Itinerary Bangkok - Khlong Lat Mayom Floating Market
Masa kitaorang travel ke Bangkok hari tu, kitaorang pergi ke Floating Market - ni kira tempat yang wajib pergi lah kalau ke Bangkok dan kena masukkan dalam itinerary korang.
Hari ke-3 kitaorang di Bangkok kitaorang ke Floating Market ni.
Kat Bangkok, ada banyak sangat floating market tapi semuanya terletak di luar Bandar Bangkok. So, kitaorang pilih floating market yang paking dekat dengan Bandar Bangkok iaitu Khlong Lat Mayom Floating Market . Dekat tak dekat pun, ambil masa dalam 45 minit jugak untuk sampai situ.
Kitaorang naik Grab Car pergi situ.Balik naik teksi, banyak teksi lalu-lalang kat area situ, tahan jer. Harga Teksi dan harga GRAB lebih kurang sama jer. Nak book GRAB, guna jer apps GRAB yang kita guna kat Malaysia ni.