TIPS Berpuasa Bagi Ibu 'Breastfeeding'

Alhamdulillah! Bertemu lagi kita dengan Ramadan yang kesekalian kalinya. Alhamdulillah Allah masih panjangkan nyawa kita untuk kita sambut Ramadan & Syawal nanti, InshaAllah. 

Dan Ramadan tahun ni aku baru jer habis pantang 2 minggu lepas. Dan sekarang anak ke-3 aku, Aleesa, masih fully breastfeeding. Alhamdulillah! Dan aku jugak berjaya puasa tahun ni, di saat sambil menyusukan anak kecil. 

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penyusuan/7-tip-menyusukan-badan-ketika-berpuasa/
Ini hasil yang aku pam masa Bulan Ramadan ni (1 side only), sekali pam boleh dapat 5 oz. Syukur sangat.


Sebenarnya, Aku tak berapa nak yakin boleh puasa. Sebabnya sebelum-sebelum ni, aku tak larat nak puasa masa tengah breastfeeding. Rasa haus sangat. Tak tahanlah nak puasa sampai ke maghrib. Dan kesudahannya, terpaksalah berbuka di pertengahan hari. 

So banyaklah hari-hari yang kena ganti. Seksanya tau nak mengganti puasa, ibu yang dah pernah rasa jer tahu sakit nak mengganti. Mujurlah Allah tu Maha Baik, bagi kelonggaran untuk ibu-ibu yang breastfeeding ni untuk tak berpuasa. Allah Maha Mengetahui, tak sikit pun membebankan hamba-hambaNya. Terima kasih Allah!.

So kali ni aku harap sangat boleh puasa penuh, sebab tak nak ganti. Tapi hari tu terbabas jugak sehari sebab haus sangat. 


https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2022/04/21/susu-ibu-makin-sikit-ketika-berpuasa-badan-pula-letih-melampau-ikuti-tip-ini-agar-tetap-cergas-dan-bertenaga
Susu 5 oz tadi  bolehlah jugak dapat 4 beg plastik untuk buat stok. Alhamdulillah! Rezeki Baby Aleesa. 

https://www.homage.com.my/ms/sumber/menyusukan-anak-bulan-ramadan-puasa/

Plastik EBM Fiffy ni best. Plastik dia tebal, senang nak letak susu, senang nak koyakan & yang penting tersangatlah cute 😍😍. 

Ini Link Shopee, kalau nak beli online : https://invl.io/clhrb6k


https://siakapkeli.my/2019/04/17/jururawat-kongsi-cara-berpuasa-bagi-ibu-breastfeeding-elak-gangguan-penghasilan-susu-kerana-dehidrasi/

Aku guna pam susu Spectra S1 Plus ni. Biasanya aku pam masa tengah drive  sebab nak jimatkan masa. Sementara duk hadap  jem atas jalan tu,pam jer lah 😊. Collector cup tu ialah Handsfree Cup Jenama Spectra. Aku beli pam ni 1 set sekali dengan handsfree cup tu & jugak beg.

Kalau nak beli pam ni & siap pakej dengan handsfee cup tu, boleh beli kat Shopee. Ini linknya : https://invl.io/clhrb8s


Alhamdulillah! Syukur sangat-sangat rezeki Leesa kali ni murah. Ni umur baru nak masuk 2 bulan tapi berat dah 5 kg. Fuhh! Patutlah mommy dukung pun tak larat, lenguh jer tangan ni setiap kali dukung Leesa. Walaupun puasa, Leesa sentiasa kenyang =)). 


Boleh jugak baca artikel ni : 


TIPS Berpuasa Bagi Ibu 'Breastfeeding'

1. Minum banyak air 

Minumlah banyak air, especially air kosong dari waktu buka puasa sampailah ke waktu imsak. Kalau badan kita kurang air, tu lah yang buatkan kita rasa haus & tak larat nak puasa. Air tu minumlah at least 3000 ml. Tapi biasanya aku minum lebih dari 3 liter tu. 


2. Makan nasi masa berbuka & bersahur

Nasi ni memanglah orang kata boleh buat berat badan kita naik. Tapi untuk ibu yang breastfeeding, nasi ni sangat-sangat penting sebagai sumber karbohidrat & sumber tenaga pada badan kita. Kalau kita kurang tenaga, pengeluaran susu akan terjejas sebab kilang susu tak larat nak bekerja. So, hasilnya kita tak larat nak berpuasa & susu pun akan turut berkurang. 

Nasi ni kira makanan wajiblah untuk ibu-ibu breastfeeding.


3. Makan kurma

Kurma ni pun salah 1 sumber tenaga sebab kurma ada 'gula' semulajadi yang boleh bekalkan tenaga untuk badan kita. So, combine dua-dua 'nasi & kurma', InshaAllah ia dapat boost pengeluaran susu kita dan badan kita pun rasa segar jer. 


4. Minum / makan makanan tambahan 'Milk Booster'

Masa awal-awal bersalin hari tu, aku ada masalah dengan susu - tak cukup susu & susu sedikit. So, En.Suami aku belikan milk booster. Dia belikan Momma Pregolact Milk Booster. Sejak consume tu, susu aku meriah giler. Dan aku still minum sampai sekarang. Tengok anak aku pun, fuhh! membesar dengan jayanya walaupun masa lahir hari tu cuma berat 2.84 kg jer. 

Korang boleh baca sharing aku pasal milk booster tu kat artikel ni : 'MY MILK BOOSTER : CARA AKU TAMBAHKAN SUSU BADAN'


Kalau korang ada masalah susu drop atau tak cukup susu, ce try minum Momma Pregolact Milkbooster tu, Inshaallah berkesan 👍. Sebab i consume tu, mungkin asbab tu lah kot berjaya puasa ni. Dan Thank You Allah Ya Razzak  yang bagi rezeki kat Leesa. 

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE