habiskan semuanya. hihi.
Harga sewa untuk 3 hari sahaja - RM 70
Deposit 1 baju - RM 150
**Boleh bayar guna cashless payment atau cash.
No.Tel 'JomFiesta Costume' : 012-677 1396
Masa untuk sewaan kostum : Jam 1 pm - 4 pm sahaja. Sebelum waktu ni, diaorang tak bagi sewa, boleh tengok-tengok jer. Kalau dapat sewa di luar waktu ni kira Bonus la.
*** P/S : Kalau korang nak beli kostum haiwan (binatang), boleh jer beli kat Shopee. Ini linknya : https://invl.io/clfi8h7 .
Add your comment