Buffet Ramadhan 2023 di Bangi - MZ Fountain Hall, Sungai Ramal
Hye korang. Apa khabar semua? Sihat? Aku nak ucapkan Salam Ramadhan buat pembaca dorsettpink.com, Selamat Berpuasa korang. Hari ni hari pertama Umat Islam berpuasa. Hopefully Ramadhan tahun ni akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun lepas.
Hari pertama ni kebiasaannya kita buka puasa (Iftar) dengan keluarga kat rumah la kan. Aku ni baru jer habis pantang, so memang banyak spend masa kat rumah jer lah sekarang. Jadinya, hari ni confirm aku buka puasa dengan keluarga kecikku podok syurga kami (rumah sendiri) 😊.
Hari ni plan nak masak ayam. Lauk sahur pagi tadi ada lagi. So, nikmatilah seadanya , Syukur kita duduk di Bumi Malaysia - kaya dengan aneka jenis makanan.
Tapi kalau korang plan nak berbuka puasa kat luar, nak mencari buffet ramadhan, ni aku nak recommend kat korang Buffet Ramadhan yang menarik kat Bandar Baru Bangi, Selangor. Hari tu aku pergi pra preview Buffet Ramadhan (2023) kat MZ Fountain Hall, yang terletak di Sungai Ramal Luar, Bangi.
Actually, MZ Fountain Hall ni ialah dewan kahwin. Tapi memandangkan Bulan ramadhan ni tak ada orang kahwin, so digantikan sebagai tempat untuk berbuka puasa. So, kalau yang bercadang nak buat Majlis Kahwin ke, bolehlah book MZ Fountain Hall, Bangi ni. Luas dan cantik sangat tempatnya!.
BACA NI : 'SAYUR MASAK LEMAK'
Buffet Ramadhan di MZ Fountain Hall, Sungai Ramal, Bangi
Buffet Ramadhan di MZ Fountain Hall Bangi ni menyediakan pelbagai jenis aneka makanan dan hidangan untuk berbuka puasa. Dewan ni luas sangat, siap ada surau lagi.
BACA NI : 'DAUN KESUM'
Kemudahan yang disediakan di MZ Fountain Hall, Sungai Ramal, Bangi.
Kat MZ Fountain Hall, Sungai Ramal ni ada surau untuk kaum Adam & Hawa. Toilet dia pun bersih.
Parking - banyak giler parking kat sini. Ada disediakan 'open parking space' kat belakang dewan ni. So, korang tak perlu risau bab parking. Siap ada laluan pejalan kaki berbumbung lagi untuk berjalan dari parking ke dewan.
Tempat ni cantik deco nya, besar, selesa, sejuk. Anak-anak aku pun enjoy datang ke MZ Fountain Hall, Sungai Ramal Bangi ni =))
Harga Buffet Ramadhan 2023 di MZ Fountain Hall, Bangi :
Dewasa - RM 66 / pax
Kanak-kanak (6 - 12 tahun) / Warga Emas / OKU : RM 30 / pax
Special Price : Untuk group 100 orang dan ke atas.
No comments:
Post a Comment