Wednesday, May 31, 2023

Pentingnya 'Me Time' Bagi seorang Ibu

 Hye guys. Selamat bercuti. 

Sambil korang tengah bercuti tu, meh lah baca tulisan aku ni. 

Hari ni aku nak cerita pasal Pentingnya 'Me Time' Bagi Seorang Ibu.

Friday, May 26, 2023

Leesa 3 Months Old

https://www.kosmo.com.my/2023/05/26/tukang-urut-bayi-dapat-tunaikan-ibadah-haji-selepas-menabung-puluhan-tahun/

 Leesa dah usia 3 bulan. Berat badan dah nak cecah 6 kg. Mommy dukung pun dah lenguh tangan ni skrang. Dulu masa lahir, kecik jer 2.84 kg jer. Syukur Leesa membesar dengan sihat. 

Alhamdulillah! Sampai hari ni masih lagi fully breastfeeding. Susu mommy masih cukup untuk keperluan Leesa. 

Thursday, May 25, 2023

Blog Dorsett Pink Problem

Dah seminggu aku tak update blog. Sebenarnya banyak benda yang aku nak cerita kat sini. Dalam masa seminggu ni, boleh kata hampir setiap hari aku duk buka Blog ni. 


Tapi aku tak boleh nak update blog. huhu. 

Friday, May 19, 2023

Buat Spa Pedicure di Nail Parlour Saloon

Benda yang paling aku suka ialah manjakan diri samada buat facial ke, massage badan ke, buat rawatan rambut ke, dan buat kuku. Inilah 'me-time' yang sangat best untuk aku.

Ni semua benda-benda yang boleh buatkan aku senyum lebar dari pagi hingga ke malam. Sebab aku rasa enjoy 
sangat-sangat dan aku suka sekali-sekala kita relax-relax, tenang-tenang, lupakan masalah dunia dan biarkan diri kita dibersihkan dengan sebersih-bersihnya.

SO, semalam aku pergi layan diri buat Spa Pedicure kat Salon Nail Parlour.

Thursday, May 18, 2023

Yeayyy! Dapat Hadiah Hari Guru

16 Mei 2023, Hari Selasa baru-baru ni kita semua sambut Hari Guru.

Meriah sungguh sambutan Hari guru tahun ni. Sekolah anak-anak, Kakak FL dan Leeya pun sambut Hari Guru Hari Selasa baru-baru ni, sekalikan dengan Sambutan Hari Raya. 

Sakan lah masing-masing duk siapkan hadiah untuk cikgu masing-masing. 

Kakak FL dah besar, so dah pandai buat hadiah sendiri. Cuma Leeya belum pandai lagi, so Kakak  FL lah yang tolong Leeya siapkan hadiah untuk cikgu dia. Tahun ni kami bagi hadiah 'marker pen' untuk cikgu-cikgu, sama macam tahun lepas. Senang!

So, aku nak share jugak dengan korang yang aku pun dapat jugak HADIAHsempena HARI GURU hari tu. WOWW! Sis teruja sangat-sangat!

Tuesday, May 16, 2023

Kejutan Sempena Mother's Day. WOW! I'm Super Excited!

Kejutan Sempena Mother's Day. WOW! I'm Super Excited!

Hari Ahad baru ni kan Sambutan Hari Ibu di seluruh dunia. 

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu yang membaca blog dorsettpink.com ni. 

Aku pun dah menjadi ibu kepada 3 orang anak. Jadi, aku ucapkan Selamat Hari Ibu untuk diriku sendiri. hihi. 

Friday, May 12, 2023

Buffet Breakfast di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur

Weekend minggu lepas (6 Mei 2023), aku dan keluarga kecilku sekali lagi staycation kat Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, betul-betul kat sebelah KLCC. 

Kami stay situ 3 hari 2 malam. So, dapatlah 2 hari makan breakfast secara buffet kat restoren Hotel Mandarin Oriental ni. 

Lokasi untuk buffet breakfast ni ialah kat aras Lobby jer. Tempat makannya luas dan pilihan makanan pun banyak. 

Wednesday, May 10, 2023

Ibadah Qurban DI Tanah Suci Mekah – Murah & Boleh Dipercayai

Alhamdulillah, Ramadhan dah berlalu pergi, sekarang tiba masanya nak sambut Hari Raya Aidiladha pulak. Jemaah-jemaah haji adalah orang yang paling excited sebab dapat menjadi tetamu Allah tahun ini.  

Aku punya giliran tahun 2052. errrmmm..Lambat lagi tu. Semoga aku diberikan kesihatan dan kekuatan dan rezeki lagi murah supaya dapat pergi haji lagi awal. Inshaallah. Amiiiin. 

Sempena nak Raya Haji ni, sebagai orang Islam kita pastinya tak sabar nak buat Ibadah Qurban kan. Itulah salah satu ibadah Sunat Muakad yang sangat dituntut oleh Islam masa Hari Raya Aidiladha nanti.

So, apa kata tahun ni kita buat Ibadah Qurban kat Tanah Suci Mekah pulak. 

Monday, May 08, 2023

Harga Handbag Hermes Birkin & Lipstick Hermes di Malaysia

Berapa Harga Handbag Hermes Birkin di Malaysia? 

Handbag Hermes Birkin ni ialah antara handbag idaman aku yang memang aku nak sangat-sangat. Tapi buat masa ni aku tak mampu lagi nak beli, hanya mampu tengok jer. hihi.

Handbag Hermes ni dikira sebagai luxury handbag atau luxury item a.k.a barang branded. So, kalau sesiapa yang pakai handbag jenama ni memang betul-betul orang kayalah tu. 

https://www.hermes.com/my/en/content/106191-birkin/