Buffet Ramadhan 2023 di Bangi - MZ Fountain Hall, Sungai Ramal

Hye korang. Apa khabar semua? Sihat? Aku nak ucapkan Salam Ramadhan buat pembaca dorsettpink.com, Selamat Berpuasa korang. Hari ni hari pertama Umat Islam berpuasa. Hopefully Ramadhan tahun ni akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun lepas. 

Hari pertama ni kebiasaannya kita buka puasa (Iftar) dengan keluarga kat rumah la kan. Aku ni baru jer habis pantang, so memang banyak spend masa kat rumah jer lah sekarang. Jadinya, hari ni confirm aku buka puasa dengan keluarga kecikku podok syurga kami (rumah sendiri) 😊. 

buffet ramadhan


Hari ni plan nak masak ayam. Lauk sahur pagi tadi ada lagi. So, nikmatilah seadanya , Syukur kita duduk di Bumi Malaysia - kaya dengan aneka jenis makanan.

Tapi kalau korang plan nak berbuka puasa kat luar, nak mencari buffet ramadhan, ni aku nak recommend kat korang Buffet Ramadhan yang menarik kat Bandar Baru Bangi, Selangor. Hari tu aku pergi pra preview Buffet Ramadhan (2023) kat MZ Fountain Hall, yang terletak di Sungai Ramal Luar, Bangi. 

Actually, MZ Fountain Hall ni ialah dewan kahwin. Tapi memandangkan Bulan ramadhan ni tak ada orang kahwin, so digantikan sebagai tempat untuk berbuka puasa. So, kalau yang bercadang nak buat Majlis Kahwin ke, bolehlah book MZ Fountain Hall, Bangi ni. Luas dan cantik sangat tempatnya!. 


BACA NI : 'SAYUR MASAK LEMAK'

Buffet Ramadhan di MZ Fountain Hall, Sungai Ramal, Bangi

buffet ramadhan

buffet ramadhan

Buffet Ramadhan di MZ Fountain Hall Bangi ni menyediakan pelbagai jenis aneka makanan dan hidangan untuk berbuka puasa. Dewan ni luas sangat, siap ada surau lagi. 


BACA NI : 'DAUN KESUM'

buffet ramadhan

buffet ramadhan

buffet ramadhan

buffet ramadhan
Ini dewannya. Tetamu bakal disajikan dengan hiburan lagu-lagu nasyid & qasidah.

buffet ramadhan
Dewan ni berhawa dingin. Sejuk sangat. So, kalau nak bawak baby datang sini, OK sangat. Tapi dewan ni agak sejuk. So, better korang sediakan sweater  bila datang sini. 


Aneka Jenis Makanan di Buffet Ramadhan MZ Fountain Hall

Ada macam-macam makanan kat sini. Ada kambing golek, ikan bakar, nasi beriyani, ada rendang, spagheti, lemang, ketupat, kuih-muih, ABC, rojak buah, kerepek dan lain-lain.

buffet ramadhan
Paru Berlada

buffet ramadhan
Tauhu Sumbat

buffet ramadhan
Macam-macam jenis kerepek

buffet ramadhan
Rojak Buah

buffet ramadhan
Telur Masin


buffet ramadhan
Kambing Golek. Fuhh! Ramai giler orang beratur nak makan kambing. 

buffet ramadhan
Ini kambing yang dah siap dibakar

buffet ramadhan
Daging Bakar

buffet ramadhan
Rendang

buffet ramadhan
Spagheti

buffet ramadhan
Ikan Bakar

buffet ramadhan
Aneka Pemanis Mulut


buffet ramadhan

buffet ramadhan

buffet ramadhan

buffet ramadhan

buffet ramadhan

buffet ramadhan
Kalau nak datang, kena booking dulu. Jangan main walk-in jer, takut nanti fully book.

buffet ramadhan

buffet ramadhan

Kemudahan yang disediakan di MZ Fountain Hall, Sungai Ramal, Bangi.

Kat MZ Fountain Hall, Sungai Ramal ni ada surau untuk kaum Adam & Hawa. Toilet dia pun bersih. 

Parking - banyak giler parking kat sini. Ada disediakan 'open parking space' kat belakang dewan ni. So, korang tak perlu risau bab parking. Siap ada laluan pejalan kaki berbumbung lagi untuk berjalan dari parking ke dewan.

Tempat ni cantik deco nya, besar, selesa, sejuk. Anak-anak aku pun enjoy datang ke MZ Fountain Hall, Sungai Ramal Bangi ni =))

buffet ramadhan

buffet ramadhan



Untuk Temapahan Buffet Ramadan :

Kalau korang nak ajak family, kawan-kawan atau office mate berbuka puasa, bolehlah datang ke MZ Fountain Hall ni, boleh lah buat booking kat nombor ni : 016-326 6464 (Encik Azfar -  wasap.my/60163266464/bookingbuffet ) 

Alamat MZ Fountain Hall, Sungai Ramal, Bangi : Jalan Sungai Ramal, Sungai Ramal Luar, 43000 Kajang, Selangor.

Harga Buffet Ramadhan 2023 di MZ Fountain Hall, Bangi : 

Dewasa - RM 66 / pax

Kanak-kanak (6 - 12 tahun) / Warga Emas / OKU : RM 30 / pax

Special Price : Untuk group 100 orang dan ke atas. 

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE