Hari tu anak aku yang nombor 3 ni (Leesa), kena demam kuning. Badan dia tak panas macam orang demam tapi kekuningan dan bila dibawa jumpa doktor, memang sah dia kena jaundice atau demam kuning. Dan bacaan bilirubin (Paras kuning bayi/jaundice level) dia agak tinggi iaitu 10 mg / dL.
Jom baca 3 Tips Sembuhkan Secara Semulajadi Demam Kuning Bayi (Jaundice).
Kuning baby Leesa ni berlarutan sehingga 2 minggu dan hampir-hampir doktor nak buat ujian darah (blood test), untuk pastikan yang Leesa dikategorikan sebagai pesakit 'prolong jaundice' atau tak.
2 minggu bacaan bilirubin tu macam tu. Berat badan tak naik, paras kuning pun tak turun-turun.
Alhamdulillah syukur, masa hari ke-13 (sebelum Leesa berusia 14 hari), bacaan jaundice nya menunjukkan penurunan dan beratnya meningkat dengan positif dan doktor sahkan yang Leesa tak perlu lagi follow-up di klinik untuk check jaundice. Alhamdulillah!.
Anak sulung aku dan anak ke-2, Kakak FL dan Leeya tak ada jaundice yang teruk macam kes Leesa ni. Kakak FL langsung tak kena jaundice. Leeya pulak sikit jer jaundice dia dan tak perlu nak follow-up dengan klinik. Tapi Leesa ni berbeza sikit.
Takpelah, inilah pengalaman berharga sebagai seorang ibu. At least merasa jugak dan belajar jugak serba sidikit macam mana nak handle atau jaga baby yang kena jaundice ni.
3 Tips Sembuhkan Secara Semulajadi Demam Kuning Bayi (Jaundice) :
1. Berikan bayi susu sekerap mungkin (Breastfeeding)
Berikan bayi susu badan dengan lebih kerap. Tapi masalah aku kali ni (masa bersalin anak nombor 3 ni) ialah susu badan aku kurang / tak cukup dan buatkan baby minum susu tak puas (tak kenyang).
Leesa minum susu banyak, setiap setengah jam. Sampaikan mommy nak rehat pun tak sempat. Memang penat sangat muka-mula tu, sebab Leesa asyik-asyik menangis nak susu. Sampailah aku terpaksa ambil milk booster atau makanan tambahan untuk perbanyakkan susu. Dan sejak consume Momma Pregolact Milk Booster, berat Leesa makin naik dan bacaan bilirubin jugak semakin menurun. Alhamdulillah!.
Aku ada cerita pasal susu tak cukup tu kat artikel ni :
'MY MILK BOOSTER : CARA AKU TAMBAHKAN SUSU BADAN'
2. Jemur bayi di bawah matahari pagi (Vitamin D)
Jemurkan baby di bawah sinaran matahari pagi, sebelum jam 10 pagi. Vitamin D dari sinaran matahari ni ialah ubat untuk sembuhkan kuning pada baby.
3. Mandikan bayi dengan daun kuchai
Beli jer daun kucai kat pasar atau kat supermarket, lepas tu masukkan daun kucai tu dalam air mandi baby (air suam), dan mandikan baby tu dengan air daun kucai tu.
Ini artikel yang aku tulis masa anak ke-2, Leeya dulu kena jaundice :
Add your comment