Monday, March 06, 2023

KidZania Kuala Lumpur Memang Best!!

KidZania Kuala Lumpur Memang Best!!

Tahun lepas aku & en.suami bawak anak-anak & anak buah ke bergembira di KidZania Kuala Lumpur,yang terletak di sebelah IKEA Damansara, KL. 

Dah lama anak-anak ajak pergi situ, tapi sebab PKP, so kena tunda la niat tu. Tahun  2022 baru dapat laksanakan hajat yang selama ini terpendam. Memang gembira sungguh anak-anak, diaorang teruja giler. 

https://www.kidzania.com.my/
Kalau pergi ke KidZania ni, better stay situ dari pagi sampai petag sebab ada banyak sangat game nak main. Dan satu-satu game tu kena beratur. Kalau game yang popular, beraturnya panjang macam nak main menjadi 'Pilot' ataupun nak menjadi 'Bomba', ataupun 'Doktor' dan 'Dentist'. Game-game ni semuanya menjadi pilihan anak-anak, dan memang kena sabarlah nak beratur tu.  

Rugilah kalau stay sekejap jer. Dah lah bayar mahal. So, alang-alang dah bayar mahal, stay lah lama-lama dan main semua benda. 

https://www.jomjalan.com.my/listing/kidzania/

Ni salah satu aktiviti dalam Bandar Kidzania - wall climbing.


Apa Yang Best di KidZania Kuala Lumpur?

KidZania ni ialah taman tema untuk anak-anak kecil yang menawarkan permainan berbentuk 'pekerjaan'. Maksudnya, KidZania ni ialah macam sebuah bandar kanak-kanak. Dan kanak-kanak yang pergi ke KidZania ialah mereka yang nak 'mencari pekerjaan' atau dalam bahasa inggeris disebut 'nak cari job'. 

So, kat dalam Bandar KidZania ni, ada hospital, ada kedai makan, ada bank, ada sekolah memandu, ada hotel, ada balai polis, ada money changer, ada balai bomba, ada airport, ada pejabat pos atau courier, ada hotel kucing, ada klinik gigi, ada makmal penyelidikan dan macam-macam lagi. 

https://www.traveloka.com/ms-my/activities/malaysia/product/kidzania-kuala-lumpur-2001955765771
Inilah Hotel dalam Bandar Kidzania. Leeya tengah bekerja sebagai posman / despatch - kena hantar barang ke hotel 

Ini Sekolah Memandu (Driving School) kat dalam KidZnia. 


Ni diaorang semua tengah bekerja sebagai 'Dentist'


So, anak-anak bolehlah bergembira kat dalam bandar KidZania ni dan 'berusaha mencari kerja' yang sesuai dengan jiwa mereka. 

Contohnya, dia nak merasa menjadi anggota BOMBA, so bolehlah apply kerja tu kat 'Balai Bomba'. Nak apply kerja senang jer - beratur jer menunggu turn. Bila sampai giliran mereka, so mereka terus boleh 'bekerja'. 

Ni diaorang semua tengah beratur nak apply kerja jadi Anggota Bomba.


Dan lepas bekerja tu , diaorang akan dapat gaji. 

Gaji tu ialah simbolik jer - untuk educate anak-anak tentang kepentingan bekerja. Bila dah penat bekerja, nanti dapat reward dalam bentuk 'gaji'. Bila ada gaji, bolehlah belanja. 

Gaji dibayar dalam bentuk duit palsu yang macam ala-ala duit main Monopoly atau main Saidina tu. Nanti bila duit dah banyak, bolehlah 'shopping' kat kedai KidZania guna duit KidZania tu.

Inilah duit KidZania iaitu gaji yang diperolehi hasil penat lelah 'bekerja'.


Ni masa tengah shopping kat Kedai KidZania. Kalau nak ada duit banyak, kena bekerja kuatlah. hihi. 


bomba: 






Ambulans:

Ni tengah beratur untuk menjadi 'Paramedik' atau 'Medical Assistant'.

Bila dah diterima bekerja, kena dengar 'briefing' dulu. Setiap pekerjaan, ada 'briefing' dulu untuk diberitahu tentang skop kerja masing-masing.


Kerja jadi paramedik ni, kena naik ambulans dan pergi selamatkan orang di kawasan kemalangan.



Posmen:





Ini bekerja sebagai 'researcher & scientist', kena bekerja di makmal penyelidikan, belajar untuk buat yogurt & air kultur (Vitagen)

Ini  pulak kena bekerja di Kilang Coklat



Ni nak bekerja sebagai 'dentist'. Benda pertama yang dibuat setelah diterima bekerja ialah kena dengar taklimat dulu tentang skop kerja & peraturan-peraturan di temat kerja. 

Mula-mula aku ingatkan ni pesakit real (manusia betul), rupanya ni patung jer. hahaha. Patutlah dia kaku duk keras jer berjam-jam kat situ.


Bekerja di Bank - kena pergi kutip hutang

Ataupun kena hantar duit pada merchant yang request nak pinjam duit. Ni bandar zaman purba dulu - tak ada lagi teknologi boleh main transfer jer. Semuanya guna manual. Even nak key in data pun, key in guna cara konvensional - guna pen & catat dalam buku, bukan guna laptop.

Mana ada cara senang nak senang. Semuanya kena susah payah untuk mencari sesuap nasi.  hihi. 

Bekerja sebagai Florist



Selain dari bekerja, kat bandar KidZania ni jugak ada fun activity. So, bestlah penduduk kat Bandar KidZania ni sebab boleh berseronok dengan kawan-kawan atau dengan family selepas penat bekerja . Salah satu aktiviti liburan untuk warga KidZania ialah main wall climbing. Tapi kena bayar tau nak main wall climbing. Bayar guna duit gaji yang diperolehi hasil dari penat lelah bekerja.

Ni tengah beratur untuk main wall climbing.

Bagus Leeya -  tak takut. Boleh panjat sampai ke atas nun. (Thumbs-up untuk Leeya)


Ni bekerja kat Salon kucing. So, tugasnya ialah kena grooming kucing ni

Tu kucing tipu, tapi nampak  sebijik macam kucing betul


Ni pulak tengah beratur nak apply kerja jadi polis

Kerja polis ialah kena tangkap penjenayah. So, inilah penjenayah yang dah berjaya diberkas oleh polis-polis KidZania

Best giler datang KidZania ni. Aatlah masa aku kecik-kecik dulu tak ada wujud tempat ni.
 
Cara-Cara Untuk Membeli Tiket KidZania Kuala Lumpur
  • Tiket hanya boleh dibeli secara ONLINE SAHAJA. Kalau walk-in ke kaunter pun, nanti diaorang akan suruh beli online jugak melaui handphone kita. So, better beli awal sip-siap, nanti tak kelam kabut. 
  • Harga tiket ni berubah-ubah mengikut hari. Macam Air Asia. Kalau beli aal, dapatlah harga murah. Kalau beli lambat, mahal la sikit. So, lebih baik beli awal, boleh dapat tiket murah.
  • Masa aku beli tiket hari tu (Julai 2022), boleh dapat RM 70++ untuk seorang.
  • Lepas beli tiket, kena ambil gambar (selfie) kat handphone untuk 'check-in' masuk ke KidZania. Selfie ni untuk setiap orang yang nak masuk ke KidZania tu samaada kanak-kanak, bayi atau orang dewasa. 
  • Nanti kat kaunter, tunjukan tiket / resit bayaran yang kita dah beli kat handphone kita & diaorang akan bagitau cara untuk 'check-in' gambar kita tu. Even, kat website beli tiket tu, diaorang ada bagitau prosedur / langkah-langkah untuk buat 'check-in' tu. 
 
Harga Tiket Masuk Ke KidZania Kuala Lumpur
  • Tiket yang dibeli ialah tiket 'all-day pass' iaitu kita boleh stay seharian kat dalam tu. 
  • Pemegang tiket boleh keluar masuk ke KidZania selagi mana tak 'check-out'. So, kalau nak keluar makan ke , nak pergi solat ke, atau nak pergi IKEA kejap ke, boleh jer keluar, lepastu masuk balik ke KidZania. 
  • Kalau dah 'check-out', dah tak boleh masuk dah.
  • Harga Tiket KidZania : Dewasa : RM 56 (18-60 tahun) |  Kanak-kanak : RM 44 (2-3 tahun), RM 93 (4-17 tahun)

Makan-Minum & Solat Dalam KidZania Kuala Lumpur
  • Bila dah boleh keluar masuk, so tak perlulah bawa makanan masuk ke KidZania. Banyak jer restoren-restoren yang ada kat area situ. Even McDonald pun betul-betul sebelah KidZania jer. Kat hadapan Bangunan KidZania, ada Kedai Mamak & Pasaraya Lotus. 
  • Nak bawak air boleh jer. Nak bawak makanan baby pun boleh. 
  • Kat dalam KidZania ada A&W & Subway. So, boleh jer beli kalau lapar. Boleh bayar guna cash atau cashless. 

Boleh juga baca artikel ni tentang KidZania:

Selain KidZania, kat mana lagi tempat yang BEST? 

- SuperPark Kuala Lumpur (Kat Avenue K) : KERIANGAN BERGANDA DI SUPERPARK KUALA LUMPUR


- Bangi Wonderland Water Theme Park, Bangi : DATING DENGAN ANAK SULUNG DI BANGI WONDERLAND

1 comment: