'DREAMERS' - JUNGKOOK BTS & FAHAD AL-KUBAISI
Sekarang kan Musim World Cup FIFA 2022 yang tenagh berlangsung kat Qatar, UAE.
Selain dari tengok game, aku sejak dulu lagi ternanti-nanti Lagu Rasmi World Cup ni. Setiap kali World Cup, memaang aku suka dengar lagu-lagu dia.
Sebab biasanya, lagu rasmi World Cup FIFA ni best giler dan bersemangat. Bila kita dengar tu, terus jadi semangat nak buat kerja dan secara automatik menjadikan aku orang yang produktif. Giteeeww. Especially lagu Waka-Waka Nyanyian Shakira tak lama dulu.
Drama Sayap Bagimu Terbitan AEON Lakonan Alif Satar & Siti Nordiana
Queen Elizabeth Funeral 2022
Ratu Elizabeth II, Ratu Inggeris yang merupakan Ketua Negara-Negara komanwel mangkat hari tu di Istana Balmoral di Scotland pada waktu tengahari8 September 2022.
Kelmarin, 19 September 2022, Hari Isnin Mendiang Queen Elizabeth II telah selamat disemadikan di Royal Vault (Bilik Kebal Diraja a.k.a Bilik Mayat Gereja St.George di dalam perkarangan Istana Windsor di Windsor, United Kingdom).
TIPS Travel : Benda Yang Dilarang Dalam Cabin Bag & Luggage.
Assalamualaikum guys.
Aku nak share benda yang sangat mustahak bila travel naik kapal terbang. Bila naik flight, please be alert dengan segala benda yang masuk dalam luggage kita dan cabin bag kita. So, ni aku nak share dengan korang - 'Apakah Barang Yang Dilarang Dalam Cabin Bag & Check-In Luggage'.
Kos Penerbangan Malaysia Airlines Kuala Lumpur-Bangkok.
OK, hari tu kan aku dan keluarga kecikku bercuti ke Bangkok masa cuti sekolah September 2022 baru-baru ni.
Kitaorang naik malaysia Airlines sebab flight Air Asia selalu reschedule. Bila reschedule, nanti timing semua lari dan anak-anak akan cepat penat. Untuk jaga emosi anak-anak sebaiknya masa travel, jadi kitaorang fly lah guna Malaysia Airlines yang biasanya sukar nak 'reschedule' penerbangan diaorang. Kalau ada pun, delay jer sejam 2. So, OK lagilah.
AIR MINERAL JANTZEN – BELI ONLINE & FREE DELIVERY KE RUMAH!
Kalau korang nak tahu, kat rumah aku ni tak ada water dispenser Coway Cuckoo macam korang semua pakai tu. Aku pakai air biasa jer, yang ambil kat mana-mana penapis air kat kedai. Bayar Cuma 20 sen untuk1 liter air.
Kenapa tak ada? Sebabnya aku rasa macam tak mampu untuk kitaorang nak bayar setiap bulan tu – macam buat loan pulak. Sebabnya prinsip hidup kitaorang suami isteri ni ialah hidup tanpa hutang – itu prinsip hidup kami.
Susah macam mana pun seboleh mungkin janganlah berhutang. Gadai jer lah apa yang boleh digadai. Kalau tak mampu beli, sabar dulu, simpan duit dulu & bayar cash bila duit dah cukup.
So, selagi mana sesuatu tu boleh dibeli secara tunai, en.suami aku akan beli dengan cash termasuklah kereta dan rumah. So, kitaorang hanya beli yang sekadar ikut kemampuan kitaorang lah – tak mewah, tapi tak buruk dan cukup sekadar selesa untuk kami anak-beranak.
Korang tahu tak yang sebenarnya kat Malaysia ni ada Muzium Coklat?
Haaaaa.... Kalau korang tak tahu lagi, aku nak bagitau yang kat Tanahair Malaysia Bumi Tercinta ni ada Muzium Coklat a.k.a Chocolate Museum dalam Bahasa Inggeris - Muzium Coklat Pertama di Malaysia, malah di Asia Tenggara, yang terletak di Kota Damansara. Hebat kan.
Aku dan keluarga kecikku baru jer balik Malaysia dari Bangkok beberapa hari lepas.
Hari Jumaat, 2 September 2022, kitaorang naik flight Malaysia Airlines seramai 4 orang - aku, En.Suami, kakak FL & Leeya untuk bercuti di Bangkok selama 5 hari sempena cuti sekolah kali ni dan kitaorang travel secara D.I.Y - Travel sendiri tanpa menggunakan travel agent.
Kitaorang memang suka travel sendiri-sendiri ni, sebab tak terikat dengan masa dan jadual dengan pihak travel agent. Senang macam tu.
Cumanya, bila travel sendiri ni, kena bersedia untuk menghadapi 1001 kemungkinan dan bersedia dengan Plan A, Plan B, Plan C sampailah ke Plan Z. So, tak perlu nak moody-moddy kalau Plan A seperti yang kita rancang tak menjadi.
3 Sebab Pentingnya Perlu Buat Pemeriksaan Mata di OPTOM EYECARE.
Minggu lepas aku layan tengok Live Facebook pasal penjagaan mata. Aku tengok kat Facebook Page BIZNETWORK, tajuk live "Dari Mata Turun Ke Hati".
Hari tu aku terbaca kat private group student-student PhD kat facebook pasal 'nak menjadi pensyarah'. So, hari ni aku nak share TIPS UNTUK MENJADI PENSYARAH / LECTURER.
Memang betul kebanyakan yang sambung PhD ni cita-cita nak menjadi pensyarah atau lecturer dalam bahasa omputih nya.
Tapi tak ramai yang dapat rezeki untuk menjadi pensyarah tu. Dan kesannya, ramai yang menganggur lepas dah graduate buat PhD. Sedih.
Kesian, memang kesian. Menganggur ni termasuk aku sendiri ke?
Dinner at Indian Restaurant - Tasty Capathi Restaurant, The Curve
Taksir Zakat Dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Hye korang.
Bulan Ramadhan dah habis dan kita pun semua dah bayar Zakat Fitrah hari tu. Tapi korang jangan lupa, yang kita sebagai Umat Islam WAJIB membayar zakat-zakat lain juga selain dari Zakat Fitrah. Zakat ni termasuk dalam Rukun Islam. So, Zakat Fitrah tu ialah salah satu perkara wajib yang dikenakan ke atas kita tapi ada banyak lagi zakat lain yang kita kena tunaikan.
So, apa yang kita kena buat sekarang ialah JOM KITA TAKSIR ZAKAT.
Cara-Cara Merawat Jeragat/'Pigmentation' Pada Kulit Muka Secara Alami | Masalah jeragat / pigmentasi / 'pigmentation' pada kulit muka ni memang selalu terjadi kat wanita asia. terutamanya dikalangan wanita yang dah berumur. Biasanya wanita atas umur 40 tahun dah mula nampak tompok-tompok jeragat kat muka disebabkan oleh faktor cuaca dan faktor usia.
Tapi kalau dah mula ada jeragat atau 'pigmentation', korang jangan cepat panik. Bertenang dulu, tarik nafas dalam-dalam, dan relaks.
Tenang jer, sebab jeragat ni boleh dirawat. Tapi jangan lambat bertindak sebab nanti dia dah sebati dengan kulit, maksudnya jeragat tu dah selesa kat kulit wajah kita dan nak hilangkannya agak susah dan ambil masa yang lama.
Berkat Korban AEON 2022.
Kesan Penyakit Kencing Manis Diabetis Boleh Buatkan Penglihatan Mata Menjadi Buta.
Penyakit kencing manis atau diabetis ialah
merupakan pembunuh No.1 Rakyat Malaysia. Sebanyak 18.3 % atau 3.9 juta Penduduk
Malaysia menghidap kencing manis pada tahun 2019. Angka ini sangat
membimbangkan memandangkan ia menunjukkan peningkatan yang tinggi.
Pada tahun 2015, mereka yang dijangkiti penyakit
diabetis ini hanya 13.4 % sahaja, namun, jumlahnya meningkat sebanyak 4.9%
hanya dalam tempoh 4 tahun sahaja dan jumlah ini dijangka akan semakin
meningkat (Sumber : Tinjauan
Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019).
Dan korang tahu tak yang sebenarnya penyakit kencing manis ni bukan sahaja memudaratkan kesihatan kita, tapi ia mampu buatkan mata menjadi buta.
Assalamualaikum. Hye korang. Hari ni aku nak share pasal TIPS nak buat Phd atau Master khas untuk korang yang nak sambung buat master PhD ataupun yang tengah sambung belajar sekarang. TIPS Buat Phd Dengan Tenang Tanpa Stress.
Sebab aku faham macammana perasaan korang masa buat PhD. Ibarat dunia ni tak seindah yang kita sangka, tak seperti apa yang kita inginkan Igatkan buat PhD senang dan tenang-tenang saja, tengok kawan-kawan boleh melancong ke sana-sini sambil tengah studi, tapi bila sendiri dah buat barulah rasa macam 'dunia nak terbalik'. hahahhaha. Begitulah perumpamaannya.
Minimalism Lifestyle : My Fridge. Aku ni jenis orang yang simple. Segala benda aku nak simple jer kalau boleh tapi tak semua benda yang aku nak aku boleh dapat. Memang manusia macam tu kan? Kita tak dapat semua apa yang kita nak.
Kalau sambung belajar buat Master atau Phd di mana-mana Research University di dalam Malaysia, peluang nak pergi ke luar negara secara percuma sangat terbuka luas .
Kakak FL Suka Bagi Sedekah | 7 Cara Ajar Anak-Anak Bersedekah Sejak Kecil
5 Cara Ajar Anak-Anak Bersedekah Sejak Kecil | Aku nak cerita 1 kerjadian yang aku sangat-sangat touching hati aku hari ni. Cerita pasal anak sulung aku, Kakak FL bersedekah.
OOTD Raya.
Assalamualaikum semua.
Susah betul aku nak update blog sekarang. Mood menulis ke laut dalam sungguh lah. Almaklumlah hari raya dah makan macam-macam. Bila makan banyak, perut pun besar, badan pun jadi malas. Adusss.. masalah..masalah..
Macam mana ya nak kurangkan makan? diet? eerrrmm. Dah cuba tapi tak berjaya ni.
Takpe, sis cuba lagi.
Sekarang Dewan Solat Utama Masjid Putra ni ditutup sementara waktu, jangkaannya sehinga September 2022 sebab diaorang tengah baiki kubah masjid.
So, solat fardhu 5 waktu, solat terawikh & solat Jumaat semuanya di luar dewan. "Kalau hari hujan jemaah diarahkan solat di bahagian bawah dekat area pejabat pengurusan masjid ni. Alhamdulillah so far tak pernah lagi hujan masa waktu Solat Jumaat" - kata guard Masjid Putra ni.
Dulu-dulu masa waktu bujang boleh dikatakan aku berbuka puasa kat sini hampir setiap hari . Bukan sebab tak ada duit nak berbuka kat rumah, tapi sebab nak senang solat jemaah maghrib sebab aku tahu bila aku dah berkahwin aku akan berhadapan dengan masalah "masa".
So, sementara ada waktu lenggang macam tu, tak ada komitmen dengan anak-anak lagi, cuba buat yang terbaik untuk imarahkan rumah Allah. Dan memang betul pun, sejak aku pregnant anak pertama, aku sangat susah nak pergi masjid apatah lagi nak berbuka puasa & bersolat jemaah kat masjid .
Masa dulu selalu berbuka kat masjid tu tahan jer lah telinga orang duk perli kata aku nak jimat duit nak makan free . Aku pelik kenapa ada orang boleh fikir macam tu. Adakah sebab diaorang berbuka puasa kat rumah jer sentiasa? Kenapa pula bila Jemaah Umrah dari Malaysia berbuka puasa kat masjid di Tanah Suci Mekah atau Madinah tak ada pula yang perli diaorang dengan sindiran-sidiran sinis? Adakah sebab budaya iftar di masjid hanya boleh dibuat di Tanah Haram saja kah??
Errrrmmm.... Sedih. Betullah kata alim ulamak, di akhir zaman orang yang buat benda Sunnah akan diketawakan & disindir tapi orang yang buat dosa akan disanjung. Errrmm. Sekarang ni, anak-anak dah besar sikit, Kakak dah boleh harap untuk jaga adik. So harapnya tahun ni bolehlah nak berbuka puasa kat masjid dan iktikaf kat sini nanti. Harapnya.