Berapa Harga Handbag Hermes Birkin di Malaysia?
Handbag Hermes Birkin ni ialah antara handbag idaman aku yang memang aku nak sangat-sangat. Tapi buat masa ni aku tak mampu lagi nak beli, hanya mampu tengok jer. hihi.
Handbag Hermes ni dikira sebagai luxury handbag atau luxury item a.k.a barang branded. So, kalau sesiapa yang pakai handbag jenama ni memang betul-betul orang kayalah tu.
Harga Handbag Hermes Birkin & Lipstick Hermes di Malaysia
Aku belum lagi menjadi orang kaya.hahahha. Korang doa-doakanlah aku k supaya aku dapat menjadi orang have-habe. Nanti bila dah kaya, aku bolehlah bantu lebih ramai lagi orang-orang Islam especially mereka yang berada di Palestin , Syria, Africa, Zimbabwe dan sebagainya. Hopefully bila aku dah kaya nanti, aku dapat bina tadika Islam dan mana tahu dapat bina Sekolah Islam kat nun di Afrika nun. Harapnya begitulah kalau aku dah kaya nanti.
Kalau kita orang Islam tak tolong orang Islam sendiri, siapa lagi kan yang akan tolong saudara-saudara Muslim di seantero dunia.
So, jomlah kita doakan supaya lebih ramai orang Islam menjadi kaya- raya. Aku happy bila tengok ramai dah Orang Islam sekarang yang menjadi jutawan, contohnya macam Bro Khairul Aming, Brother Ebit Liew dan ramai lagi.
Berapa Harga Handbag Hermes Birkin di Malaysia?
So, aku nak share dengan korang berapa sebenarnya harga handbag jenama Hermes Birkin dan Lipstick Hermes kat Malaysia ni.
Weekend semalam aku staycation kat Hotel Mandarin Oriental, KLCC. Setiap kali aku stay kat hotel tu, aku memang akan mencuci mata pergi masuk ke Butik PS Authentic yang terletak di Lobby Hotel Mandarin Oriental.
Butik tu hanya jual Handbag Hermes sahaja. Semua model Hermes semuanya ada terjual kat situ. Kalau tak ada, kena buat booking dulu, dan nanti bila handbag dah sampai bolehlah datang collect kat situ.
So, kalau korang nak beli handbag Hermes kat Malaysia ni, pergilah ke Hotel Mandarin Oriental yang terletak kat sebelah KLCC.
Inilah harga untuk sebiji Handabg Jenama Hermes, Model Birkin ni - RM 179,000
Ini pulak harga 1 set lipstick Jenama Hermes - RM 9,800. Dalam 1 set ni ada 24 warna yang berlainan.
Terima kasih guys kerna sudi membaca.
P/S : Semua gambar-gambar ni (kecuali gambar pertama atas sekali), aku snap sendiri guna handphone aku.
No comments:
Post a Comment