Itinerary Bangkok - Khlong Lat Mayom Floating Market
Masa kitaorang travel ke Bangkok hari tu, kitaorang pergi ke Floating Market - ni kira tempat yang wajib pergi lah kalau ke Bangkok dan kena masukkan dalam itinerary korang.
Hari ke-3 kitaorang di Bangkok kitaorang ke Floating Market ni.
Kat Bangkok, ada banyak sangat floating market tapi semuanya terletak di luar Bandar Bangkok. So, kitaorang pilih floating market yang paking dekat dengan Bandar Bangkok iaitu Khlong Lat Mayom Floating Market . Dekat tak dekat pun, ambil masa dalam 45 minit jugak untuk sampai situ.
Kitaorang naik Grab Car pergi situ.Balik naik teksi, banyak teksi lalu-lalang kat area situ, tahan jer. Harga Teksi dan harga GRAB lebih kurang sama jer. Nak book GRAB, guna jer apps GRAB yang kita guna kat Malaysia ni.
Bila dah sampai floating market, ambillah kesempatan untuk buat tour guna sampan. Nanti korang boleh tengok sendiri culture dan perkampungan tradisional masyarakat tempatan di Bangkok ni, macam mana rupa rumah diaorang, macam mana lifestyle diaorang semua. Tour naik sampan ni ialah 1 jam.
BACA NI : 'MENJELANG MAGRIB'
Khlong Lat Mayom Floating Market ni tak famous sangat untuk pelancong sebenarnya, sebabfungsi dia ialah pasar untuk local people yang duduk area situ. Kira OK lah pergi sini sebab tak crowded dengan pelancong-pelancong lain dari seluruh dunia.
Cumanya orang-orang kat sini tak pandai berbahasa Inggeris. So, kebanyakkan komunikasi ialah dalam bahasa ayam-itik.
Inilah rupa dalaman pasar terapung tu.
Ini pulak pasar terapung yang betul-betul terapung - dalam sampan.
Nak naik tour sampan ni, tanya jer kat orang-orang yang jaga bot/sampan ni kat situ. Harga dia lebih kurang RM 12 (100 Baht seorang). Kanak-kanak dan dewasa sama je harganya.
First time ever melawat rumah air ni.
Inilah salah sebuah rumah di area sungai ni. Semua rumah tak ada kereta. Kalau ada tu kira kaya giler lah. Tapi, diaorang ada bot/sampan untuk bergerak ke mana-mana menggunakan jalan air
Sampan yang kitaorang naik tu, ada singgah kat floating market ni jugak. So, semua penumpang wajib turun dan jalan-jalan kat area pasar ni pulak. Sampan stop kat sini lebih kurang dalam 20 minit gitu. Kalau rasa-rasa nak pergi toilet, boleh pergi toilet kat pasar ni - toilet dia bersih giler tau.
Inilah rupa pasar terapung yang kitaorang singgah tu. Ada kuil. So, pasar ni hanya untuk serve barang-barang / makanan untuk pengunjung kuil ni.
Perjalanan naik sampan ni melawati perkampungan tradisional kat sini ialah dalam 1 jam. Jauh tau.
Sepanjang perjalanan, ada jugak terjumpa pasar-pasar terapung yang kecik macam ni.
Inilah rupa Pasar Floating Market Khlong Lat Mayom Floating Market ni.
Ada dijual ikan bakar kat sini. Tapi janganlah beli. Confirm tak halal tu.
***********************************************
Kalau nak beli hardcase luggage untuk travel , boleh beli kat Shopee. Ini link nya: https://invl.io/clfytuh
* "TIPS TRAVEL : BENDA YANG DILARANG DALAM CABIN BAG & CHECK-IN LUGGAGE".
* Ini dia lain-lain "Top 10 Floating Markets in Bangkok" untuk korang buat pilihan mana satu nak pergi.
wah sonoknya adik kakak travel ke Bangkok
ReplyDeleteNice post thank you Tania
ReplyDelete