Hujung Bulan Januari 2023 hari tu, aku dan famili kecil aku bercuti kat Hotel Four Seasons Kuala Lumpur. Staycation kat Four Seasons Hotel, KLCC. So, hari ni aku nak share dengan korang pasal review hotel ni.
Dan itulah pengalaman pertama kami dalam hidup ni menginap di Hotel Four Seasons. Teruja sangat sebab first time dapat rezeki stay kat hotel 5 bintang ni. Kitaorang stay situ 3 hari 2 malam. So, inilah gambar-gambar yang sempat aku snap sepanjang 3 hari stay kat sana.
Hotel Four Seasons ni betul-betul sebelah KLCC. Menapak berjalan beberapa langkah, dah masuk Suria KLCC. Kat bangunan Hotel Four Seasons ni jugak ada Store Decathlon dan Butik Baju. Kalau korang nak cari baju Ready-To-Wear Rizman Ruzaini, bolehlah datang sini, lokasi dia bawah setingkat jer dari Decathlon.
Kat depan Four Seasons ni ialah Shopping Mall Avenue K. Kat dalam Avenue K, ada tempat main sukan lasak Super Park.
Boleh baca jugak pasal STAYCATION STORY di hotel-hotel lain :
Hotel Review Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur :
Bilik Hotel :
Bilik hotel ni luas sangat, cantik, kemas, nampak mewah dan semuanya canggih. Semuanya kita main tekan-tekan button jer. Kalau nak buka langsir, tekan jer butang 'buka langsir' kat sebelah katil. Nak tutup langsir, tekan butang 'tutup langsir' pulak.
Dalam setiap bilik ada disediakan ipad. So, apa-apa announcement atau maklumat pasal hotel, semuanya ada dalam ipad tu. Even kalau kita nak bercakap dengan operator pun, boleh guna 'chat' jer macam 'whatsapp' , tekan jer kat guna ipad tu. So, cara macam ni sesuai sangat untuk orang introvert macam aku ni. hahahaha.
Review. Inilah bilik tidur Hotel Four Seasons. Bilik dia luas sangat dan wangi.
Katil ni katil king.
1 bilik ni harga dia lebih kurang RM 1400 semalam.
Almari hitam tu sebenarnya pantry atau coffee station. Peti ais pun ada dalam tu.
Si adik,Leeya ni memang jenis suka panjat-panjat, suka lompat sana-sini
Ini laluan dari pintu bilik ke katil.
Inilah coffee station kat dalam almari hitam tu. Ada 1 mesin coffee maker. Ada 1 kettle.
Makanan tu semua aku bawak sendiri dari rumah sebab anak-anak aku jenis suka makan dan suka mengunyah. So, kena pastikan yang makanan sentiasa tersedia dalam bilik.
Kalau buka pintu bilik, kita akan nampak bahagian ni dulu. Ni almari tempat letak baju. Depan tempat baju ni ialah pintu masuk toilet.
Inilah pintu toilet nya. Ada 2 pintu nak masuk ke toilet. 1 kat sini, dan 1 lagi kat sebelah katil.
Bilik Air & Tandas (Bathroom & Toilet) :
Bathroom dia sangat luas dan cantik. Dalam bathroom ni ada 3 bahagian. 1 bahagian untuk bathtub, 1 toilet dan 1 lagi tempat mandi (shower room).
Dalam bathroom ni disediakan 2 bathrobe dan ada penimbang berat jugak. So, bolehlah nak pantau berat kita masa bercuti kat sini. Mana tahu kot-kot dah naik 5 kilo ker.
Inilah rupa bilik air dia.
Ini bathtub. Pintu dia sebelah katil.
Ini shower room.
Ini shower room, ada tempat duduk.
Ini toilet dia. Ada sensor. Kita masuk dalam bilik ni, automatik, toilet bowl tu terbukak.
Macam toilet kat Jepun. Main tekan-tekan jer.
Ini toiletories yang disediakan oleh pihak hotel, jenama L'OCCITANE. Yang skincare Dermalogica & Clinique tu aku punya sendiri.
Ni sabun hotel punya.
Yang ni semua toiletories yang hotel sediakan, semuanya dalam kotak warna hitam. Cantik!
Makan-Minum :
Hotel Review Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur. Makan buffet breakfast kat hotel ni ialah kat Curate Restaurat, terletak kat Aras 6. Makanan buffet breakfast dia banyak choice, tempatnya selesa, staff diaorang semua friendly dan baik. Tapi rasa makanan dia biasa-biasa jer, sama macam hotel-hotel 5 bintang yang lain.
Even aku order mee sup pun (sebab mee sup ialah makanan kegemaran aku bila breakfast kat hotel), tak lah sesedap macam kat Hotel JEN By Shangri-La kat Johor Bharu. Kat Hotel JEN JB tu memang sedap giler sup dia. Fuhhh! Confirm aku akan stay situ lagi kalau ke JB.
Review penuh pasal buffet breakfast kat Hotel Four Seasons ni boleh baca kat sini: 'BUFFET BREAKFAST AT FOUR SEASONS HOTEL, KLCC'
Makan malam atau dinner kami kat dalam bilik sebab en.suami tak nak makan kat luar. Dia malas nak tunggu makanan , lepas tu kena makan cepat-cepat sebab restoren dalam mall (Suria KLCC) kan kena kemas jam 9.30 malam.
Kat Hotel Four Seasons ni, semuanya guna sistem digital. Kalau hotel lain, biasanya kita kena call operator atau room service untuk order 'in-room dining', tapi kat hotel ni, order guna ipad jer yang dah disediakan dalam setiap bilik. So, tekan-tekan jer ipad tu nak order apa, sama macam nak order makanan kat Sushi King.
Boleh baca kat sini : 'CARA-CARA NAK ORDER MAKAN DI SUSHI KING'
Kami makan nasi goreng, mac & cheese, mash potato, grill salmon dan nasi putih. OK lah makanan dia. Sedap jugak. Tapi yang bestnya, portion dia besar. So, 1 makanan tu actually boleh share makan 2 orang.
With watermelon juice.
Boleh baca juga :
Hotel Review Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur - Swimming Pool :
Swimming pool kat sini ada 2, 1 pool untuk dewasa dan 1 untuk kanak-kanak.
Ini pool untuk kanak-kanak
Kat area swimming pool ni, ada kafe. So, nak makan - minum kat tepi pool, order jer.
Hotel Review
Pool kat Hotel Four Seasons ni tak best sangat sebab air dia sejuk. So, kita pun tak tahan nak duduk lama-lama dalam pool tu. Tak enjoy sangatlah swimming kat sini.
Ini view dari bilik kitaorang
Cantik logo Four Seasons Hotel - Lambang pokok krismas
Hotel Review Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur.
Hotel Review. Overall, aku suka hotel Four Seasons, KLCC ni sebab hotel dia cantik, nampak ekslusif, bersih dan kemas. Almaklumlah hotel baru kan. Nak shopping pun senang, nak makan pun senang. Kalau Hari Jumaat, orang lelaki boleh jalan kaki jer pergi Solat Jumaat kat Masjid KLCC tu.
Cuma, aku dan anak-anak tak suka swimming pool dia. Sebab sejuk sangat airnya. Mungkin sebab air pool yang sejuk ni la kt, tak ramai orang lepak kat pool . Padahal ramai jer guest yang menginap kat sini kalau tengok masa breakfast. Berbeza dengan Hotel Mandarin Oriental, pool dia memang ramai orang.
Bilik hotel ni luas sangat, cantik, kemas, nampak mewah dan semuanya canggih.
Staff kat hotel ni kebanyakkannya Filipinos tapi diaorang berbahasa melayu dengan baik (thumbs-up!).
Definitely, aku akan repeat lagi stacation kat sini.
Hotel 5star memang best la kan 😊
ReplyDelete