Monday, February 27, 2023

Pengalaman Bersalin : Bahaya Keputihan Semasa Mengandung(Kuman GBS)

 Pengalaman Bersalin : Bahaya Keputihan Semasa Mengandung(Kuman GBS)

Lepas Aku bersalin 2.2.23 hari tu, my baby kena admit ward (Kena warded). Sebab nya masa aku pregnant, Aku ada GBS (Group B streptococcus (GBS) bacteria - Keputihan semasa mengandung).

Doktor gynae bagitau masa pregnant, ibu yang ada GBS ni boleh ada 2 risiko yang sangat-sangat-sangat bahaya. 

1. Risiko baby terkena jangkitan bakteria / kuman GBS, so boleh buatkan baby meninggal dunia kat dalam dalam perut atau baby meninggal selepas lahir.

2. Risiko uri melekat semasa bersalin.

https://www.miszrockers.com/2018/01/aku-positif-jangkitan-kuman-gbs-punca.html

Masa bersalinkan Leeya dulu, uri aku melekat tapi berjaya keluarkan lepas makan antibiotik. Dan baby Alhamddulillah, sihat sejahtera. Sekarang Leeya dah umur 5 tahun.

Sebab tu orang yang ada keputihan masa pregnant jangan buat main-main, kena bagitau kat doktor, supaya doktor boleh pantau & rawat kita dengan sebaik-baiknya. Aku ada kuman GBS (keputihan) ni masa pregnant jer kalau tak pregnant tak ada.


Dah Rasa Contraction Masa Hamil 6 Bulan

Masa kandungan aku (Masa anak no. 3 ni) berusia 6 bulan, Aku kerap rasa contraction (perut rasa mengeras macam orang contraction) . Adalah 2-3 kali rasa macam tu. Tapi tak pergi hospital pun sebab lepas be berapa jam, 'contraction' tu hilang.

Masa pergi check-up jumpa gynae, aku bagitau kat doktor yang hari tu Aku ada rasa 'perut mengeras macam rasa contraction, tapi contraction hilangepas beberapa jam'.


Apakah itu GBS?

GBS ialah Group B Streptococcus Bacteria. Ia adalah sejenis kuman yang berada dalam vagina wanita (Boleh tengok gambar kat bawah) dan sangat merbahaya kat wanita yang mengandung sebab ia boleh membunuh ibu dan anak.

Masa bagitau tu lah doktor suspect aku ada 'discharge' dari vagina. Samaada ada discharge kerana 'Candida' (keputihan) atau UTI (air kencing kotor). So doktor buatlah procedure untuk tahu jenama terjadi macam tu. Doktor ambil 'swab' kat dlm faraj, ala-ala macam buat pap-smear tu. Tak sakit.



Dan result test tu, aku positive ada bakteria Candida. Candida ni lah yang bahaya dan Candida ni lah yang buatkan kita terkena jangkitan kuman GBS. Maybe candida ni ialah salah satu kuman dalam Group B Streptococcus. Kalau keputihan biasa (bukan waktu pregnant) , ia bukan bakteria Candida. So, doktor bagi antibiotik (ubat makan) & masuk kan ubat ke dalam faraj untuk bunuh bakteria tu.

Masa bersalinkan Leesa hari tu, kat dalam labour room doktor drip antibiotik kat tangan aku. Lepas Leesa lahir & breastfeeding, terus Leesa kena warded. So, En. Suami kena pergi kat kaunter admission untuk uruskan kemasukan Leesa ke ward sementara aku pula masih lagi di labour room.

Doktor PAED bagitau procedure sekarang, kalau ibu ada GBS, baby terus kena admit & kena buat blood test & terus kena start bagi antibiotik selepas lahir. In case kalau result blood test baby positive - Positive ada kuman GBS dalam darah dia, so baby kena sambung warded lagi.

Walaupun baby warded, tapi dia tetap room-in sama dengan mommy. Cumanya setiap hari nurse akan ambil dia 2 kali sehari untuk bagi antibiotik.

Selepas 2 hari bersalin, result blood test baru keluar & resultnya Leesa NEGATIVE kuman GBS dalam darah dia 😍😍. Alhamdulillah! Risau jugak kami nak tahu result test tu.


Ini kisah aku kena GBS masa bersalinkan anak ke-2 dulu : 

'TIPS BILA KEMALUAN MISS V GATAL DISEBABKAN KEPUTIHAN SEMASA HAMIL'


Bil hospital Leesa admit hari tu ialah RM 2k (Untuk Leesa seorang).

 Result keluar pagi, so petang tu (4 Februari 2023) kami dah boleh discharge dari hospital & sambung berpantang di rumah ☺.

Disebabkan Leesa kena admit, jadi dia pun dapat jugak lah toiletories bag KPJ. Toiletories bag ni semua patient yang admit akan dapat. So kami dapat 2 lah bag ni. 1 untuk mommy, 1 untuk baby. 

Ini ialah barang-barang yang ada dalam beg ni 😊.


Dan hari ini Leesa & Mommy sihat sejahtera. Alhamdulillah! 


Baca ini jugak :



2 comments:

  1. masa nak beranak hari tu pun leyla detected gbs. masuk antibiotik kat tangan 4 jam skali masa dalam lb room. Alhamdulillah nasib baik anak okay. kalau macam tu, next pregnant mmg akan ada gbs lagi ya ?

    ReplyDelete
  2. Pernah dengar GBS ni masa kerja sebelum ni, staf HR pun kena GBS msa pregnant, Alhamdulillah baik2 jer lepas tu.

    ReplyDelete