Hari ni aku nak cerita pasal penjagaan aku masa dalam pantang ni bersalinkan anak ke-3.
Sepanjang berpantang ni aku dijaga oleh Confinement Lady (CL) dari Fazrina Postnatal Care.
Masa aku bersalinkan anak ke-2 , 5 tahun lepas (Bersalinkan Leeya), aku pun guna khidmat CL dari Fazrina Postnatal Care ni dan aku sangat-sangat puas hati dengan perkhidmatan dari CLnya. So, kali ni repeat jer dengan Fazrina Postnatal Care ni juga. Malas aku nak buat survey dah nak mencari company CL yang lain.
Kali ni En.Suami aku hired Confinement Lady untuk 44 hari dan dia kena "stay-in" kat rumah aku sebab En.Suami selalu pergi outstation. So, lebih baiklah ada orang teman aku & anak-anak kat rumah smasa En.Suami pergi outstation. Lagipun pengalaman berpantang sebelum-sebelum ni, memang ambl pakej yang CL stay bermalam sekali di rumah kami.
Boleh baca pasal review aku tentang khidmat CL masa bersalinkan anak ke-2 5 tahun lepas kat sini :
'BERPANTANG ANAK KE2 : CONFINEMENT LADY DARI FAZRINA POSTNATAL CARE'
Posting ni aku review ikhlas k. Aku tak dibayar oleh Fazrina Postnatal Care untuk but review. Aku cuma nak share dengan korang yang tengah duk mencari-mencri perkhidmatan Confinement Lady.
Aktiviti / Penjagaan dalam pantang yang dibuat oleh CL :
1. Jaga ibu
Ibu yang berpantang memang kena rehat cukup-cukup dan kena jaga diri sebaiknya. Nanti lepas habis pantang dah tak sempat dah nak rehat. Even nak masuk toilet pun, anak dah melalk menangis kat luar pintu toilet.
So, masa dalam pantang ni, rehatlah sepuas-puasnya, supaya badan kita cepat sembuh. Bila sembuh sepenuhnya, nanti habis pantang, akan ada banyaklah tenaga uruskan rumahtangga.
So, sebab tu pentingnya ada orang jaga kita masa dalam pantang. Bila ada CL jaga masa berpantang ni, senang. Aku boleh rehat dan cuma fokus untuk menyusukan baby jer. Yang lain-lain semuanya CL yang buatkan.
Antara penjagaan untuk ibu (aku) masa dalam pantang ni ialah :
- Urut (Postnatanal Massage). Aku ambik pakej yang urut setiap 4 kali seminggu. OK dah bagi aku berurut 4 kali seminggu. Sebab sebelum ni aku urut 7 kali seminggu (setiap hari), aku rasa macam penat sangat.
- Sauna. Sauna ni ada sekali dalam pakej khidmat penjagaan dalam pantang CL. Sauna pun aku tak tahan kelau buat setiap hari. Maybe sebab aku ni jenis knestetic person, so aku tak boleh duduk diam lama-lama. Buat sauna ni at least 30 minit untuk 1 sesi. 30 minit tu pun aku tak tahan dah.
So, aku buat sauna ni 3 kali seminggu. Even 3 kali seminggu pun aku rasa banyak dah. Aku lagi suka keluarkan peluh dengan cara bersukan dari duduk diam-diam dalam sauna ni. hahhaha.
Kalau ada Set Sauna ni , boleh buat sendiri kat rumah. Boleh jer beli Sauna ni kat Shopee. Ini linknya: https://invl.io/clh078t
BACA NI JUGA : 'MAKANAN DALAM PANTANG'
TIPS nak buat sauna :
1. Minum air banyak-banyak sebelum buat sauna. Sebabkan kita akan ter-hydrated bila buat ni, banyak peluh akan keluar. Kalau badan tak cukup air, kita akan pening / sakit kepala dan cepat penat.
2. Bawak tuala kecil (tuala muka) masa masuk dalam sauna ni untuk lap peluh.
- Bertungku. Tungku CL yang bawak sendiri. So, tak perlu aku nak sediakan tungku. Inilah aktiviti yang paling aku suka. Best bila batu panas-panas hinggap kat badan. Ia boleh melancarkan pengaliran darah dalam badan kita. Dan seterusnya boleh buatkan kita rasa segar dan bertenaga.
Inilah tungku yang aku gunakan masa dalam pantang ni. CL cakap ini batu sungai jer. Kat Shopee pun ada jual ni.
Lepas dah bakar, letak tungku tu kat atas daun pisang ni. Balutkan tungku dengan daun pisang ni dulu, lepas tu baru balut dengan surat khabar & last sekali balutkan dengan kain. Kalau terus guna surat khabar atau kain terus 9tanpa guna daun pisang), kertas surat khabar tu boleh terbakar sebab tungku tu panas sangat.
Daun pisang ni aku beli kat Shopee jer, sebab yang ada dalam simpanan kami dah habis. Aku bertungku 2 kali sehari. Masa berpantang jer lah boleh bertungku. Lepas habis pantang, dah tak ada masa dah nak manjakan diri dan bertungku.
Ini link Shopee in case kalau ada sesiapa nak beli Daun Pisang ni. Ini link Shopee : https://invl.io/clh09kx
- Mandi herba
Ibu yang berpantang memang kena mandi dengan mandian herba. Herba ni ialah daun-daun segar, yang dididihkan dahulu dengan air panas, kemudian, air tersebut dibuat mandi.So, bila ambil pakej penjagaan dalam pantang dengan CL, CL bawak sekali set mandian herba ni. Aku cuma kena sediakan periuk jer untuk panaskan / masak mandian ni.
Aku tengok umi aku dulu-dulu mandi masa dalam pantang ni, daun-daun tu dikutip sendiri kat belakang rumah. Arwah Tok Wan ada tanam kat belakang rumah jer.
Antara daun-daun yang boleh digunakan untuk buat mandian herba ni ialah :
- Daun limau
- Daun serai wangi
- Daun pandan
- Daun sirih
Daun-daun ni CL aku cakap boleh beli kat pasar. Samaada Pasar Borong atau Pasar Basah. Kalau susah nak pergi pasar, korang beli jer kat Shopee. Kat Shopee dah siap-siap tersedia dibuat khas untuk ibu yang berpantang, kita cuma rebus jer kat dalam air panas.
Ini link Shopee untuk beli bahan mandian herba ni : https://invl.io/clh0brc
- Lulur badan (Scrub badan). Aku buat lulur ni sekali sehari. Bahan untuk lulur tu pun CL bawakkan sekali.
- Pakai pilis. Pilis ni pakai untuk nak mengelakkan pening dan sakit kepala masa dalam pantang.
- Pakai bengkung. Kalau ambil pakej berpantang CL 44 hari dengan Fazrina Postnatal Care, akan dapat bengkung percuma. Bengkung dia best, aku suka. Tapi aku pun ada beli bengkung sendiri sebelum bersalin hari tu.
2. Jaga baby
Alhamdulillah! My CL sangat penyayang dan menjaga baby dengan cekap & sangat berhati-hati. Macam seorang profesional . My CL ni ialah orang Indonesia , sangat baik. Dia dah punya pengalaman luas dalam bidang penjagaan dalam pantang ni. Dia dah biasa jaga baby dan ibu-ibu dalam pantang. Dulu masa kat Indonesia pun, dia memang seorang tukang urut.
Kiranya menjadi CL di Malaysia sekarang, ialah merupakan passion dia lah.
- Mandikan baby
- Tukar pampers baby
- Basuh baju & lipat baju baby
- Urut & massage baby & tungku (tuam). Tungku baby yang kecil tu pun CL bawakkan sekali. So, aku tak perlu beli.
Inilah CL yang jaga aku sekarang. Ni gambar masa pergi ke Majlis Hari Anugerah sekolah Kakak FL.
Dalam kain biru tu ialah baby aku, Leesa. Kain ring sling tu kepunyaan aku sendiri. Aku beli masa bersalinkan anak sulung, Kakak FL 9 tahun dulu. Beli kat Australia sebab dulu kat Malaysia tak ada lagi kain yang best dan berkualiti. Sekarang dah banyaklah kot.
Bukan setakat jaga baby saja, tapi My CL ni jugak tolong jagakan Kakak FL & Leeya sekali tanpa mengira penat & lelah. Walaupun bukan dalam skop bidang tugas dia untuk jagakan anak-anak yang dah besar, tapi dia tolong mengasuh anak-anak ni dengan penuh kasih sayang.
Sekarang kakak FL & Leeya pun dah sayang kat CL ni. Kami dah macam 1 keluarga walaupun baru beberapa minggu kenal. Alhamdulillah! Syukur sangat-sangat aku dapat CL yang baik macam ni. Sebab tu aku suka dengan khidmat berpantang Confinement Lady dari Fazrina Postnatal Care ni.
3. Masak dan kemas rumah
Alhamdulillah!Aku dapat CL yang sangat baik, penyayang dan sangat-sangat cekap. Cekap dalam jaga anak-anak, termasuk baby dan cekap juga dalam buat kerja-kerja rumah. CL yang aku dapat ni langsung tak berkira. Tu yang aku happy sangat dengan dia. Dan jugak, masa bekerja aku nampak dia tak pegang handphone pun. Dia sangat fokus dengan kerja dia.
Ini antara kerja rumah (yang basic) yang my CL buatkan sepanjang aku berpantang ni. Dan aku rasa tak semua ni ada dalam skop kerja dia kot. Tapi dia buat. Moga Allah murahkan rzeki buat my CL ni kerana banyak tolong aku masa dalam pantang ni.
- Masak
- Basuh baju
- Lipat baju
- Vacume rumah & Mop
- Basuh bilik air yang aku dan baby guna (Kami tak guna bilik mandi yang sama). Baby ada bilik air sendiri & aku pulak mandi dalam bilik mandi aku sendiri.
Boleh baca juga :
Harga Pakej Berpantang Khidmat Confinement Lady (CL) :
Ini ialah harga pakej berpantang confinement lady yang ditawarkan oleh Fazrina Postnatal Care. Yang Stay In lain harga, so kena contact Fazrina Postnatal Care ni untuk maklumat lanjut.
Kena booking awal-awal. Aku dulu booking masa kandungan masuk usia 5 bulan, sebab aku takut aku tak dapat CL dari Fazrina Postnatal Care ni. Sebab kalau lambat, biasanya CL dah fully booked.
Ini facebook Fazrina Postnatanal Care : https://www.facebook.com/profile.php?id=100064902451156
No.Telifon : 017-289 5415
TIPS MEMILIH CONFINEMENT LADY :
1. Baca Review dulu
Sebelum decide untuk pilih confinemenr lady (CL) dari agensi mana, eloklah buat kaji selidik terlebih dahulu. Spend masa sikit untuk study dulu setiap agensi / company yang menawarkan khidmat CL ni. Sebab banyak juga company perkhidmatan CL ni yang tak bagus dan teruk. So, study lah betul-betul, baca semua review yang ada kat media sosial dan internet. Jangan baca kat page diaorang, for sure diaorang akan tulis yang elok-elok jer.
2. Bandingkan harga
Harga perkhidmatan CL ni agak mahal. So, buat comparison dulu dan bandingkan harga setiap company dengan pakej yang ditawarkan. Kemudian, buatlah pilihan yang tepat.
3. Booking awal.
Biasanya perkhidmatan berpantang CL ni demand tinggi, dan laku teruk bak goreng pisang panas terutamanya di area Lembah Klang ni. So, bila dah pilih company mana yang berkenan, cepatlah booking. Jangan booking last minute, sebab takut bila last minute, CL yang kita dapat jenis yang bidan terjun, yang jenis tangkap muat jer.
Artikel-artikel yang berkaitan dengan bersalin dan berpantang :
No comments:
Post a Comment