Ok guys, hari ni aku nak share dengan korang apa yang aku makan dan minum sepanjang tempoh aku berpantang bersalin anak ketiga ni.
My Pantang Story - Makanan & Minuman Dalam Pantang
Aku share apa yang aku makan sepanjang kat hospital dan apa yang aku makan & minum masa aku berpantang kat rumah sekarang ni.
Makanan Dalam Ward Bersalin (Maternity Ward) Hospital KPJ Ampang Puteri
Hari pertama aku masuk ward, aku sempat jamah breakfast masa jam 7 pagi, sebelum aku di bawak keluar ke labour room jam 10.00 pagi. Dan breakfast hari tu (hari bersalin) ialah 2 keping roti sahaja dengan air milo. Doktor & nurse cakap aku tak boleh makan heavy sebab aku plan nak ambil epidural.
Ini makanan tengahari selepas aku dah bersalin - nasi putih + sayur steam + ikan, dengan air milo & buah oren.
Breakfast hari ke-2 (Hari pertama selepas bersalin) - wholemeal bread dengan butter & jem strawberry dan bubur.
Ni ikan tenggiri dan sayur. Air - air milo panas
Ikan singgang & sayur kukus dengan buah oren, air milo panas
Ini breakfast masa hari pertama aku masuk ward. Menu - light breakfast jer - 2 keping roti dengan air milo panas. Masa ni, aku baru jer dimasukkan ubat induced (induced melalui vaginal).
Ini lauk berpantang kat rumah. Makan dengan nasi panas. Makanan dalam pantang aku ni dimasak oleh CL aku (my confinement lady), yang aku hired dari Fazrina Postnatal Care.
Lauk berpantang ni ialah :
- Sweet sour ikan siakap
- Sup lobak putih
- Sup bayam untuk suami dan anak-anak aku makan (Ibu berpantang tak boleh makan bayam)
- Air : Hot chocolate
Yang ni pun sama kat rumah. Dimasak oleh My CL.
Minuman Yang Aku Minum Sepanjang Dalam Pantang Selepas Bersalin :
- Air milo panas
- Hot Milo
- Hot Coffee (tapi aku tak minum pun)
- Air barli panas
- Teh herba akarkayu NR
- Hot Chocolate Momma Pregolact Milk Booster
- Air lemon suam
- Air limau nipis panas
- Air suam
Masa aku kat hospital hari tu, baby sentiasa nak susu. Dia minum susu sangat-sangat kerap, maybe setiap setengah jam atau setiap 1 jam. Sebabnya dia macam minum tak puas. So aku & en.suami syak yang susu aku sikit / tak cukup untuk baby aku.
Aku ada bagitau kat doktor pakar kanak-kanak (paeds) kat hospital tu masa doktor datang elawat aku kat bilik dan doktor cakap just bagi jer sekerap mungkin seperti yang baby mahukan. It's OK. Sebab dua-dua anak sebelum ni aku tak ada masalah dengan breastfeeding, so, kali ni pun should be OK. Cuma aku kena banyak bersabar dan berusaha.
Dan sampai seminggu pun , baby aku still macam tak cukup susu dan berat dia tak naik-naik, plus dengan jaundice pun tak turun-turun. So, en.suami aku belikan Momma Pregolact ni - salah 1 ikhtiar untuk perbanyakkan susu badan aku.
Dan 3 hari dah aku consume Momma Pregolact Milk Booster ni, hari ni Alhamdulillah berat baby dah naik menjadi 3.0 kg dan jaundice dia pun dah menurun. Syukur!. Kiranya Momma Pregolact Milk Booster ni berkesan lah.
Harga dia agak mahal. 1 kotak ni RM 90, tapi tutup mata jer lah, untuk kesihatan anak sendiri.
Kalau korang nak beli, boleh beli kat Shopee, ini linknya : https://invl.io/clgh6ju
Ini Set Bersalin NR (Nona Roguy).
Dalam set bersalin ni, ada minuman akar kayu, rasa dia macam teh - sedap giler. Hari-hari aku minum. Tambah air panas jer, pastu minum panas-panas.
Kalau korang nak beli, boleh beli kat Shopee, ini linknya : https://invl.io/clgh6l0
Momma Pregolact Milk Booster - https://invl.io/clgh6ju
NR Set Bersalin - https://invl.io/clgh6l0
Sayur Yang Boleh Dimakan Masa Dalam Pantang Selepas Bersalin :
- Brokoli
- Lobak merah
- Lobak putih
- Sawi
- Pak Choy
Ikan Yang Boleh Dimakan Masa Dalam Pantang Selepas Bersalin :
- Ikan salmon
- Ikan merah
- Ikan tenggiri
- Ikan siakap
- Ikan janahak
- Ikan selar (kalau ibu OK)
P/S : Ikan haruan sekarang doktor O&G dah tak bagi makan dah.
Minuman Yang Boleh Dimakan Masa Dalam Pantang Selepas Bersalin :
- Hot milo
- Hot coffee
- Air barli panas
- Teh herba akarkayu NR
- Hot chocolate
- Air lemon suam
- Air limau nipis panas
- Air suam
Ini favourite aku. Hot chocolate jenama Cadburry.
Siap bawak pergi hospital lagi, minum dalam ward.
Hari-hari aku minum ni kat rumah.
Boleh beli kat Shopee jugak. Ini linknya : https://invl.io/clghvmn
Ini favourite aku setiap kali pantang. Kalau tak pantang tak makan pulak ni.
Boleh beli kat Shopee, ini linknya : https://invl.io/clghvoe
Sedap2 lauk dalam pantang kan...macam akak cakap..org x pantang pun lapar tengok ...akak suka je lauk2 dalam pantang..
ReplyDeletebetul tu kak SA. memang sedap makanan dalam pantang ni. Sesuai sangat untuk orang yang nak kuruskan badan
DeleteSelamat berpantang
ReplyDeletesedap sedap menu berpantang sekarang kan, beza la zaman kak ana dulu, thanks for sharing DP boleh jadikan panduan untuk kak long nanti, In Syaa Allah...
ReplyDelete